Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Negeri Perak 2024

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk)  membuka permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal kepada para pelajar tingkatan 4 dan 5 untuk sesi persekolahan 2024.

Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk ini disediakan di bawah asnaf FAKIR MISKIN. Bantuan adalah di dalam bentuk kewangan.

Kepada mereka yang ingin memohon Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal  Perak ini dinasihatkan membaca dengan teliti syarat-syarat yang ditetapkan sebelum membuat permohonan.

Tempoh permohonan adalah mulai 15 Februari 2024 hingga 20 Mac 2024 (RABU).

Syarat-syarat Permohonan

Pelajar yang ingin memohon Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk perlu memenuhi syarat kelayakan berikut:

  1. Pelajar warganegara Malaysia yang beragama Islam;
  2. Pelajar lahir dan menetap di negeri Perak atau telah bermastautin di negeri Perak;
  3. Pendapatan bulanan ibu dan bapa atau tidak melebihi had kifayah (Fakir Miskin);
  4. Pelajar tingkatan 4 dan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2024 daripada Sekolah Menengah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan (tidak termasuk Kolej Vokasional) yang cemerlang dalam bidang kokurikulum tahun semasa berdasarkan merit; dan
  5. Tidak mendapat biasiswa atau bantuan persekolahan daripada mana-mana agensi.
PERMOHONAN SKIM BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL TAHUN 2024 MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK

Senarai Semak Dokumen Yang Perlu Dilampirkan

  1. Borang permohonan yang telah dilengkapkan;
  2. Salinan kad pengenalan pemohon dan semua ahli isi rumah;
  3. Salinan penyata pendapatan (slip gaji atau pengesahan pendapatan daripada penghulu) ibu/bapa atau penjaga ;
  4. Salinan sijil nikah/ cerai/ kematian (jika berkaitan);
  5. Salinan surat pengesahan sakit oleh Pegawai Perubatan Kerajaan (jika berkaitan);
  6. Salinan keputusan peperiksaan akhir tahun 2023; dan
  7. Salinan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Cara Memohon

Borang juga boleh diperolehi melalui pautan https://bit.ly/biasiswamaipk atau imbas kod QR dalam poster yang dinyatakan sebelum ini.

Borang permohonan juga boleh diperlehi  di pejabat-pejabat pentadbiran MAIPk yang berdekatan dan hantarkan borang yang telah lengkap diisi beserta dokumen-dokumen yang diperlukan ke pejabat pentadbiran MAIPk terdekat atau pos ke alamat berikut:

Unit Pemerkasaan Asnaf, Bahagian Agihan Zakat,
Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

Prosedur Mengisi Borang

  1. Borang ini mesti diisi dengan menggunakan HURUF BESAR. 
  2. Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama pelajar. 
  3. Hanya borang yang lengkap akan diproses. 
  4. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah mengikut alamat tempat tinggal. 
  5. Permohonan hendaklah dihantar mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Info lanjut Permohonan

Untuk makluman lanjut, sila hubungi nombor talian berikut;

  •  019-5711383 (Unit Pendidikan, MAIPk).

Sumber: Zakat Perak-MAIPk

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

The post Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Negeri Perak 2024 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar