Permohonan Lesen Percuma 2024 Melalui Program MyLESEN B2

Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 Tahun 2024!

Sukacitanya Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan melaksanakan Program MyLesen B2 Tahun 2024. 

Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.

Sehubungan itu, sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2024, dipohon tuan/puan bolehlah meneliti maklumat, syarat dan  seterusnya mengisi borang penyertaan yang dilampirkan.

Apakah Program MyLesen B2?

Program MyLesen B2 merupakan subsidi bayaran latihan, ujian & lesen motosikal B2 bagi golongan B40 bertujuan untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi & pendapatan isi rumah

Ia bertujuan membantu golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.)

Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Melalui program ini, peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.

Impak Program

  • Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
Impak Program Lesen Percuma 2024

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.

Kouta pernyertaan adalah sebanyak 35000.

Syarat-syarat Kelayakan 

Syarat kelayakan peserta bagi permohonan Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah sebagaimana berikut;

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 16 tahun dan ke atas;
  3. Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
  4. Sihat fizikal dan mental;
  5. Bebas senarai hitam mahkamah, JPJ atau PDRM; dan
  6. Belum memiliki sebarang lesen memandu.
Syarat kelayakan program MyLesen B2 2024

Cara Memohon Lesen Percuma MyLesen B2  

Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut;

https://forms.gle/B5gbUkz2SxeydmnW6

Anda juga boleh mengimbas kod QR berikut untuk mengisi;

QR program MyLesen B2 2024

Terma dan Syarat Penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 (Peserta)

  1. Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
  2. Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
  3. Sihat fizikal dan mental.
  4. Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  5. Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
  6. Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali dan ujian.
  7. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  8. Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  9. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  10. Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  11. Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
  12. Program akan berlangsung bermula Febuari 2024 sehingga Oktober 2024.


Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 boleh dikemukakan kepada mylesenb2@jpj.gov.my atau 03 – 8892 8714/8693.

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Program MyLesen B2 Tahun 2024?

Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.

Apakah manfaat yang diperoleh oleh peserta sekiranya menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2024?

Peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.

Apakah kelas lesen yang ditawarkan di bawah Program MyLesen B2 Tahun 2024?

Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.)

Dimanakah calon boleh membuat pendaftaran bagi Program MyLesen B2 Tahun 2024?

Pendaftaran peserta boleh dibuat melalui pautan seperti dibawah:
 
https://forms.gle/6sSmmYvcDWYegrB4A

Apakah syarat kelayakan peserta bagi permohonan Program MyLesen B2 Tahun 2024?

Syarat-syarat Peserta:
1) Warganegara Malaysia;
2) Berumur 16 tahun dan ke atas;
3) Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
4) Sihat fizikal dan mental;
5) Bebas senarai hitam mahkamah, JPJ atau PDRM; dan
6) Belum memiliki sebarang lesen memandu.

Berapakah kos bayaran bagi Program MyLesen B2 Tahun 2024?

Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian (termasuk ulangan) adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.

Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan oleh setiap peserta untuk menjalani latihan dan ujian memandu bagi Program MyLesen B2 Tahun 2024?

Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut:
– Kursus Teori (KPP01) = 6 Jam
– Ujian Bertulis (KPP01) = 1 Jam
– Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) = 9.5 Jam
– Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) = 6 Jam
– Pra Ujian (QTI) = 30 Minit
– Ujian JPJ
 

Di manakah peserta perlu menjalani latihan dan ujian memandu bagi memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2?

Peserta perlu mengikuti kursus, latihan dan ujian di Institut Memandu yang telah ditetapkan oleh JPJ sahaja.
 
Penempatan lokasi latihan dan ujian akan ditetapkan berdasarkan lokasi terhampir dengan pilihan peserta.

Adakah peserta dibenarkan untuk bertukar ke Institut Memandu (IM) lain setelah berjaya menjalani sebahagian daripada latihan yang ditetapkan atau dibenarkan untuk berhenti daripada meneruskan latihan dan ujian?

Tidak. Peserta perlu menghabiskan latihan dan ujian di IM yang didaftarkan dan tidak dibenarkan untuk bertukar ke IM lain.
 
Peserta adalah tertakluk kepada syarat-syarat Program yang ditetapkan melalui satu (1) Surat Aku Janji bagi memastikan komitmen peserta terhadap Program yang dilaksanakan.

Adakah kos-kos lain yang tidak termasuk di dalam pakej yuran Program MyLesen B2 Tahun 2024 akan turut ditanggung oleh pihak Kerajaan?

Tidak. Kos-kos lain seperti pemeriksaan kesihatan, pengangkutan, penginapan dan makan minum sepanjang peserta mengikuti kursus, latihan dan ujian memandu perlu ditanggung oleh peserta dan tidak termasuk di dalam pakej yuran pembiayaan oleh pihak Kerajaan.

Apakah yang menyebabkan peserta dikeluarkan daripada menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2024?

Apabila peserta gagal untuk menamatkan Program sebelum tempoh yang telah ditetapkan iaitu November 2024.

Bilakah tarikh tutup penyertaan bagi Program MyLesen B2 Tahun 2024?

Tarikh tutup adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.

Adakah peserta perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2024?

Tidak. Namun peserta perlu membuat pengesahan kesihatan kendiri melalui Borang Perakuan Kesihatan Calon yang telah disediakan.

Adakah Orang Kurang Upaya (OKU) dibenarkan untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2024?

OKU yang dibenarkan adalah bagi kategori yang tidak melibatkan sebarang pengubahsuaian kenderaan sahaja seperti yang berikut:
a) Pendengaran;
b) Pertuturan; atau
c) Pembelajaran.

dengan mendapat pengesahan pegawai perubatan yang bertauliah (Borang Pemeriksaan Kesihatan Permohonan Lesen Memandu Orang Kurang Upaya).

The post Permohonan Lesen Percuma 2024 Melalui Program MyLESEN B2 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar