Pembayaran STR Fasa 1 2024 Melalui BSN (Kredit Akaun & Tunai)

Info mengenai pembayaran STR Fasa 1 2024 melalui kredit akaun dan secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tiada akaun bank.

Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan, pembayaran Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 1) bagi tahun ini akan disalurkan secara berperingkat mulai 29 Januari 2024 (ISNIN).

Kerajaan telah menaikkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 sehingga RM500 kepada isi rumah berbanding bayaran maksimum sebanyak RM300 pada tahun lalu. 

Dengan ini, peruntukan bagi Fasa 1 telah bertambah sebanyak 26% kepada RM2.1 bilion daripada RM1.67 bilion pada tahun lepas dalam usaha untuk membantu sebilangan besar rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.

Jumlah Bayaran

Jumlah bayaran STR Fasa 1 2024 adalah berbeza mengikut kategori penerima masing-masing.

Jumlah terkini yang diumumkan adalah penerima akan menerima antara RM100 hingga RM500.

Kategori penerima adalah;

  • Isi Rumah
  • Warga Emas
  • Bujang
Siaran Media Kementerian Kewangan STR Fasa 1 2024_03

Tarikh Pembayaran

Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2024

Kementerian Kewangan memaklumkan, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 diawalkan kepada 29 Januari 2024 (Isnin depan) secara berperingkat, berbanding perancangan awal pada bulan Februari 2024 

Bayaran ini akan dibuat secara berperingkat mengikut bank masing-masing sehingga 2 Februari 2024 (Jumaat).

BSN Dah Masuk?

Berdasarkan pengalaman penerima STR tahun lepas bagi akaun BSN, mereka menerima bayaran awal berbanding bank-bank yang lain.

Adakah pada STR kali ini juga BSN yang paling awal terima?

Semakan Status Kelayakan

Anda boleh menyemak status kelayakan melalui cara-cara berikut:

  1. Layari laman sesawang https://bantuantunai.hasil.gov.my   atau
  2. Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hotline STR melalui talian 1800-88-2747

Pembayaran STR Fasa 1 2024 Melalui Pengkreditan Akaun BSN

Pembayaran STR fasa 1 2024 melalui pengkreditan ke dalam akaun BSN akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan ole LHDNM kepada BSN.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.

Semakan secara perbankan melalui myBSN boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;

https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do

Pembayaran STR Secara Tunai Di Kaunter BSN

Bayaran STR Fasa 1 secara tunai pula akan turut dilakukan mulai 29 Januari 2024 (Isnin) di seluruh Cawangan BSN. Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR.

Rujuk laman sesawang STR untuk maklumat lanjut.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut.

Sumber: Bank Simpanan Nasional

Notis BSN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2024

Soalan Lazim (FAQ)

Berapakah jumlah bayaran STR Fasa 1 2024?

Antara RM100 hingga RM350.

Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 4 untuk BSN?

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan dibuat mulai 29 Januari 2024 (Isnin) secara berperingkat.

Bilakah tuntutan secara tunai BSN boleh dibuat bagi yang tiada akaun?

Bayaran STR Fasa 4 secara tunai pula akan turut dilakukan mulai 29 Januari 2024 (Isnin) di seluruh Cawangan BSN.

Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

Bagaimana cara menghubungi khidmat pelanggan BSN?

Hubungi 1300-88-1900

The post Pembayaran STR Fasa 1 2024 Melalui BSN (Kredit Akaun & Tunai) appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar