Kemaskini PADU 2024: Update Maklumat Pangkalan Data Utama

Pendaftaran dan kemaskini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kini boleh dibuat sama ada secara dalam talian mahupun melalui kaunter PADU yang dibuka.

Salah satu kepentingan mendaftar PADU adalah bagi memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU.

PADU juga berperanan untuk memastikan anda menerima manfaat berbentuk bantuan atau perlindungan (sekiranya layak) daripada pelbagai inisiatif kerajaan berfokuskan rakyat.

Oleh yang demikian daftar dan kemas kini maklumat anda ke dalam sistem PADU sekarang supaya tidak tercicir daripada bantuan dan subsidi Kerajaan Malaysia.

Apa Itu Pangkalan Data Utama (PADU)?

Apakah Pengkalan Data Utama (PADU)

Pangkalan Data Utama (PADU) merupakan pangkalan data yang mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar secara bersasar; untuk memastikan penduduk tidak tercicir daripada menerima bantuan atau inisiatif lain sekiranya layak.

Objektif pelaksanaan PADU bertujuan menyediakan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala, membantu penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data serta membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.

PADU bakal meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan, mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad, memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat, serta merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.

Siapa Yang Perlu Buat Pendaftaran PADU?

Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat anda ke dalam sistem PADU dan mengesahkan 39 maklumat diri yang diperlukan.

Pendaftaran baharu, kemaskini dan semakan di sistem PADU adalah PERCUMA. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

Tempoh Pendaftaran & Kemaskini PADU

Pendaftaran dan kemaskini maklumat individu dalam Sistem PADU bermula pada 2 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024.

Kaedah Pendaftaran & Kemaskini PADU

Pendaftaran PADU boleh dibuat melalui 2 kaedah iaitu;

  1. Secara dalam talian melalui portal PADU https://padu.gov.my/ 
  2. Melalui kaunter PADU

3 Langkah Daftar PADU Secara Online

Pendaftaran secara online ikuti panduan berikut;

Layari portal PADU https://padu.gov.my/ 

Langkah 1 – Maklumat Asas

  • Maklumat pendaftaran mestilah sama seperti yang tertera pada Kad Pengenalan. Isikan nombor telefon bimbit dan e-mel yang sah serta aktif untuk penerimaan OTP.

Langkah 2: Pengesahan Akaun

  • Anda perlu mengisi OTP yang diterima melalui e-mel atau SMS dalam tempoh 3 minit. Permohonan semula diperlukan sekiranya tidak menerima OTP dalam tempoh ditetapkan atau tamat tempoh pengisian.

Langkah 3: Tetapkan Kata Laluan

  • Kata laluan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya aksara dengan kombinasi huruf kecil, huruf besar d simbol istimewa (contoh: *%$). Kata laluan ini diperlukan untuk log masuk bagi proses semakan dan pengemaskinian maklumat.
Langkah Mudah mendaftar pertama di PADU

Pendaftaran & Kemaskini Melalui Kaunter

Dalam pada itu juga, kaunter fizikal PADU ini akan turut disediakan bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar, tidak mempunyai peranti dan tiada akses capaian internet.

Pendaftaran ini boleh dibuat di;

  • Pejabat Daerah/ Penghulu/MPKK/PBT
  • Pusat Ekonomi Digital
  • Premis agensi kerajaan Persekutuan/ Negeri
  • Pusat Internet Desa

Andan boleh muat turun senarai Kaunter PADU mengikut pilihan anda;

  1. DIREKTORI DOSM NEGERI DAN PEJABAT OPERASI
  2. KAUNTER FIZIKAL PADU DI PEJABAT DAERAH
  3. KAUNTER FIZIKAL PEDI MENGIKUT NEGERI
Kaunter Fizikal PADU

Maklumat Penting Untuk Kemaskini

Terdapat 8 kategori maklumat yang anda perlu kemaskini dalam PADU meliputi;

  1. Maklumat asas
    • Taraf Perkahwinan
    • Pesakit Terlantar
    • Alamat e-Mel
    • Maklumat Bank
    • Jenis E-dompet (E-Wallet)
  2. Alamat & Kediaman
    • Alamat kediaman
    • Jenis Kediamanan Semasa
    • Pemilikian Kediaman Semasa
  3. Pendidikan
    • Sijil Tertinggi
    • Bidang Pengajian
  4. Isi Rumah
    • Status Ketua Isi Rumah *”Sekiranya pemohon adalah Ketua Isi Rumah, pemohon hendaklah tambah ahli isi rumah dan mengisi maklumat Ahli Isi Rumah”
    • Status Warganegara
    • Nama penuh
    • Nombor kad pengenalan / passport
    • Jantina
    • Tarikh lahir
    • Pesakit terlantar
    • Hubungan / pertalian dengan ketua isi rumah
  5. Pekerjaan
    • Status pekerjaan
    • Kategori pekerjaan & aktiviti utama
    • Nama & alamat tempat kerja & jarak sehala dari kediaman
    • Pendapatan bulanan (RM)
  6. Pendapatan
    • Pendapatan bulanan daripada pencen
    • Sumbangan berkala daripada individu atau NGO
    • Pendapatan sewaan bangunan / kenderaan
  7. Komitmen
    • Pinjaman perumahan
    • Pinjaman kenderaan
    • Pinjaman pendidikan
    • Perbelanjaan pendidikan
    • Pinjaman peribadi
    • Insurans pendidikan / kesihatan
  8. Bantuan Kerajaan
    • Kategori sumbangan
    • Program bantuan
    • Kekerapan sumbangan daripada bantuan
    • Nilai Sumbangan (RM)

3 Langkah Mudah eKYC

Kepentingan eKYC

e-KYC adalah kaedah pengesahan identiti secara dalam talian bagi memastikan pengenalan dan identiti individu. Pengesahan ini diperlukan bagi mengelakkan penipuan dan salah guna maklumat oleh pihak yang tidak dibenarkan.

Langkah 1 – Sila imbas QR Kod yang tertera (pada gambar di bawah) menggunakan telefon bimbit anda.

Langkah 2 – Ambil gambar kad pengenalan (depan & belakang)

Langkah 3 – Ambil gambar swafoto anda.

eKYC Pengesahan Identiti PADU

Terlupa Kata Laluan PADU

Anda boleh menetapkan kata laluan baharu di sini. Masukkan No. Kad Pengenalan dan No. Telefon Bimbit dan klik butang ‘Seterusnya’. Masukkan OTP yang telah dihantar ke No. Telefon Bimbit dan alamat e-mel yang berdaftar untuk meneruskan proses penetapan kata laluan yang baharu.

Anda juga boleh merujuk panduan bergambar di bawah;

Terlupa Kata Laluan PADU

Info Lanjut dan Pertanyaan

Untuk info lanjut dan terkini mengenai Pangkalan Data Utama (PADU), sila layari;

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

  • MyGCC: 1-800-88-7720 (8.00 pagi – 6.00 petang)
  • Jabatan Perangkaan Malaysia : 1-800-88-7721 *mulai 5 Januari 2024 (7.30 pagi – 10.00 malam)
Hotline PADU

Sumber: Kementerian Ekonomi

Risalah PADU 2

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah manfaat yang saya perolehi dengan mengemas kini maklumat?

Anda berpeluang untuk menerima bantuan atau perlindungan sosial yang sewajarnya

Bilakah saya boleh membuat pengemaskinian maklumat ?

Anda boleh mengemaskini maklumat bermula 2 Januari 2024 dan seterusnya pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan. Sila rujuk Portal PADU bagi sebarang pengumuman terkini.

Adakah PADU sama dengan program ID Digital Nasional (IDN) ?

TIDAK. PADU merupakan satu pangkalan data yang mengandungi maklumat individu manakala IDN merupakan pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu untuk melaksanakan urusan dalam talian.

Buat masa kini, sistem PADU menggunakan pengesahan identiti individu melalui e-KYC sahaja. Pengintegrasian IDN dengan sistem PADU akan dilaksanakan kelak.

Siapakah yang boleh mengemas kini maklumat dalam sistem PADU ?

Semua warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Adakah saya perlu mendaftar akaun dengan PADU ?

Ya, anda perlu mendaftar akaun bagi membolehkan log masuk serta menyemak dan mengemas kini maklumat anda.

Saya tidak memerlukan bantuan kerajaan. Adakah saya perlu mendaftar ?

Anda digalakkan mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Apakah manfaat yang saya perolehi dengan mengemaskini maklumat?

Anda dapat memastikan anda tidak tercicir daripada menerima bantuan atau perlindungan sosial sekiranya layak.

Adakah saya akan ditawarkan subsidi/bantuan/perlindungan secara automatik selepas mengemaskini data?

Tidak. Kerajaan akan menilai maklumat pengguna PADU bagi menentukan kelayakan individu berdasarkan mekanisme yang telah ditetapkan.

The post Kemaskini PADU 2024: Update Maklumat Pangkalan Data Utama appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar