Status SARA Dalam Proses Semakan: Lulus atau Tidak MyKasih?

Bagi penerima STR yang membuat semakan status terkini Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tertanya-tanya apakah maksud status “Dalam Proses Semakan” dalam portal MySTR masing-masing. 

Status SARA: “Dalam Proses Semakan” masih belum tukar status layak manakala semakan dalam portal Mykasih “Tiada Rekod Ditemui”.

Untuk makluman, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2024 diperluaskan kepada Penerima STR dari kategori isi rumah, bujang dan warga emas yang bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM.

Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sebuah program lanjutan kepada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bertujuan untuk memenuhi keperluan barangan asas.

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 berdasarkan syarat dan kategori yang layak.

Untuk yang layak di Semenanjung Malaysia, Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

Manakala penerima dari negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan  akan diberikan bayaran melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa STR 2024.

Jumlah Yang Diterima

Jumlah Bantuan SARA yang diterima adalah berbeza mengikut kategori penerima.

Bagi penerima penerima STR dari kategori isi rumah, bujang dan warga emas yang bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM jumlahnya adalah sebagaimana berikut;

  • Penerima STR Isi Rumah serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak RM300 setahun; dan
  • Penerima STR Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak RM150 setahun.

Berikut adalah perbandingan  kadar tambahan STR – Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara keseluruhan semua kategori;

Kadar Tambahan STR Sumbangan Aasas Rahmah (SARA) Bukan eKasih

Tarikh Bantuan SARA bagi Penerima Bukan eKasih 

Buat masa ini Kerajaan belum mengumumkan tarikh sebenar bantuan ini akan dilaksanakan.

LHDNM dalam portal MySTR memaklumkan, pelaksanaannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat.

Manakala di Facebook juga, pihak LHDNM juga memaklumkan tarikh semakan SARA bagi yang bukan penerima eKasih akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Tarikh Semakan SARA Bukan penerima eKasih - LHDNM Facebook

Semakan Status Terkini SARA

Semakan status terkini bagi penerima STR yang bukan penerima eKasih boleh dibuat melalui 2 kaedah berikut;

  1. Melalui portal MySTR
  2. Melalui portal MyKasih

Semakan Melalui Portal MySTR

Sekiranya semakan melalui portal MySTR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik SEMAKAN PERMOHONAN

Status terkini yang dipaparkan adalah sebagaimana berikut;

Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Dalam Proses Semakan

Semakan Melalui Portal MyKasih

Semakan secara online juga boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;

Status terkini SARA yang dipaparkan adalah sebagaimana berikut;

Semakan Status Sara - Tiada rekod ditemui

Sekiranya status ini bertukar kepada “ Layak”, penerima akan menerima status yang mengandungi maklumat sebagaimana contoh berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula
  • Program berakhir
Semakian Status Layak MyKasih Bujang

Kaedah Pelaksanaan

Sekiranya bantuan SARA kepada penerima bukan eKasih dilaksanakan kelak, kaedahnya mungkin sama dengan pelaksanaan bantuan SARA kepada penerima SARA sedia;

  1. Penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
  2. Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan  akan diberikan bayaranadalah melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa STR 2024.

Senarai Kedai Untuk Pembelian

Mengambil kira sambutan program SARA yang menggalakkan pada tahun lalu, Kerajaan juga telah meluaskan rangkaian rakan runcit (pasar raya/kedai) yang mengambil bahagian kepada 515 buah (setakat 17 Januari 2024) berbanding 424 buah (tahun 2023) di seluruh negara.

Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli barangan keperluan asas. MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui pautan berikut:

https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus

Jenis Barangan Yang Boleh Dibeli

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu

  1. Beras, 
  2. Roti, 
  3. Telur, 
  4. Minyak masak, 
  5. Tepung, 
  6. Biskut,
  7. Mi segera, 
  8. Minuman, 
  9. Makanan dalam tin dan
  10.  Bahan perasa. 
  11. Produk kebersihan
  12. Ubat-ubatan
  13. Barangan persekolahan.

Barangan makanan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan makanan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:

Senarai Barangan yang boleh dibeli untuk Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Cara Pembelian di Kedai

Kaedah pembelian barangan makanan asas adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Semakan Baki Terkini SARa

Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah berikut:

i. Semakan portal rasmi MyKasih: pautan portal MyKasih

ii. Semakan pada resit pembelian:

Semakan baki sara melalui resit pembelian

Info Lanjut dan Pertanyaan


Maklumat lanjut berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) bagi penerima dari negeri semenanjung Malaysia boleh didapati di:
i. Portal Rasmi MyKasih, www.mykasih.com; atau
ii. Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut merupakan beberapa soalan lazim berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM.

Apakah Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan SARA 2024)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sebuah program lanjutan kepada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bertujuan untuk memenuhi keperluan barangan asas.

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 berdasarkan syarat dan kategori yang layak.

Berapakah amaun kelayakan SARA bagi penerima bukan eKasih yang layak?

1) Penerima STR Isi Rumah serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak RM300 setahun; dan
2) Penerima STR Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak RM150 setahun.

Bagaimana cara semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) secara online?

Semakan SARA boleh dibuat melalui
1) https://bantuantunai.hasil.gov.my/
2) https://www.mykasih.com.my/

Bilakah tarikh bayaran?

Pelaksanaannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat.

The post Status SARA Dalam Proses Semakan: Lulus atau Tidak MyKasih? appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar