Semakan MRSM 2024: Keputusan Kemasukan Tingkatan 1 & 4

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 1 & 4 TAHUN 2024.

Sukacitanya, semakan keputusan bagi tawaran kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pada tahun ini dibuat lebih awal berbanding pada tahun lalu yang dibuat pada bulan Mac.

Pada tahun ini, MARA menerima lebih 104,000 permohonan bagi kemasukan pelajar sesi persekolahan 2024, untuk mengisi 8,679 kekosongan yang ditawarkan di 57 tempat di seluruh negara.

Pengerusi MARA Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan, sebanyak 80 peratus pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) layak menyambung pembelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara.

Pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran kemasukan MRSM, masih berpeluang mengemukakan rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.

Tarik Semakan Tawaran MRSM

Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2024 boleh disemak mulai 18 Januari 2024 pukul 8.00 malam.

Cara Semakan Tawaran MRSM

Semakan Tawaran Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahun 2024

Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2024 boleh disemak mulai 18 Januari 2024 pukul 8.00 malam.

Calon boleh membuat semakan melalui pautan berikut:

TINGKATAN 1

TINGKATAN 4

*Semakan keputusan Tawaran MRSM akan diaktifkan pada jam 8 malam 18 Januari 2024

Permohonan Berjaya MRSM 2023

Pengesahan Terima / Tolak Tawaran MRSM

Pemohon atau ibu bapa perlu membuat pengesahan terima atau tolak tawaran kemasukan dalam tempoh tujuh hari (7 hari) atau sebelum 25 Januari 2024.

Calon yang berjaya perlu membuat pengesahan terima/tolak tawaran kemasukan ke MRSM dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh surat tawaran.

Kegagalan membuat pengesahan adalah dianggap menolak tawaran.

Rayuan MRSM

Permohonan rayuan ke MRSM dibuka secara dalam talian sahaja, bermula pada 18 hingga 24 Januari 2024 melalui portal rasmi MARA https://www.mara.gov.my/ 

Permohonan Tidak Berjaya MRSM 2023

Tips Permohonan Rayuan MRSM Yang Dikongsikan oleh Tarmixi Hashim

Tentang rayuan dalam kotak rayuan tu, tak perlu tergesa2 untuk buat rayuan tu. Ambil masa untuk siapkan rayuan tu.

Kalau perlukan 4 jam untuk buat karangan 135 perkataan ke 150 perkataan tu, berikan 4 jam tu. Tak rugi sikit pun kalau berikan lebih masa untuk siapkan karangan rayuan anak tu.

Jangan tulis meleret2. Tak perlu nak tulis tentang pencapaian anak di sekolah rendah dalam karangan itu.

Ceritakan apa yg Mrsm boleh buat pada anak saya. Lambung2 la sikit Mrsm tu. Ceritakan bagaimana Mrsm boleh membentuk anak saya untuk menjadi pelajar cemerlang dalam akademik dan juga menunjukkan kecemerlangan dalam aspek sahsiah, kepimpinan, personaliti, rohani & jasmani anak saya kerana Mrsm mempunyai sistem pembelajaran yg cukup kondusif bagi membangun daya intelek, kreativiti, inovasi, rohani & jasmani anak saya..

Saya dalam rayuan itu adalah anak.

Pendaftaran MRSM Sesi 2024

Pendaftaran baharu MRSM bagi sesi 2024 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pertukaran penempatan adalah tidak dibenarkan sepanjang pengajian di MRSM.

Program Sistem Pendidikan MRSM

Terdapat enam program yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dilaksanakan di MRSM seperti berikut:

  1. Program Premier menawarkan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dan kurikulum MARA yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan dan modul kemahiran insaniah.
  2. Program Bitara menawarkan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM untuk pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar.
  3. Program Ulul Albab ialah program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran.
  4. Program IGCSE ialah program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dan Cambridge IGCSE (Cambridge International General Certificate of Secondary Education).
  5. Program IB MYP melaksanakan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan mengintegrasikan kerangka Middle Years Programme dari Sistem Pendidikan International Baccalaureate.
  6. Program Teknikal melaksanakan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan menerapkan elemen teknikal melalui subjek Sains Kejuruteraan pada peringkat menengah rendah dan Kejuruteraan Mekanikal atau Kejuruteraan Elektrik atau Elektronik pada peringkat menengah atas.
Program Sistem Pendidikan MRSM

Bantuan Kewangan: Program Bantuan dan Kebajikan MRSM

MARA menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar dari golongan keluarga berpendapatan rendah. Pemberian bantuan kewangan ini tertakluk syarat yang ditetapkan berasaskan latar belakang pelajar, pendapatan isi rumah dan tanggungan ibu bapa/ penjaga pelajar.

Syarat dan Pilihan Program MRSM_page-0012

1.PROGRAM BANTUAN UNTUK PENDIDIKAN (BUDI)

Pelajar yang berkelayakan dan memenuhi syarat berpeluang menerima bantuan kewangan BUDI-MARA atau BUDI di bawah tajaan bersama agensi luar. 

Bantuan kewangan diberikan kepada pelajar dalam bentuk pengecualian Wang Caruman (WC), pemberian Wang Saku (WS) dan penyediaan barangan persekolahan pelajar seperti penyediaan pakaian seragam maktab, pakaian sukan, alatan persekolahan serta keperluan asas asrama.

2. PEMBERIAN WANG SAKU (WS)

Wang Saku (WS) ialah bantuan kewangan bulanan yang diberikan oleh MARA kepada pelajar yang layak sepanjang mereka berada dalam sistem MRSM. 

Pemberian ini tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

3. PENGECUALIAN BAYARAN WANG CARUMAN (WC)

Pelajar B40 yang berkelayakan akan diberi pengecualian bayaran Wang Caruman (WC) sepanjang tempoh pengajian di MRSM. 

Pengecualian ini tertakluk kepada syarat yang ditetapkan

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-261 34517/ 34516/ 34578/ 34494/ 39070/ 34533

Isnin – Jumaat: 8.00 pagi sehingga 5.00 petang

Soalan Lazim (FAQ)

  • Soalan Lazim MRSM 1
  • Soalan Lazim MRSM 2
  • Soalan Lazim MRSM 3
Bilakah semakan tawaran kemasukan ke MRSM bole dibuat?

Semakan tawaran kemasukan ke MRSM boleh dibuat mulai 18 Januari 2024 jam 8.00
malam.

Bagaimana cara untuk membuat semakan tawaran kemasukan ke MRSM?

Semakan boleh dibuat dengan melayari Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) di pautan:
i. http://www.mara.gov.my
ii. https://mrsm.mara.gov.my/TawarMRSMF1
iii. https://mrsm.mara.gov.my/TawarMRSMF4/

Setelah berjaya mendapat tawaran ke MRSM, apakah Tindakan selanjutnya yang perlu diambil?

Tindakan selanjutnya yang perlu diambil adalah:
i) Membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempo tujuh (7) hari bekerja.
ii) Muat turn dan cetak Surat Tawaran, Panduan Pendaftaran MSM, Senarai Semak dan Lampiran A, Borang Maklumat Pelajar dan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu
ili) Melengkapkan dokumen mengikut Senarai Semak dan Lampiran A untuk dibawa semasa Hari Pendaftaran.
iv) Membuat bayaran yuran pendaftaran (Rujuk: Panduan Pendaftaran MRSM).

Setelah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke MRSM, bolehkah dibuat permohonan pertukaran program dan penempatan MRSM?

Tidak boleh. Keputusan tawaran adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program dan penempatan adalah tidak dibenarkan.

Bilakah tarikh pendaftaran bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4?

Belum dimaklumkan

Bagaimanakah rayuan bole dikemukakan sekiranya tidak berjava menerima tawaran kemasukan ke MRSM?

Calon boleh mengemukakan rayan secara dalam talian melalui kotak rayan yang disediakan. Sebarang pertanyaan lanjut bole dikemukakan melalui e-mel
pengambilanmrsm@mara.gov.my.

Bila dan bagaimana keputusan rayan boleh diketahui?

Calon yang berjaya akan menerima makluman melalui khidmat pesanan ringkas
(SMS) atau e-mel yang telah didaftarkan. Sekiranya tiada sebarang makluman selepas 31 Mei 2023, rayan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi pihak MARA jika mempunyai sebarang pertayaan lanjut berkaitan tawaran kemasukan ke MRSM?

Sebarang pertanyaan berkaitan tawaran kemasukan ke MRSM (selain daripada rayan) boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian: 03-261 34533/ 34517/ 34516/ 34578/ 34494/ 35073/ 34531/ 34532/ 34565/
34537/ 34540/ 34538/ 34534/ 34539


Lihat Senarai Program Pendidikan MRSM & Aliran di Seluruh Malaysia

The post Semakan MRSM 2024: Keputusan Kemasukan Tingkatan 1 & 4 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar