[RASMI] STR Fasa 1 2024: Tarikh & Jumlah Bayaran Bantuan

[TERKINI] Pembayaran Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024) bagi tahun ini akan disalurkan lebih awal berbanding perancangan awal pada bulan Februari 2024.

Apa yang menariknya,  Kerajaan telah menaikkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 sehingga RM500 kepada isi rumah berbanding bayaran maksimum sebanyak RM300 pada tahun lalu. 

Dengan ini, peruntukan bagi Fasa 1 telah bertambah sebanyak 26% kepada RM2.1 bilion daripada RM1.67 bilion pada tahun lepas dalam usaha untuk membantu sebilangan besar rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.

STR pada tahun 2024 akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima atau 60% daripada penduduk dewasa kumpulan B40 dan M40.

Cara-cara Semakan Status STR Fasa 12024

Terdapat 5 cara semakan status permohonan STR iaitu;

  1. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my  dengan memilih menu Log Masuk MySTR>Semakan Status; atau
  2. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit; atau
  3. Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  4. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  5. Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran

Cara Semakan Online Melalui Portal MySTR

Berikut adalah  cara untuk membuat semakan status permohonan STR 2024 melalui Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my 

Langkah 1 – Klik log masuk MySTR

Langkah 2 – Masukkan Nombor MyKad Pemohon

Langkah 3 – Pengesahan Kata Kunci Keselamatan

Langkah 4 – Masukkan Kata Laluan

Langkah 5 -Klik Semakan Status

Langkah 6 – Maklumat yang akan dipaparkan:

  • Status Permohonan
  • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Pemohon yang layak akan menerima status permohonan “LULUS” beserta amaun kelulusan asas STR dan juga jumlah yang telah dibayar sebagaimana berikut;

Status Terkini STR Fasa 1 2024
Status Terkini Belum diKemaskini dalam portal MYSTR

Tarikh Bayaran

Kementerian Kewangan memaklumkan, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 diawalkan kepada 29 Januari 2024 (Isnin depan) secara berperingkat, berbanding perancangan awal pada bulan Februari 2024 

Bayaran ini akan dibuat secara berperingkat mengikut bank masing-masing sehingga 2 Februari 2024 (Jumaat).

Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2024

Jumlah Bayaran STR Fasa 1 (2024)

Berdasarkan siaran media terkini Kementerian Kewangan, penerima yang lulus akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Jumlah bayaran pertama untuk mengikut kategori adalah sebagaimana berikut;

Isi rumah (tiada had umur) dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM500
  2. Bil anak 1-2 – RM500
  3. Bil anak 3-4 – RM500
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM500

Isi rumah  (tiada had umur)  dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – RM100
  2. Bil anak 1-2 – RM150
  3. Bil anak 3-4 – RM250
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM300

Warga Emas Sebatang Kara ≥ 60 tahun pendapatan bawah RM5,000

  • RM150

Bujang berumur 21-59 tahun

  • RM100

Bujang OKU berumur 19-59 tahun

  • RM100

Untuk lebih jelas lagi, anda boleh merujuk jadual yang disediakan oleh LHDNM di bawah;

Jumlah Bayaran Fasa Pertama STR 2024

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran STR fasa 12024 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 29 Januari hingga 2 Februari 2024.

Penerima STR yang tiada akaun bank (termasuk Sabah dan Sarawak) pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 29 Januari 2024 (Isnin).

Pembayaran STR Fasa 1 2024 Melalui BSN

Pembayaran STR fasa 1 melalui pengkreditan ke dalam akaun BSN akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.

Semakan secara perbankan melalui myBSN boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;

https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do

Bayaran STR Fasa 1 secara tunai akan turut dilakukan mulai 29 Januari 2024 (Isnin) di seluruh Cawangan BSN. Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR.

Sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut.

Notis BSN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2024

Bantuan MyKasih 2024: Sumbangan Asas Rahmah (RM100/RM50 Sebulan)

Untuk makluman, penerima STR dari kategori miskin tegar dan miskin, layak  menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu  sumbangan tambahan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai-kedai runcit berdaftar.

Semakan Status MyKasih

Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa), terdapat 4 kaedah yang boleh dilakukan iaitu;

  1. Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih dan MySTR
  2. Melalui surat pemakluman
  3. Sistem Pesanan Ringkas (sms blast
  4. Menghubungi LHDNM, Kementerian Kewangan atau MyKasih

Semakan Melalui Portal MyKasih

Semakan secara online juga boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula
  • Program berakhir
Bantuan SARA 2024 Semakan Status MyKasih (RM100 Sebulan)

Pendaftaran dan Kemaskini PADU 2024

Pendaftaran dan kemaskini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kini boleh dibuat sama ada secara dalam talian mahupun melalui kaunter PADU yang dibuka.

Salah satu kepentingan mendaftar PADU adalah bagi memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU.

Oleh yang demikian daftar dan kemas kini maklumat anda ke dalam sistem PADU sekarang supaya tidak tercicir daripada bantuan dan subsidi Kerajaan Malaysia.

Siapa Yang Perlu Buat Pendaftaran PADU?

Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat anda ke dalam sistem PADU dan mengesahkan 39 maklumat diri yang diperlukan.

Pendaftaran baharu, kemaskini dan semakan di sistem PADU adalah PERCUMA. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

Tempoh Pendaftaran & Kemaskini PADU

Pendaftaran dan kemaskini maklumat individu dalam Sistem PADU bermula pada 2 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024.

Kaedah Pendaftaran & Kemaskini PADU

Pendaftaran PADU boleh dibuat melalui 2 kaedah iaitu;

  1. Secara dalam talian melalui portal PADU https://padu.gov.my/ 
  2. Melalui kaunter PADU

3 Langkah Daftar PADU Secara Online

Pendaftaran secara online ikuti panduan berikut;

Layari portal PADU https://padu.gov.my/ 

Langkah 1 – Maklumat Asas

  • Maklumat pendaftaran mestilah sama seperti yang tertera pada Kad Pengenalan. Isikan nombor telefon bimbit dan e-mel yang sah serta aktif untuk penerimaan OTP.

Langkah 2: Pengesahan Akaun

  • Anda perlu mengisi OTP yang diterima melalui e-mel atau SMS dalam tempoh 3 minit. Permohonan semula diperlukan sekiranya tidak menerima OTP dalam tempoh ditetapkan atau tamat tempoh pengisian.

Langkah 3: Tetapkan Kata Laluan

  • Kata laluan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya aksara dengan kombinasi huruf kecil, huruf besar d simbol istimewa (contoh: *%$). Kata laluan ini diperlukan untuk log masuk bagi proses semakan dan pengemaskinian maklumat.
Langkah Mudah mendaftar pertama di PADU

Pendaftaran & Kemaskini Melalui Kaunter

Dalam pada itu juga, kaunter fizikal PADU ini akan turut disediakan bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar, tidak mempunyai peranti dan tiada akses capaian internet.

Pendaftaran ini boleh dibuat di;

  • Pejabat Daerah/ Penghulu/MPKK/PBT
  • Pusat Ekonomi Digital
  • Premis agensi kerajaan Persekutuan/ Negeri
  • Pusat Internet Desa

Andan boleh muat turun senarai Kaunter PADU mengikut pilihan anda;

  1. DIREKTORI DOSM NEGERI DAN PEJABAT OPERASI
  2. KAUNTER FIZIKAL PADU DI PEJABAT DAERAH
  3. KAUNTER FIZIKAL PEDI MENGIKUT NEGERI
Kaunter Fizikal PADU

Permohonan Baharu STR 2024

STR 2024 mengambil pendekatan berbeza iaitu Kerajaan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Kaedah pelaksanaan Permohonan STR secara sepanjang tahun adalah seperti jadual di bawah:

Bil Tarikh Penghantaran Borang Permohonan(Dalam Talian dan Borang Kertas) Tarikh Pembayaran
1. 1 November 2023 – 30 November 2023 Februari 2024
2. 1 Disember 2023 – 29 Februari 2024 April 2024
3. 1 Mac 2024 – 30 Jun 2024 Ogos 2024
4. 1 Julai 2024 – 30 September 2024 November 2024

Siapakah Yang Layak Membuat Permohonan STR 2024?

Pemohon layak memohon STR 2024 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

A. Isi Rumah

  1. Kahwin; atau
  2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

B. Warga Emas Tiada Pasangan

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  3. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

C. Bujang

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  3. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  4. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  5. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Cara Membuat Permohonan STR 

2 kaedah permohonan STR yang boleh dibuat iaitu;

  1. Permohonan Secara Dalam Talian
  2. Permohonan Melalui Borang

Pemohon boleh hadir ke;

  1. Pejabat Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)
  2. Pejabat Satelit HASiL
  3. Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL

Borang permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui laman Portal Rasmi STR berikut;

Risalah STR 2024_page-01
Risalah STR 2024_page-02

Siaran Media STR Fasa 1 2024

  • Siaran Media Kementerian Kewangan STR Fasa 1 2024_01
  • Siaran Media Kementerian Kewangan STR Fasa 1 2024_02
  • Siaran Media Kementerian Kewangan STR Fasa 1 2024_03

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut adalah beberapa soalan lazim mengenai pembayaran STR Fasa 1 2024;

Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 2 2024?

Mulai 29 Januari 2024 hingga 2 Februari 2024 secara berperingkat.

Bagaimana cara semakan secara online?

https://ift.tt/bi4ZDj9

Berapakah jumlah bayaran bagi fasa 1 2024?

RM100 hingga RM500 mengikut kategori penerima (rujuk jadual)

Bagaimanakah cara bayaran?

> Ada akaun mulai 29 Januari 2024 (Isnin)
> Tiada akaun – tunai di BSN mulai mulai 29 Januari 2024 (Isnin)

Siapakah yang layak menerima STR Fasa 1 2024?

Yang lulus melalui semakan kelayakan

The post [RASMI] STR Fasa 1 2024: Tarikh & Jumlah Bayaran Bantuan appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar