STR Bujang Fasa 1 2024: Tarikh & Jumlah Bayaran (Januari)

Ini adalah maklumat penting bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 1) kategori bujang untuk tahun 2024.

Untuk bantuan STR Bujang ini, soalan yang sering ditanya adalah berapa jumlah yang diperoleh? Bilakah tarikh pembayaran, bagaimana cara membuat semakan dan sebagainya.

Oleh yang demikian, sila baca maklumat berikut dengan teliti agar faham dan jelas tentang pembayaran bagi STR Fasa 1 kategori bujang.

Apakah STR 2024?

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup.

Golongan Bujang merupakan antara kategori penerima bantuan ini selain daripada kategori isi rumah dan warga emas bujang / tiada pasangan.

Pada tahun-tahun yang lalu, pembayaran bagi program bantuan tunai dilaksanakan 4 kali setahun. Manakala bagi kategori bujang, bantuan ini dibayar 3 kali pada tahun lepas untuk penerima sedia ada STR.

Cara Semakan Status STR Fasa 1 2024

Semakan status STR Fasa 1 boleh dibuat melalui mana-mana kaedah-kaedah berikut;

  1. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM
  2. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
  3. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  4. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Cara Semakan Online Melalui Portal MySTR

Berikut adalah  cara untuk membuat semakan status STR fasa 1 2024 melalui Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my 

Langkah 1 – Klik log masuk MySTR

Langkah 2 – Masukkan Nombor MyKad Pemohon

Langkah 3 – Pengesahan Kata Kunci Keselamatan

Langkah 4 – Masukkan Kata Laluan

Langkah 5 -Klik Semakan Status

Langkah 6 – Maklumat yang akan dipaparkan:

  • Status Permohonan
  • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Maklumat pembayaran bagi mereka yang layak STR fasa 1, data yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;

  1. Tarikh Kredit
  2. No.Pengenalan Akaun Dikredit
  3. Nama Fasa
  4. Jumlah Dikredit
  5. Status Kredit
  6. Nama Bank
  7. No Akaun
  8. Kod Tidak Berjaya
  9. Tarikh Tunai
Status Terkini STR Fasa 1 2024

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login

Untuk makluman, kata laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat yang anda masukkan sebelum ini.

Sekiranya terlupa password MySTR, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut;

> Klik terlupa kata laluan

> Klik semakan

  1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan STR 2023;
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan STR dan klik seterusnya
    • Kata laluan sementara akan diemelkan pada emel yang didaftarkan
    • Semak e-mel dan log masuk semula MySTR
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
    • Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu
  2. Tidak mempunyai e-mel /e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada STR 2023 / e-mel tidak sah
    • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
    • Sahkan kata kunci keselamatan
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.
    • Masukkan Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan

Sekiranya masih kurang jelas, sila lihat Panduan Pengguna STR bagi yang Terlupa Kata Laluan di bawah;

  • Panduan Pengguna STR Terlupa Kata Laluan_page-0001
  • Panduan Pengguna STR Terlupa Kata Laluan_page-0001
  • Panduan Pengguna STR Terlupa Kata Laluan_page-0001
  • Panduan Pengguna STR Terlupa Kata Laluan_page-0001
  • Panduan Pengguna STR Terlupa Kata Laluan_page-0001

Untuk makluman, sekiranya anda tersilap menjawab kata laluan setelah 3 kali percubaan diberikan. ID permohonan akan disekat. 

Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline BKK 1-800-88-2747 atau hadir ke Pejabat HASiL.

Kelayakan Penerima STR Bujang Fasa 1 2024

Permohonan STR 2024 yang layak menerima bayaran STR adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Tarikh Bayaran STR Bujang  Fasa 1

Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2024

Kementerian Kewangan memaklumkan, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 diawalkan kepada 29 Januari 2024 (Isnin depan) secara berperingkat, berbanding perancangan awal pada bulan Februari 2024.

Bayaran ini akan dibuat secara berperingkat mengikut bank masing-masing sehingga 2 Februari 2024 (Jumaat).

Namun begitu, beberapa netizen di Facebook mendakwa ada yang sudah menerima bayaran awal terutamanya penerima STR mendaftar akaun melalui BSN dalam permohonan bantuan mereka. 

STR Fasa 1 2024 Bujang dah masuk BSN
BSN BUjang dah Masuk Fasa 1 Nor Sakila Saini
BSN BUjang dah Masuk Fasa 1 Azmi Ahmad

Jumlah Bayaran

Jumlah bayaran pertama untuk kategori  sebagaimana jadual yang dikeluarkan oleh LHDNM adalah RM100.

Jumlah bayaran fasa pertama Bantuan Bujang STR 2024

Untuk makluman, kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.

Jumlah bayaran asas penerima bujang adalah RM 350.

Jumlah bayaran asas Bantuan Bujang STR 2024

Untuk makluman juga, mulai tahun 2024, penerima STR yang layak akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Dua kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM.

Kategori bujang juga turut layak mendapat bantuan SARA ini dengan jumlah bayaran RM600.

Kategori Penerima Sara 2024

Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa), semakan secara online boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula
  • Program berakhir
Semakian Status Layak MyKasih Bujang

Cara Bayaran

Kaedah Pembayaran STR Fasa 1 2024

Kaedah pembayaran STR fasa 12024 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 29 Januari hingga 2 Februari 2024.

Penerima STR yang tiada akaun bank (termasuk Sabah dan Sarawak) pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 29 Januari 2024 (Isnin).

Pembayaran STR Fasa 1 2024 Melalui BSN

Pembayaran STR fasa 1 melalui pengkreditan ke dalam akaun BSN akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.

Semakan secara perbankan melalui myBSN boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;

https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do

Bayaran STR Fasa 1 secara tunai akan turut dilakukan mulai 29 Januari 2023 (Isnin) di seluruh Cawangan BSN. Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR.

Sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut..

Notis BSN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2024

Syarat Kelayakan Bantuan STR Bujang 2024

Kelayakan bagi kategori bujang 2024 adalah sebagaimana berikut;

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa

Permohonan Baharu STR

Bagi tahun 2024, kerajaan akan akan mengambil pendekatan berbeza iaitu akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

2 kaedah permohonan STR yang boleh dibuat iaitu;

  1. Permohonan Secara Dalam Talian
  2. Permohonan Melalui Borang

Pemohon boleh hadir ke;

  1. Pejabat Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)
  2. Pejabat Satelit HASiL
  3. Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL

Borang permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui laman Portal Rasmi STR berikut;

Info dan Pertanyaan Mengenai STR

Orang ramai diingatkan agar merujuk laman web khas Belanjawan 2024 Malaysia MADANI yang disediakan oleh Kementerian Kewangan bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai Belanjawan 2024. 

Laman web ini boleh diakses menerusi pautan di bawah: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/ 

Talian Bantuan Khas Kerajaan 

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

  1. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  2. Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
  3. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
  4. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  5. Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)
  6. Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.

Soalan Lazim STR Bujang Fasa 1

Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 1 untuk bujang?

Mulai 29 Januari 2024 (Isnin)

Apakah kelayakan individu bujang untuk STR?

Individu bujang yang layak menerima STR adalah;
1. Bujang  atau Bujang OKU
2. Had umur 21-59 bagi Bujang dan 19-59 bagi Bujang OKU
3. Pendapatan RM2,500 dan ke bawah. 

Bagaimana boleh membuat semakan status?

https://ift.tt/TIosanz

Berapa Jumlah bayaran fasa 1 untuk Individu Bujang?

Kategori bujang dapat RM100 untuk fasa 1.

Siapakah yang layak menerima STR 2024?

Permohonan STR 2024 yang layak menerima bayaran STR adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.

The post STR Bujang Fasa 1 2024: Tarikh & Jumlah Bayaran (Januari) appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar