Semakan MyKasih 2024: Status Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Semakan MyKasih 2024: Status Terkini Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) Untuk Bantuan Dapur RM1200.

Untuk tahun 2024, Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. 

Program ini yang bakal dilaksana secara berperingkat bermula 22 Januari 2024, menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Antara Penambahbaikan SARA untuk tahun 2024 termasuklah adalah memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar dan meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600.

Dengan penambahbaikan tersebut, program SARA tahun 2024 dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta. 

Apa itu Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan kepada penerima STR berstatus miskin tegar dan miskin mengikut data eKasih dalam bentuk bakul makanan / baucar bagi memenuhi keperluan barangan makanan asas.

Untuk tahun 2024, kerajaan telah membuat beberapa penambahbaikan iaitu;

  1. Memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar;
  2. Meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600; dan
  3. Mengambil kira maklum balas penerima, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

Dengan penambahbaikan tersebut, program SARA tahun 2024 dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta. Ini melibatkan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda berbanding tahun lepas. Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai-kedai runcit berdaftar.

Kerajaan bersetuju meluaskan manfaat SARA kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM 100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Semakan Status MyKasih 2024

Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa), terdapat 4 kaedah yang boleh dilakukan iaitu;

  1. Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih
  2. Semakan melalui Portal MySTR

Semakan Melalui Portal MyKasih

Semakan secara online boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula dan program berakhir

Bagi yang tidak layak, akan menerima status TIADA REKOD DITEMUI

Semakan Melalui Portal MySTR

Anda juga boleh membuat semakan melalui portal MySTR melui pautan berikut;

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status

Penerima yang layak atau tidak layak akan akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing;

*akan dikemaskini

Tarikh Bayaran

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media memaklumkan tarikh pelaksanaan atau bayaran bagi penerima bantuan SARa ini adalah berbeza mengikut negeri masing.

Pelaksanaan SARa akan dibuat mulai Isnin 22 Januari bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia, manakala penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 19 Februari dan 12 Ogos 2024 seperti berikut:

Kedah, Pulau Pinang. Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu

  • Mulai 22 Januari 2024 (ISNIN)
  • Bantuan barangan keperluan tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100/RM50 setiap bulan mengikut kategori bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor

  • Mulai 29 Januari 2024 (ISNIN).
  • Bantuan barangan keperluan tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100/RM50 setiap bulan mengikut kategori bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024-Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

  • Pada 19 Februari dan 12 Ogos 2024.
  • Bayaran RM600/RM300 dua kali setahun mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan BSN seluruh negara.
Pelaksanaan Bantuan Sara MyKASIH 2024

Kategori Penerima dan Jumlah Bayaran

Kategori Penerima Jumlah Bayaran
Penerima STR kategori isi rumah dan warga emas tiada pasangan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM RM1,200 secara one-off (Sabah, Sarawak & WP Labuan) atau 100/bulan (Semenanjung)
Penerima STR kategori bujang berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM RM600 secara one-off (Sabah, Sarawak & WP Labuan) atau 50/bulan (Semenanjung)
Penerima STR kategori isi rumah dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM RM300
Penerima STR kategori bujang & warga emas tiada pasangan dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM RM150

Cara Memohon SARa

Tiada permohonan diperlukan kerana kelayakan SARa adalah secara automatik berdasarkan data terkini Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Kaedah Pelaksanaan

Kaedah pelaksanaan SARA adalah berbeza mengikut negeri seperti berikut:

  • Bantuan barangan keperluan tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100/RM50 setiap bulan mengikut kategori bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024-Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.
  • Bayaran RM600/RM300 dua kali setahun mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan BSN seluruh negara.

Senarai Kedai Untuk Pembelian

Mengambil kira sambutan program SARA yang menggalakkan pada tahun lalu, Kerajaan juga telah meluaskan rangkaian rakan runcit (pasar raya/kedai) yang mengambil bahagian kepada 515 buah (setakat 17 Januari 2024) berbanding 424 buah (tahun 2023) di seluruh negara.

MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui pautan berikut: senarai pasar raya / kedai runcit terlibat.

Jenis Barangan Yang Boleh Dibeli

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu

  1. Beras, 
  2. Roti, 
  3. Telur, 
  4. Minyak masak, 
  5. Tepung, 
  6. Biskut,
  7. Mi segera, 
  8. Minuman, 
  9. Makanan dalam tin dan
  10.  Bahan perasa. 

Barangan makanan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan makanan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:

Senarai Barangan yang boleh dibeli untuk Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Cara Pembelian di Kedai

Kaedah pembelian barangan makanan asas adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Semakan Baki Terkini SARa

Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah berikut:

i. Semakan portal rasmi MyKasih: pautan portal MyKasih

ii. Semakan pada resit pembelian:

Semakan baki sara melalui resit pembelian

Info Lanjut dan PertanyaanMaklumat lanjut berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) bagi penerima dari negeri semenanjung Malaysia boleh didapati di:
i. Portal Rasmi MyKasih, https://mykasih.com.my/ ; atau
ii. Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800

Sumber: Portal MyKasih & Kementerian Kewangan

Siaran Media

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut merupakan beberapa soalan lazim berkaitan semakan MyKasih dan Sumbangan Asas Rahmah 2024;

Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan kepada penerima STR berstatus Miskin Tegar & Miskin eKasih dalam bentuk bakul makanan / baucar bagi memenuhi keperluan barangan makanan asas.

Adakah saya perlu memohon SARA?

Tidak. Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data STR

Berapakah amaun kelayakan SARA yang akan diterima penerima yang layak?

RM1200 – Isi Rumah
RM1200 – Warga Emas Tiada Pasangan
RM600 – Bujang

Bagaimana cara semakan Mykasih bagi Sumbangan Asas Rahmah (SARa) secara online?

https://www.mykasih.com.my/ klik semak status

Adakah rayuan akan dibuka sekiranya saya tidak layak SARA?

Tiada rayuan akan dibuka berdasarkan ketetapan semasa. Sebarang maklumat lanjut akan dikongsi dari semasa ke semasa.

Adakah elaun SARA mempunyai tarikh luput?

Ya. Tempoh sah laku atau tarikh luput elaun SARA adalah pada 31 Disember 2024.

The post Semakan MyKasih 2024: Status Sumbangan Asas Rahmah (SARa) appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar