Permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK 2024

Sukacitanya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membuka permohonan kepada calon-calon yang berkelayakan bagi memohon Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK bagi Tahun 2024.

Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) (dahulu dikenali sebagai Bantuan Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara) merupakan antara dana zakat MAIK yang bertujuan membantu meringankan beban golongan asnaf melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi secara tidak langsung mampu mengubah masa depan mereka.

Apa Itu Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP)? 

Program ini merupakan satu bentuk bantuan kewangan (dermasiswa) yang diberikan berdasarkan permohonan pelajar setiap tahun dalam membantu anak-anak Kelantan di dalam pengajian di beberapa institusi Pengajian Tinggi Luar dan Dalam Negara dalam pelbagai bidang yang bermanfaat.

Bantuan pengajian berbentuk Dermasiswa ini adalah berdasarkan permohonan pada tahun tersebut dan tertakluk kepada tempoh pengajian.

Permohonan dan kelulusan adalah sekali setahun sahaja.

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka bermula 1 Januari 2024 sepanjang tahun sehingga tarikh tutup yang akan dimaklumkan.

[Iklan] Permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK 2024

Syarat Umum Permohonan

  1. Terbuka kepada pemohon warganegara Malaysia (peranakan Kelantan) yang lahir dan bermastautin menetap di Kelantan.
  2. Ibubapa/Penjaga pemohon menetap dan bermastautin di Kelantan sahaja. 
  3. Terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
  4. Jumlah pendapatan keluarga adalah tidak melebihi RM10,000 sebulan.(PENDAPATAN KASAR)
  5. Tidak mendapat tajaan pembiayaan (termasuk pinjaman boleh ubah) atau biasiswa mana-mana pihak kecuali Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan bantuan kewangan / pinjaman agensi Kerajaan Negeri Kelantan. 
  6. Bagi pelajar dalam negara, pemohon wajib mendapat sekurang-kurangnya keputusan semester pertama dan ke atas pada peringkat semasa. 
  7. Pemohon tidak mendapat mana-mana bantuan IPT MAIK pada tahun semasa.
  8. Keputusan permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan pihak MAIK.

Syarat Khusus Permohonan

Pelajar Luar Negara (Timur Tengah)

  • Memperoleh keputusan Maqbul (Lulus) dan layak menyambung pengajian ke tahun seterusnya..

Pelajar Luar Negara (Selain Timur Tengah)

  • Memperoleh minima PNGK 3.0 dan/ atau keputusan 75% lulus dan layak menyambung pengajian ke tahun seterusnya.

Pelajar Dalam Negara

  • Memperoleh minima PNGK 3.0 dan/ atau keputusan 75% lulus dan layak menyambung pengajian ke tahun seterusnya.

Syarat Tambahan

  1. Maksimum permohonan dan kelulusan bantuan 5 kali sahaja bagi pelajar yang menuntut di Mesir.
  2. Bagi peringkat kemahiran Bahasa Arab (lughah), maksimum sekali sahaja sepanjang pengajian
  3. Bagi lain-lain negara termasuk Malaysia, permohonan dan kelulusan adalah tertakluk kepada kursus dan peringkat pengajian.
  4. Baki tempoh pengajian pemohon hendaklah sekurang-kurangnya 3 bulan dari tamat pengajian.
  5. Dermasiswa adalah tertakluk kepada kelulusan MAIK.

Bidang Pengajian

Berdasarkan surat tawaran dan surat pengesahan pengajian terkini.

Cara Memohon

Permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) boleh dilakukan melalui cara berikut;

  • Secara atas talian dengan klik pada pautan http://eagihan.e-maik.my/
  • Perkhidmatan KIOSK dan mesin pengimbas disediakan di aras bawah, Unit Agihan Zakat MAIK dan seluruh Masjid Bandar Negeri Kelantan dibawah kod 28412 – Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK

*Manual Pengguna Sistem Eagihan MAIK :
(https://online.fliphtml5.com/qhium/pbbg/#p=1)

* 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗜𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗢𝗟𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗜𝗥𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗨𝗡𝗦𝗨𝗥-𝗨𝗡𝗦𝗨𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗣𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗟𝗦𝗨𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗞𝗨𝗠𝗘𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗡𝗢𝗧𝗜𝗦

Info lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaa, sila hubungi maklumat berikut;

Sumber: Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

The post Permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK 2024 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar