Permohonan Rayuan STR 2024 Untuk Status “Tidak Lulus”

Kepada mereka yang tidak lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024, jangan risau kerana kerajaan membuka permohonan rayuan STR mulai 29 Januari 2024.

Ini bagi memberi peluang kepada mereka untuk memohon semula dengan mengemukakan beberapa dokumen bagi menepati syarat kelayakan Bantuan Rahmah ini.

Ia juga sebagai  langkah bagi memastikan program STR 2024 ini disasarkan kepada mereka yang layak.

Tarikh Rayuan STR 2024

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui Soalan Lazim (FAQ) di laman portal MySTR memaklumkan, permohonan rayuan dibuka mulai mulai 29 Januari 2024.

Ia bertujuan bagi memastikan program STR disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak.

Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

Siapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan STR 2024?

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR adalah:

  1. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR 2024; atau
  2. Pemohon yang berstatus Lulus STR 2024 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja

Kaedah Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024:

Permohonan Rayuan 2024

Cara Membuat Rayuan STR Secara Online

Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my

Permohonan Rayuan STR secara dalam talian boleh dibuat dengan Log Masuk pada menu MySTR > Permohonan Rayuan

Log masuk MySTR memerlukan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini. 

Sekiranya masih belum mendaftar MySTR, rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pendaftaran MySTR bagi kaedah pendaftaran MySTR di Portal Rasmi STR , 

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Membuat Permohonan Rayuan 

Bagi rayuan ini, anda perlu mengemukakan beberapa dokumen sokongan bergantung kepada kod tidak lulus Permohonan STR 2024.

Dokumen sokongan diperlukan bergantung kepada Alasan Tidak Lulus STR 2024. Rujuk Soalan 66 ​​(FAQ Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024) bagi senarai dokumen mengikut Alasan Tidak Lulus.

Antara contoh dokumen yang diperlukan adalah seperti MyKad pemohon atau pasangan, MyKad atau MyKid anak, sijil lahir anak (bagi pengesahan status kewarganegaraan), dokumen pengenalan pasangan, dan lain-lain lagi mengikut alasan tidak lulus masing-masing

Kod Tidak Lulus STR 2024

Mereka yang tidak lulus permohonan STR akan menerima status “Tidak Lulus” beserta nombor kod dan kod keterangan sebagaimana contoh di bawah;

  • 03 - Kod Tidak Lulus STR 2024
  • 15 - Kod Tidak Lulus STR 2024
  • 22 - Kod Tidak Lulus STR 2024
  • 39 - Kod Tidak Lulus STR 2024

Kod dan Kod Keterangan Bagi Alasan Tidak Lulus STR

Kod dan alasan tidak lulus STR adalah sebagaimana berikut;

Kod Kod Keterangan
01 Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakandata agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan
02 Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan
03 Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan
04 Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensi
05 Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan
06 Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi KategoriBujang
07 Semakan agensi mendapati anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa
08 Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000
09 Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000 termasuk pendapatan sewa
10 Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500
11 Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500 termasuk pendapatan sewa
12 Anak   mempunyai pendapatan   berdasarkan  semakan agensi
13 Anak   mempunyai pendapatan   berdasarkan  semakan agensi termasuk pendapatan sewa
14 Pemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian
15 Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham
16 Pemohon berdaftar sebagai Pengarah Syarikat
17 Pemohon berdaftar sebagai Perkongsian Liabiliti Terhad
18 Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham
19 Pasangan berdaftar sebagai Pengarah Syarikat
20 Pasangan berdaftar sebagai Perkongsian Liabiliti Terhad
21 Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal/ Perkongsian
22 Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaanPemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
23 Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaanPemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
24 Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaanPemohon / pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
25 Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaanAnak   melebihi     had kemampuan   bagi golongan berpendapatan rendah (B40)
28 Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah yang melebihi RM350,000
31 Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi
32 Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian
33 Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
34 Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain
35 Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
38 Pemohon   berstatus    Kahwin       tetapi  tiada   maklumat Pasangan
39 Status Perkahwinan perlu pengesahan
42 Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan
43 Anak meninggal dunia
44 Anak tidak menepati syarat kelayakan
41 Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan
48 Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan

Bila Boleh Diketahui Status Kelulusan Rayuan? 

Bagi mereka yang membuat permohonan rayuan, status kelulusan akan dimaklumkan selepas ini oleh Kementerian Kewangan.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

  1. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  2. Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
  3. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 iv. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  4. Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)
  5. Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC. 

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah permohonan rayuan STR 2024 dibuka?

Mulai 29 Januari 2024 (Isnin)

Siapa yang layak membuat rayuan?

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR adalah:
a) Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR 2024; atau
b) Pemohon yang berstatus Lulus STR 2024 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

Bagaimana caranya untuk membuat rayuan bantuan ini?

1. Secara dalam talian di Portal Rasmi MySTR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my/; atau 
2. Penghantaran Borang Rayuan kaunter LHDNM yang berhampiran. 

Adakah saya perlu memuat naik dokumen sokongan semasa membuat Permohonan Rayun STR 2024?

Ya. Dokumen sokongan diperlukan bergantung kepada Alasan Tidak Lulus STR 2024. Rujuk Soalan 66 (FAQ Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024) bagi senarai dokumen mengikut Alasan Tidak Lulus.

Saya telah membuat Permohonan Rayuan STR 2024 secara dalam talian tetapi terdapat kesilapan maklumat semasa mengisi permohonan rayuan. Adakah saya masih boleh membuat kemas kini rayuan secara dalam talian?

Kemas kini Permohonan Rayuan STR secara dalam talian boleh dibuat selagi permohonan rayuan masih belum diproses oleh pegawai HASiL. Sekiranya Permohonan Rayuan STR telah diproses oleh pegawai HASiL, kemas kini Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara manual di kaunter Pejabat HASiL.

Saya Tidak Lulus kerana perlu pengesahan pengenalan. (KOD ALASAN 01 / 02 / 03 ) Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR 2024?

Dokumen pembuktian pengenalan adalah tidak diperlukan. Semakan pengenalan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.

Saya Tidak Lulus kerana perlu pengesahan pengenalan pasangan. (Kod Alasan: 05). Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR 2024?

Dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR 2024 adalah seperti dibawah :
i) Dokumen Pengenalan Pasangan atau
ii) Sijil Perkahwinan / Sijil Lahir

Untuk maklumat lanjut mengenai FAQ Rayuan STR dan dokumen-dokumen yang diperlukan ketika membuat rayuan, sila rujuk;

https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PERMOHONAN_STR_2024.pdf

The post Permohonan Rayuan STR 2024 Untuk Status “Tidak Lulus” appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar