Semakan Status STR 2024 Fasa 1 – bantuantunai.hasil.gov.my 

Semakan Status Terkini Pembayaran STR Fasa 1 2024.

Alhamdulillah pembayaran Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024) bagi tahun ini akan disalurkan lebih awal berbanding perancangan awal pada bulan Februari 2024.

Menurut Kementerian Kewangan, seramai 8.2 juta penerima bakal menerima bantuan tunai sehingga RM5.00 untuk fasa 1 tahun ini.

3 kategori yang menerima bayaran bagi fasa 1 adalah isi rumah, warga emas (tiada pasangan) dan bujang.

Cara Semakan Status STR Fasa 1 2024

Semakan status STR Fasa 1 boleh dibuat melalui mana-mana kaedah-kaedah berikut;

  1. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM
  2. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
  3. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  4. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Cara Semakan Online Melalui Portal MySTR

Berikut adalah  cara untuk membuat semakan status STR fasa 1 2024 melalui Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my 

Langkah 1 – Klik log masuk MySTR

Langkah 2 – Masukkan Nombor MyKad Pemohon

Langkah 3 – Pengesahan Kata Kunci Keselamatan

Langkah 4 – Masukkan Kata Laluan

Langkah 5 -Klik Semakan Status

Langkah 6 – Maklumat yang akan dipaparkan:

  • Status Permohonan
  • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Maklumat pembayaran bagi mereka yang layak STR fasa 1, data yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;

  1. Tarikh Kredit
  2. No.Pengenalan Akaun Dikredit
  3. Nama Fasa
  4. Jumlah Dikredit
  5. Status Kredit
  6. Nama Bank
  7. No Akaun
  8. Kod Tidak Berjaya
  9. Tarikh Tunai
Status Terkini STR Fasa 1 2024
STATUS INI AKAN BERUBAH SELEPAS 29 JANUARI 2024

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login

Untuk makluman, kata laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat yang anda masukkan sebelum ini.

Sekiranya terlupa password MySTR, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut;

> Klik terlupa kata laluan

> Klik semakan

  1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan STR 2023;
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan STR dan klik seterusnya
    • Kata laluan sementara akan diemelkan pada emel yang didaftarkan
    • Semak e-mel dan log masuk semula MySTR
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
    • Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu
  2. Tidak mempunyai e-mel /e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada STR 2023 / e-mel tidak sah
    • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
    • Sahkan kata kunci keselamatan
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.
    • Masukkan Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan

Sekiranya masih kurang jelas, sila lihat Panduan Pengguna STR bagi yang Terlupa Kata Laluan di bawah;

  • Panduan Pengguna STR Terlupa Kata Laluan_page-0001
  • Panduan Pengguna STR Terlupa Kata Laluan_page-0001
  • Panduan Pengguna STR Terlupa Kata Laluan_page-0001
  • Panduan Pengguna STR Terlupa Kata Laluan_page-0001
  • Panduan Pengguna STR Terlupa Kata Laluan_page-0001

Untuk makluman, sekiranya anda tersilap menjawab kata laluan setelah 3 kali percubaan diberikan. ID permohonan akan disekat. 

Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline BKK 1-800-88-2747 atau hadir ke Pejabat HASiL.

Kelayakan Penerima STR Fasa 1 2024

Permohonan STR 2024 yang layak menerima bayaran STR Fasa 1 adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan..

Tarikh Bayaran

Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2024

Kementerian Kewangan memaklumkan, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 diawalkan kepada 29 Januari 2024 (Isnin depan) secara berperingkat, berbanding perancangan awal pada bulan Februari 2024.

Bayaran ini akan dibuat secara berperingkat mengikut bank masing-masing sehingga 2 Februari 2024 (Jumaat).

Namun begitu, beberapa netizen di Facebook mendakwa ada yang sudah menerima bayaran awal terutamanya penerima STR  mendaftar akaun melalui BSN dalam permohonan bantuan mereka. 

BSN Dah masuk kategori Isi rumah RM500
BSN Perlis dah masuk STR Fasa 1 2024
STR Fasa 1 2024 Bujang dah masuk BSN
STR Fasa 1 2024 Warga Emas dah masuk BSN

Sementara ini, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, tuntutan tunai boleh dibuat di seluruh Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 29 Januari 2024 (Isnin).

Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN. Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM. 

Notis BSN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2024

Maybank Dah Masuk?

Maybank dah masuk? Buat masa ini tiada lagi rakan-rakan netizen yang cakap dah masuk untuk Maybank. Mungkin masuk hari Isnin atau Selasa secara berperingkat.

Untuk makluman, pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun Maybank dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan ole LHDNM kepada Maybank Bank.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet Maybank2u  atau Mesin Teler Automatik (ATM) Maybank.

Semakan secara perbankan melalui Maybank Click boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;

https://www.maybank2u.com.my/

CIMB Dah Masuk?

Sama seperti Maybank, netizen pun cakap CIMB belum masuk lagi. Mungkin juga masuk berperingkat mulai 29 Januari 2024 (Isnin).

Sebagai makluman, pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun CIMB dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan ole LHDNM kepada CIMB Bank.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet Cimb Click  atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.

Semakan secara perbankan melalui Cimb Click boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;
https://www.cimbclicks.com.my/

Kenapa Duit STR Lambat Masuk?

Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing dan dibuat secara berperingkat.

Dengan lebih 8.2 juta penerima STR bagi fasa 1 tahun ini, sudah pasti ia akan mengambil sedikit masa sebelum dikreditkan ke dalam akaun masing-masing. 

Jadi kalau belum masuk lagi pada pada hari ini, jangan risau kerana bayaran dibuat secara berperingkat. Ini kerana jumlah yang besar dan bilangan penerima yang ramai ini memerlukan sedikit masa pembayaran.

Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing.

Jadual & Jumlah Pembayaran STR Fasa 4

Berdasarkan siaran media terkini Kementerian Kewangan, penerima STR Fasa 1 2024akan menerima bayaran antara  RM100 hingga RM500 berdasarkan kelayakan masing-masing.

Jumlah bayaran mengikut kategori masing-masing adalah sebagaimana berikut;

Isi rumah (tiada had umur) dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM500
  2. Bil anak 1-2 – RM500
  3. Bil anak 3-4 – RM500
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM500

Isi rumah  (tiada had umur)  dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – RM100
  2. Bil anak 1-2 – RM150
  3. Bil anak 3-4 – RM250
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM300

Warga Emas Sebatang Kara ≥ 60 tahun pendapatan bawah RM5,000

  • RM1500

Bujang berumur 21-59 tahun

  • RM100

Bujang OKU berumur 19-59 tahun

  • RM100

Untuk lebih jelas lagi, anda boleh merujuk jadual yang disediakan oleh LHDNM di bawah;

Jumlah Bayaran Fasa Pertama STR 2024

Kaedah Bayaran

Kaedah Pembayaran STR Fasa 1 2024

Kaedah pembayaran STR fasa 1 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 29 Janyari 2024 hingga 2 Februari 2024.

Penerima STR yang tiada akaun bank (termasuk Sabah dan Sarawak) pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 29 Januari 2024 (Isnin).

Kadar Tambahan STR – Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Untuk makluman, penerima STR dari kategori miskin tegar dan miskin, layak  menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu  sumbangan tambahan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai-kedai runcit berdaftar.

Semakan Status MyKasih

Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa), terdapat 4 kaedah yang boleh dilakukan iaitu;

  1. Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih dan MySTR
  2. Melalui surat pemakluman
  3. Sistem Pesanan Ringkas (sms blast
  4. Menghubungi LHDNM, Kementerian Kewangan atau MyKasih

Semakan Melalui Portal MyKasih

Semakan secara online juga boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula
  • Program berakhir
Bantuan SARA 2024 Semakan Status MyKasih (RM100 Sebulan)

Pendaftaran dan Kemaskini PADU 2024

Pendaftaran dan kemaskini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kini boleh dibuat sama ada secara dalam talian mahupun melalui kaunter PADU yang dibuka.

Salah satu kepentingan mendaftar PADU adalah bagi memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU.

Oleh yang demikian, daftar dan kemas kini maklumat anda ke dalam sistem PADU sekarang supaya tidak tercicir daripada bantuan dan subsidi Kerajaan Malaysia.

Kaedah Pendaftaran & Kemaskini PADU

Pendaftaran PADU boleh dibuat melalui 2 kaedah iaitu;

  1. Secara dalam talian melalui portal PADU https://padu.gov.my/ 
  2. Melalui kaunter PADU

FAQ (Soalan Lazim) Semakan Status STR Fasa 1

Bagaimana Cara Semakan Status STR Fasa 1?

1. Portal rasmi STR: https://ift.tt/TIosanz
2. Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
3. Menghubungi LHDM
4. Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia)
5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran

Bilakah Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2024?

Mulai 29 Januari 2024 (Isnin)

Bilakah Tarikh Bayaran Secara Tunai Untuk Yang Tiada Akaun Bank?

Mulai 29 Januari 2024 (Isnin) di seluruh Cawangan BSN.

Siapakah yang layak menerima pembayaran STR Fasa 1?


Permohonan STR 2024 yang layak menerima bayaran STR adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Berapakah jumlah bayaran STR Fasa 1 2024?

RM100 hingga RM500 mengikut kategori masing-masing. (Rujuk Gambar)

Bagaimanakah kaedah pembayaran STR Fasa 1?

Kaedah Pembayaran STR adalah seperti berikut:
a) Kredit ke Akaun Bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan
b) Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai kepada penerima sekiranya:
i) Status pengkreditan gagal kredit; atau
ii) Tiada Maklumat akaun bank

The post Semakan Status STR 2024 Fasa 1 – bantuantunai.hasil.gov.my  appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar