Rayuan MRSM 2024/2025: Tips & Contoh Surat Rayuan Kemasukan

Makluman kepada ibu bapa yang mana anak-anak mereka tidak berjaya mendapat tawaran kemasukan MRSM, anda masih berpeluang mengemukakan rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.

Ini bagi memberi peluang kepada calon mengemukakan sebab dan rayuan masing-masing.

Berikut adalah beberapa perkongsian mengenai tips dan cara-cara membuat rayuan kemasukan MRSM 2024/2025.

Tarikh & Cara Semakan Tawaran MRSM

Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2024 boleh disemak mulai 18 Januari 2024 pukul 8.00 malam.

Semakan Tawaran Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahun 2024

Calon boleh membuat semakan melalui pautan berikut:

TINGKATAN 1

TINGKATAN 4

*Semakan keputusan Tawaran MRSM akan diaktifkan pada jam 8 malam 18 Januari 2024

Tempoh Rayuan MRSM

Permohonan rayuan ke MRSM dibuka secara dalam talian sahaja, bermula pada 18 hingga 25 Januari 2024 melalui portal rasmi MARA https://www.mara.gov.my/ 

Permohonan Tidak Berjaya MRSM 2023

Tips Rayuan MRSM 1

Sekiranya permohonan tidak berjaya, terdapat beberapa langkah yang dicadangkan untuk membuat rayuan yang setiap tahun kita amalkan.

1. Rayuan secara online melalui link semakan.

Saya lebih suka jika dibuat dalam bentuk point-point kerana ruang@kotak nota rayuan ini bukanlah besar.

Antara point yg boleh ditulis ialah:

  • Anak sangat berharap dan berminat utk belajar di MRSM. Sebagai contoh@role model kepada adik-adik.
  • Untuk menaik taraf sosio ekonomi keluarga dengan pendidikan yg menjamin masa depan melalui kerjaya yg lebih baik.
  • Tertarik dengan kemudahan yg lengkap dan infrastruktur di MRSM yg begitu kondusif sebagai gedung ilmu. Di samping tenaga pengajar yg profesional, cemerlang dan berkelayakan.
  • Sistem pembelajaran yg terkini, aktiviti kokurikulum yg hebat dan  boleh melahirkan insan yg mempunyai ciri-ciri kepimpinan sebagai pemimpin di masa akan datang.
  • Sebagai batu loncatan utk diri mengembangkan modal insan yg seimbang dari segi rohani dan jasmani. MRSM merupakan tempat terbaik untuk mencapai cita-cita.
  • Peluang pembelajaran selepas SPM dari MARA sangat menarik dan pelbagai pilihan dengan bantuan-bantuan kewangan yg sukar untuk ditolak.

Anda boleh kembangkan dan buat ayat yg lebih power daripada saya. Jangan tiru sebijik-sebijik. Nanti semua rayuan guna ayat yang sama. Parahhhh

Ada 2 lagi cara untuk membuat rayuan iaitu:

  • Rayuan secara bertulis ke HQ MARA.
  • Rayuan secara email.

Nanti admin update dari masa  ke semasa untuk cara rayuan ke-2 dan ke-3.

PERINGATAN:

Walau sehebat manapun ‘ayat rayuan’ anda, semuanya bergantung kepada kedudukan merit anak mengikut keutamaan.

Tawaran akan diberi mengikut ‘que’ dalam sistem.

Itu sebab pernah terjadi pelajar tidak membuat rayuan tetapi ditawarkan untuk second intake.

Good luck dan nanti min update cara ke-2 dan ke-3 setelah mendapat ‘green light’ dari MARA.

[Perkongsian dari Syafarina Sharuddin dalam Group FB SEKOLAH BERASRAMA PENUH & MRSM MALAYSIA]

Tips Rayuan MRSM 2

Tips surat rayuan

Permohonan Rayuan Kemasukan MRSM

Berikut adalah contoh ayat permohonan rayuan kemasukan ke MRSM:

Tuan/Puan,

Saya dengan segala hormatnya ingin merayu untuk diberikan peluang untuk menghadiri sekolah Menengah Rendah Sains Mara (MRSM).

Saya sangat berminat untuk menyertai MRSM kerana saya yakin ia akan memberikan saya pendidikan yang berkualiti tinggi dan memperkukuhkan lagi asas saya dalam bidang sains.

Walaupun saya telah memohon sebelum ini, saya sangat berharap pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan rayuan saya ini. Saya mempunyai keyakinan bahawa saya mempunyai potensi dan kemampuan yang sesuai untuk menyertai MRSM.

Saya amat berterima kasih jika pihak tuan/puan dapat memberikan peluang kepada saya untuk menyertai MRSM. Saya berjanji akan berusaha dengan gigih untuk mencapai matlamat saya dan juga mempersembahkan yang terbaik untuk sekolah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
[Nama Penuh]
Edit² mana perlu

Tentang rayuan dalam kotak rayuan tu, tak perlu tergesa2 untuk buat rayuan tu. Ambil masa untuk siapkan rayuan tu.

Kalau perlukan 4 jam untuk buat karangan 135 perkataan ke 150 perkataam tu, berikan 4 jam tu. Tak rugi sikit pun kalau berikan lebih masa untuk siapkan karangan rayuan anak tu.

Jangan tulis meleret2.

Tak perlu nak tulis tentang pencapaian anak di sekolah rendah dalam karangan itu.

Ceritakan apa yg Mrsm boleh buat pada anak saya.

Lambung2 la sikit Mrsm tu. Ceritakan bagaimana Mrsm boleh membentuk anak saya untuk menjadi pelajar cemerlang dalam akademik dan juga menunjukkan kecemerlangan dalam aspek sahsiah, kepimpinan, personaliti, rohani & jasmani saya kerana Mrsm mempunyai sistem pembelajaran yg cukup kondusif bagi membangun daya intelek, kreativiti, inovasi, rohani & jasmani anak saya..

Saya dalam rayuan itu adalah anak.

[Perkongsian oleh Asna Shakira dan  Tarmixi Hashim]

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah semakan tawaran kemasukan ke MRSM bole dibuat?

Semakan tawaran kemasukan ke MRSM boleh dibuat mulai 18 Januari 2024 jam 8.00
malam.

Bagaimana cara untuk membuat semakan tawaran kemasukan ke MRSM?

Semakan boleh dibuat dengan melayari Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) di pautan:
i. http://www.mara.gov.my
ii. https://mrsm.mara.gov.my/TawarMRSMF1
iii. https://mrsm.mara.gov.my/TawarMRSMF4/

Setelah berjaya mendapat tawaran ke MRSM, apakah Tindakan selanjutnya yang perlu diambil?

Tindakan selanjutnya yang perlu diambil adalah:
i) Membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempo tujuh (7) hari bekerja.
ii) Muat turn dan cetak Surat Tawaran, Panduan Pendaftaran MSM, Senarai Semak dan Lampiran A, Borang Maklumat Pelajar dan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu
ili) Melengkapkan dokumen mengikut Senarai Semak dan Lampiran A untuk dibawa semasa Hari Pendaftaran.
iv) Membuat bayaran yuran pendaftaran (Rujuk: Panduan Pendaftaran MRSM).

Setelah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke MRSM, bolehkah dibuat permohonan pertukaran program dan penempatan MRSM?

Tidak boleh. Keputusan tawaran adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program dan penempatan adalah tidak dibenarkan.

Bilakah tarikh pendaftaran bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4?

Belum dimaklumkan

Bagaimanakah rayuan bole dikemukakan sekiranya tidak berjava menerima tawaran kemasukan ke MRSM?

Calon boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui kotak rayuan yang disediakan. Sebarang pertanyaan lanjut bole dikemukakan melalui e-mel
pengambilanmrsm@mara.gov.my.

Bila dan bagaimana keputusan rayuan boleh diketahui?

Calon yang berjaya akan menerima makluman melalui khidmat pesanan ringkas
(SMS) atau e-mel yang telah didaftarkan.

Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi pihak MARA jika mempunyai sebarang pertayaan lanjut berkaitan tawaran kemasukan ke MRSM?

Sebarang pertanyaan berkaitan tawaran kemasukan ke MRSM (selain daripada rayuan) boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian: 03-261 34533/ 34517/ 34516/ 34578/ 34494/ 35073/ 34531/ 34532/ 34565/
34537/ 34540/ 34538/ 34534/ 34539

The post Rayuan MRSM 2024/2025: Tips & Contoh Surat Rayuan Kemasukan appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar