Ini merupakan beberapa info terkini mengenai pembayaran STR Fasa 1 2024 melalui kredit akaun ke dalam akaun CIMB Bank.
Sebagaimana yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan sebelum ini, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 diawalkan kepada 29 Januari 2024 (Isnin depan) secara berperingkat, berbanding perancangan awal pada bulan Februari 2024.
Seramai 8.2 juta penerima STR yang lulus menerusi semakan permohonan fasa pertama bakal menerima bantuan tunai sehingga RM500.
Tarikh Pembayaran
Untuk fasa 1 2024, tarikh pembayaran secara rasminya adalah secara berperingkat mulai 29 Januari 2024 (Isnin)
Ramai yang ternanti-nantikan pembayaran STR fasa 1 melalui CIMB kerana yang menggunakan akaun sudah BSN masuk awal kali ini.
Semakan Dahulu Status Kelayakan
Semakan status kelulusan boleh dibuat melalui;
- Layari laman sesawang https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau
- Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hotline STR melalui talian 1800-88-2747
Sekiranya anda membuat semakan melalui online di portal MySTR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Permohonan
Pemohon yang layak akan menerima status permohonan “LULUS” beserta amaun kelulusan Fasa 1 dan juga jumlah layak keseluruhan sebagaimana contoh berikut;
Bagi yang layak STR fasa 1, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;
- Tarikh Kredit
- No.Pengenalan Akaun Dikredit
- Nama Fasa
- Jumlah Dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- No Akaun
- Kod Tidak Berjaya
- Tarikh Tunai
CIMB Dah Masuk?
Beberapa rakan netizen memaklumkan sudah menerima bayaran STR Fasa 1 melalui CIMB pada 29 Januari 2024 secara berperingkat.
Berikut adalah beberapa screen shot (tangkap layar) perkongsian mereka.
Untuk makluman, pembayaran STR fasa 1 melalui pengkreditan ke dalam akaun CIMB dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada pihak CIMB.
Penerima yang belum mendapat bayaran STR, dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet CIMB Clicks atau Mesin Teler Automatik (ATM) CIMB Bank.
Semakan secara perbankan melalui CIMB Click boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;
https://www.cimbclicks.com.my/
Kenapa Duit STR Lambat Masuk?
Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing dan dibuat secara berperingkat.
Dengan lebih 8.2 juta penerima STR bagi fasa 1 tahun ini, sudah pasti ia akan mengambil sedikit masa sebelum dikreditkan ke dalam akaun masing-masing.
Jadi kalau belum masuk lagi pada pada hari ini, jangan risau kerana bayaran dibuat secara berperingkat. Ini kerana jumlah yang besar dan bilangan penerima yang ramai ini memerlukan sedikit masa pembayaran.
Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing.
Berapa Saya Dapat Untuk STR Fasa 1 2024?
Berdasarkan siaran media terkini Kementerian Kewangan, penerima STR Fasa 1 2024 akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM500 berdasarkan kelayakan masing-masing.
Jumlah bayaran mengikut kategori masing-masing adalah sebagaimana berikut;
Isi rumah (tiada had umur) dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bil anak 0 – RM500
- Bil anak 1-2 – RM500
- Bil anak 3-4 – RM500
- Bil anak 5 dan ke atas – RM500
Isi rumah (tiada had umur) dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000
- Bil anak 0 – RM100
- Bil anak 1-2 – RM150
- Bil anak 3-4 – RM250
- Bil anak 5 dan ke atas – RM300
Warga Emas Tiada Pasangan
- RM150
Bujang berumur 21-59 tahun
- RM100
Bujang OKU berumur 19-59 tahun
- RM100
Untuk lebih jelas lagi, anda boleh merujuk jadual yang disediakan oleh LHDNM di bawah;
Kaedah Bayaran
Kaedah pembayaran STR fasa 1 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 29 Januari 2024 hingga 2 Februari 2024.
Penerima STR yang tiada akaun bank (termasuk Sabah dan Sarawak) pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 29 Januari 2024 (Isnin).
Kadar Tambahan STR – Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Untuk makluman, penerima STR dari kategori miskin tegar dan miskin, layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu sumbangan tambahan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.
Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai-kedai runcit berdaftar.
Semakan Status MyKasih
Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa), terdapat 4 kaedah yang boleh dilakukan iaitu;
- Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih dan MySTR
- Melalui surat pemakluman
- Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
- Menghubungi LHDNM, Kementerian Kewangan atau MyKasih
Semakan Melalui Portal MyKasih
Semakan secara online juga boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;
- Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/
- Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
- Langkah 3 – Klik SEMAK STATUS
Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;
- Status – Layak
- Jumlah baki terkini
- Nama
- Nombor MyKad
- Program bermula
- Program berakhir
Pendaftaran dan Kemaskini PADU 2024
Pendaftaran dan kemaskini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kini boleh dibuat sama ada secara dalam talian mahupun melalui kaunter PADU yang dibuka.
Salah satu kepentingan mendaftar PADU adalah bagi memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU.
Oleh yang demikian, daftar dan kemas kini maklumat anda ke dalam sistem PADU sekarang supaya tidak tercicir daripada bantuan dan subsidi Kerajaan Malaysia.
Kaedah Pendaftaran & Kemaskini PADU
Pendaftaran PADU boleh dibuat melalui 2 kaedah iaitu;
- Secara dalam talian melalui portal PADU https://padu.gov.my/
- Melalui kaunter PADU
FAQ (Soalan Lazim) Jadual Bayaran STR Fasa 1
Mulai 29 Januari 2024 (Isnin) secara berperingkat
Ada yang dah masuk pada 29 Januari 2024 (Isnin). Kalau tak hari ni, esok atau lusa. Yang belum dapat harap bersabar kerana disalurkan secara berperingkat.
RM100 hingga RM500 mengikut kategori masing-masing
https://ift.tt/nCbfjL1
The post Tarikh & Jadual Pembayaran STR 2024 Fasa 1 Melalui CIMB Bank appeared first on Info Terkini Bantuan.