Permohonan Bantuan IPTA Yayasan LTAT Sesi 2023 / 2024

Permohonan Bantuan IPTA oleh Yayasan LTAT kini dibuka kepada anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berjaya melanjutkan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pertama ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2023/2024.

Yayasan LTAT ditubuhkan pada 26 April 2000 oleh Syarikat Kumpulan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (“Kumpulan LTAT”) yang diterajui oleh Boustead Holdings Berhad (“BHB”) dan dahulunya dikenali sebagai Yayasan Warisan Perajurit (“YWP”). 

Berikut merupakan maklumat permohonan bagi Bantuan IPTA Yayasan LTAT.

Tarikh Tutup Permohonan

Borang permohonan hendaklah dihantar kepada Jabatan Arah Pendidikan, ATM pada atau sebelum 2 Februari 2024 (Jumaat).

Syarat Permohonan

Permohonan bantuan ini hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut;

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak melebihi 21 tahun.
  • Telah mendapat tawaran mengikuti program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pertama sepenuh masa di Universiti Awam (IPTA) bagi sesi 2023/2024.
  • Tamat Pengajian SPM/SPMV atau Asasi/Matrikulasi dan STPM sahaja yang layak memohon.
  • Bukan di kalangan pemegang Diploma / Diploma yang ditawarkan Program Penerapan/Trek Pantas ke peringkat Ijazah pertama.
  • Permohonan daripada anak-anak warga ATM yang sedang berkhidmat sahaja.
  • Permohonan Bantuan IPTA sesi 2023/2024 akan ditolak sekiranya memohon Dermasiswa Premium 2023.
Permohonan Bantuan IPTA YAYASAN LTAT

Cara Memohon

Pemohon hendaklah mengisi dan melengkapkan borang permohonan yang boleh diperolehi melalui Google Drive di bawah;

https://drive.google.com/drive/folders/1K-gd-23eWbwzprm6OWNy-vRD5P93gGco?

Cara-Cara Penghantaran Borang

  • Borang permohonan hendaklah dihantar kepada Sel Pendidikan Perkhidmatan masing-masing.
  • Borang yang dihantar terus kepada Yayasan LTAT tidak akan diproses dan dianggap gagal.

ALAMAT SURAT-MENYURAT:

Darat

  • Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia
  • (Untuk Perhatian: Sel Pendidikan TD) Tel: 03-40133409

Laut

  • Markas Tentera Laut Cawangan Pembangunan Sumber Manusia
  • (Untuk Perhatian: Pejabat Pendidikan) Tel: 03-40160113

Udara

  • Markas Tentera Udara Cawangan Perkhidmatan
  • (Untuk Perhatian: Sel Pendidikan) Tel: 03-40170066

Senarai Semak Permohonan

(Salinan dokumen perlu disahkan oleh Pasukan)

  1. 2 x salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. 2 x salinan penyata akaun SSPN Prime pemohon (jika ada). Jika tiada akaun SSPN Prime, pembukaan akaun akan dilakukan oleh PTPTN.
  3. 2 x salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti Awam (IPTA) yang diiktiraf oleh kerajaan dan disahkan oleh pendaftar universiti.
  4. 2 x salinan resit bayaran/transaksi online yang telah disahkan oleh pihak Pejabat Bendahari Universiti.
  5. 2 x salinan Slip Keputusan SPM/SPMV.
  6. 2 x salinan Transkrip Akademik Asasi/ Matrikulasi/Slip keputusan STPM.
  7. 2 x salinan My Tentera ibu/bapa atau penjaga.
  8. Jika Anak Angkat / Anak Tiri hendaklah disertakan PERBAH II Pasukan.

Maklumat Tambahan

  1. Pembayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun SSPN Prime pemohon.
  2. Bantuan adalah bergantung kepada kedudukan kewangan dan jumlah dana yang diterima daripada Syarikat Kumpulan LTAT.
  3. Semua dokumen yang telah diserahkan tidak akan dikembalikan kepada pemohon.
  4. Setiap salinan dokumen hendaklah jelas dan berukuran saiz A4.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut mengenai Bantuan IPTA Yayasan LTAT, layari;

The post Permohonan Bantuan IPTA Yayasan LTAT Sesi 2023 / 2024 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar