Permohonan Skim Pembiayaan Orang Kurang Upaya (SP-OKU)

Berita baik buat para peniaga dan usahawan OKU! Di bawah Skim Pembiayaan Orang Kurang Upaya (SP-OKU), Kerajaan menyediakan pembiayaan mikro yang khusus kepada usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan mudah dan cepat

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan di bawah skim ini adalah sehingga RM100,000.

Berikut adalah beberapa maklumat mengenai Skim Pembiayaan Orang Kurang Upaya (SP-OKU) yang meliputi kelayakan, cara permohonan dan dokumen yang diperlukan.

Apakah Skim Pembiayaan Orang Kurang Upaya (SP-OKU)?

Skim Pembiayaan Orang Kurang Upaya (SP-OKU)

Skim Pembiayaan Orang Kurang Upaya (SP-OKU) merupakan pembiayaan mikro yang khusus kepada usahawan Orang Kurang Upaya.

Skim ini disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi usahawan bertujuan untuk membiayai keperluan perniagaan.

Skim pembiayaan berasaskan Tawarruq ini melibatkan dua kontrak jual beli yang berasingan. 

Jual beli yang pertama berlaku apabila TEKUN menjual komoditi kepada pelanggan dengan harga yang telah dipersetujui pada peringkat awal iaitu jumlah pembiayaan ditambah keuntungan yang dibayar secara bertangguh. 

Jual beli kedua berlaku apabila pelanggan (dilakukan oleh TEKUN sebagai wakil) menjual komoditi yang telah dibeli kepada pihak ketiga secara tunai.

Jumlah Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang disediakan adalah RM1,000 sehingga RM100,000 sahaja.

Tempoh Pembiayaan

6 bulan sehingga 120 bulan @ 10 tahun.

Kadar Keuntungan

  • 2% setahun: Nilai Pembiayaan RM1,000 – RM10,000.
  • 4% setahun: Nilai Pembiayaan RM10,001 – RM100,000.
Jumlah, tempoh, kadar dan syarat Skim pembiayaan OKU

Simpanan

Usahawan diminta untuk membuat simpanan sebanyak 5% daripada nilai pembiayaan setiap tahun.

Simpanan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran jumlah pembiayaan.

Yuran Wakalah

Usahawan melantik TEKUN sebagai Wakil (Wakalah) dengan kadar yuran tertentu yang dipersetujui bagi menyempurnakan dua kontrak di atas.

Pembiayaan Yuran Wakalah
RM1,000 – RM5,000 RM 50
> RM 5,000 – RM 10,000 RM 100
> RM 10,000 – RM 20,000 RM 150
> RM 20,000 – RM 30,000 RM 200
> RM 30,000 – RM 40,000 RM 250
> RM 40,000 – RM 50,000 RM 300
> RM 50,000 – RM 100,000 RM 500

Perlindungan Takaful

Takaful Pembiayaan Berkelompok

Usahawan wajib menyertai Takaful Pembiayaan Berkelompok yang menyediakan perlindungan ke atas jumlah baki pembiayaan sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal dalam tempoh pembiayaan. Sumbangan takaful akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan.

Takaful Kemalangan Peribadi Berkelompok & PERKESO

Usahawan diberikan pilihan untuk menyertai pakej Takaful Kemalangan Peribadi Berkelompok yang ditawarkan oleh TEKUN untuk SATU (1) tahun pertama sahaja. Sumbangan takaful akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan.

Atau;

Usahawan diberikan pilihan untuk menyertai pakej Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri yang menyediakan perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 untuk SATU (1) tahun pertama sahaja. Caruman akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan.

Syarat Kelayakan Asas

Berikut merupakan syarat kelayakan asas bagi Skim Pembiayaan Orang Kurang Upaya (SP-OKU);

  1. Bumiputera dan Warganegara Malaysia (Masyarakat India bagi SPUMI).
  2. Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  3. Pemohon bukan seorang muflis.
  4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia (Syarikat 100% hak milik Masyarakat India bagi SPUMI).
  5. Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.
  6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online).
  7. Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan.
  8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda).
  9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000).
  10. Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon).
  11. Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan.
  12. Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan.
  13. Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah.

Syarat Tambahan

  1. Setiap pemohon mestilah mempunyai Kad OKU yang sah.
  2. Semua kategori OKU adalah layak memohon kecuali OKU kategori mental.
Syarat Kelayakan Asas Skim Pembiayaan Orang Kurang Upaya (SP-OKU)

Cara Permohonan

Permohonan hanya boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa.

Sila rujuk senarai pejabat cawangan seluruh negara melalui pautan berikut;

https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon hanya perlu mengemukakan Borang Permohonan Pembiayaan dan dokumen tambahan (jika berkenaan) seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang)
  2. Lesen / Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM)

Atau

Pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu

  1. Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
  2. Salinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank akaun Simpanan / akaun Semasa yang mengandungi nama / syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank
  3. Dokumen tambahan (jika berkenaan)

Dokumen Tambahan

  1. Skim ini adalah mengikut senarai dokumen yang diperlukan dan dokumen tambahan (jika berkenaan).
  2. Salinan Kad OKU.

Saluran Bayaran Jumlah Terhutang Dan Simpanan

Pejabat TEKUN Cawangan, kutipan oleh Pegawai TEKUN, bayaran melalui mana-mana Bank yang dimaklumkan oleh TEKUN, POS Malaysia, bayaran melalui cek tarikh tertunda (Post Dated Cheque / PDC), bayaran melalui aplikasi elektronik (Direct Debit e-Mandate) atau melalui kaedah lain yang ditetapkan oleh TEKUN dari semasa ke semasa.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang info lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Pembiayaan TEKUN Niaga sila hubungi maklumat berikut;

  • Talian HOTLINE TEKUN Nasional: 03-9059 8888
  • Laman web https://www.tekun.gov.my/ 
  • Atau berkunjung terus ke pejabat cawangan berhampiran

Sumber: TEKUN NASIONAL

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Skim Pembiayaan Orang Kurang Upaya (SP-OKU)?

Skim Pembiayaan Orang Kurang Upaya (SP-OKU) merupakan pembiayaan mikro yang khusus kepada usahawan Orang Kurang Upaya.

Siapakah yang layak untuk memohon Skim Pembiayaan TEKUN Niaga?

1. Bumiputera dan Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
3. Pemohon bukan seorang muflis
4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara
5. Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)
7. Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan
8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda)
9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000)
10. Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
11. Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan.
12. Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
13. Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah

Syarat Tambahan
1. Setiap pemohon mestilah mempunyai Kad OKU yang sah
2. Semua kategori OKU adalah layak memohon kecuali OKU kategori mental

Berapakah amaun pembiayaan yang ditawarkan di bawah Skim Pembiayaan TEKUN Niaga?

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM1,000 hingga RM 100,000.

Berapa lama tempoh bayaran balik?

6 bulan sehingga 120 bulan @ 10 tahun

Berapakah kadar keuntungan yang dikenakan?

Kadar yang dikenakan adalah;
– 2% setahun: Nilai Pembiayaan RM1,000 – RM10,000
– 4% setahun: Nilai Pembiayaan RM10,001 – RM100,000


The post Permohonan Skim Pembiayaan Orang Kurang Upaya (SP-OKU) appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar