Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 (Januari 2024)

Bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2024 sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off, akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid seluruh negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan media pada 16 Oktober 2023 lalu memaklumkan tentang kebimbangan sesetengah pihak mengenai ketiadaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dalam Pengumuman Belanjawan 2024 seperti yang dilaporkan oleh media.

Belanjawan 2024 memperuntukkan RM788,130,000 khusus untuk tujuan BAP. Bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off(sekali bayar) akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid.

Apa itu Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan Awal persekolahan (BAP) merupakan bantuan tunai bagi ibu bapa/penjaga bertujuan untuk meringankan beban kewangan ibu bapa/penjaga dalam persediaan awal persekolahan

Mula diperkenalkan pada tahun 2012, ia bertujuan membantu ibubapa atau penjaga pada awal sesi persekolahan setiap tahun.

Sama seperti tahun 2023, bantuan ini diberikan kepada semua murid tanpa had pendapatan ibu bapa.

KPM turut mengingatkan orang ramai agar merujuk laman web khas Belanjawan 2024 Malaysia MADANI yang disediakan oleh Kementerian Kewangan bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai Belanjawan 2024. 

Laman web ini boleh diakses menerusi pautan di bawah: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/ 

Tarikh Pengagihan Bantuan

KPM dalam siaran Medianya (rujuk di bawah) memaklumkan Bantuan BAP akan disalurkan bermula bulan Januari 2024. 

Tarikh pembayaran mungkin berbeza mengikut sekolah masing-masing kerana bantuan ini disalurkan melalui akaun sekolah.

Seterusnya pihak sekolah akan mengagihkan bantuan awal persekolahan 2024 kepada murid sejurus peruntukan diterima oleh sekolah.

Ia akan dibuat secara berperingkat.

Untuk makluman, ada sekolah yang sudah menerima bayaran Bantuan Awal Persekolahan ini mulai 15 Januari 2024.

Surat Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2024 Alor Setar
Surat Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2024

Syarat dan Kriteria Kelayakan

Bagi tahun 2024, Kementerian Pendidikan Malaysia belum menyatakan kriteria kelayakan BAP ini. 

Namun jika diimbas kembali BAP tahun 2023, ia diberikan kepada murid-murid berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut: 

  1. Murid warganegara Malaysia;
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/2024; dan
  3. Murid bersekolah di :
    • Sekolah Kerajaan (SK);
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK);
    • Sekolah Agama;
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan;
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih;
    • Sekolah Integriti; dan 
    • Sekolah Henry Gurney.

Jumlah Bayaran

Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

Cara Bayaran

Peruntukan BAP disalurkan ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan sekolah dan pihak sekolah akan membuat agihan tunai kepada murid atau dikreditkan ke dalam akaun.

Cara Tuntutan Wang Bantuan Awal Persekolahan

  1. Bagi sekolah rendah ibu bapa/penjaga perlu hadir mengambil duit BAP.
  2. Sila bawa bersama;
    • Sijil lahir/kad pengenalan murid
    • Kad pengenalan ibu bapa/penjaga.
    • Jika wakil, sila bawa surat wakil yang ditandatangani oleh ibu bapa penjaga, salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga, salinan kad pengenalan wakil (Jika tiada dokumen berkenaan, wang BAP tidak akan diberi)
  3. Hanya murid warganegara Malaysia dan murid yang ada dokumen sahaja layak menerima BAP 2024.
  4. Ibu bapa perlu akur dengan tarikh dan ketetapan pihak sekolah. Pihak sekolah hanya mengambil wang dari bank mengikut jumlah murid yang ditetapkan sahaja. Lebihan wang akan dimasukkan semula ke dalam bank pada hari yang sama.
  5. Namun jika ada adik-beradik satu sekolah, ibu bapa dibenarkan mengambil pada hari adik atau abang/kakak ditetapkan. Bagi kes ini sila maklumkan kepada guru kelas untuk dimaklumkan kepada Unit Kebajikan sekolah.
  6. Penyerahan mungkin berbeza mengikut fasa sekolah masing-masing
  7. Jika wakil, sila bawa surat wakil yang ditandatangani oleh ibu bapa penjaga, salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga, salinan kad pengenalan wakil (Jika tiada dokumen berkenaan, wang BAP tidak akan diberi)

Walaupun begitu, ibu/bapa atau penjaga diminta merujuk kepada guru kelas atau pihak sekolah masing-masing berhubung tuntutan Bantuan Awal Persekolahan ini.

Kaedah pemberian dan tarikh diwang diserahkan mungkin berbeza mengikut sekolah masing-masing.

Cara Membuat Permohonan 

Untuk bantuan ini, murid tidak perlu mengisi apa-apa dokumen atau borang permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Tiada dokumen yang diperlukan bagi bantuan ini.

Imbasan 6 Soalan Lazim BAP 2023

  • Soalan Lazim Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2023)_01
  • Soalan Lazim Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2023)_02
  • Soalan Lazim Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2023)_03

Kenyataan Media KPM

KM_KPM_Berhubung Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2024 KPM

Info dan maklumat lanjut

Info lanjut tentang BAP, sila layari laman portal Kementerian Pendidikan Malaysia berikut; 

https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap

SUMBER: Kementerian Pendidikan Malaysia

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Soalan Lazim (FAQ)

Apa itu Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan Awal persekolahan (BAP) merupakan salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi meringankan kewangan keluarga yang berpendapatan rendah.

Berapa Jumlah Yang Diberikan?

RM150 secara sekaligus (one-off).

Bagaimana Cara Ingin Memohon Bantuan Ini?

Untuk bantuan ini, murid tidak perlu mengisi apa-apa dokumen atau borang permohonan.

Bilakah tarikh Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2024) disalurkan?

Januari 2024.. Tarikh adalah berbeza mengikut sekolah masing-masing.

The post Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 (Januari 2024) appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar