Senarai Bantuan Tunai Tahun 2024 Malaysia Madani

Ketika Belanjawan 2024 pada 13 Oktober 2023 yang lalu, Perdana Menteri mengumumkan beberapa bantuan tunai yang menjadi perhatian rakyat Malaysia.

Bantuan Tunai 2024 yang diumumkan bakal memanfaatkan jutaan rakyat Malaysia yang terdiri daripada B40, M40, penjawat awam dan lain-lain.

Berikut merupakan Senarai Bantuan Tunai 2024 yang bakal memanfaatkan jutaan rakyat Malaysia.

Bantuan Awal Persekolahan RM150 

Bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2024 sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off, akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid seluruh negara.

Bantuan Awal persekolahan (BAP) merupakan salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi meringankan kewangan keluarga yang berpendapatan rendah.

KPM dalam siaran medianya memaklumkan Bantuan BAP akan disalurkan bermula bulan Januari 2024. 

KM_KPM_Berhubung Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2024 KPM

Bantuan ini akan disalurkan melalui akaun sekolah.

Seterusnya pihak sekolah akan mengagihkan bantuan awal persekolahan 2024 kepada murid sejurus peruntukan diterima oleh sekolah.

Ia akan dibuat secara berperingkat.

Keperluan Asas Barang Dapur RM1200 (B40)

Kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan SARA 2024) kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Sebelum ini penerima bantuan Sara hanya diberikan bantuan ini selama 6 bulan sahaja. Namun pada tahun 2024, penerima akan mendapat bantuan ini selama 12 bulan.

Bantuan ini berupa barang keperluan asas tanpa tunai (cashless) dengan kadar RM100 setiap bulan kepada isi rumah penerima STR termiskin (miskin tegar) mengikut data eKasih.

Untuk makluman, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan kepada penerima STR berstatus miskin tegar mengikut data eKasih yang disalurkan dalam MyKad bagi membeli keperluan barangan makanan asas di kedai runcit terpilih.

Untuk tahun 2024, kerajaan belum lagi memerpincikan kelayakan penerima ini.

Namun berdasarkan syarat sedia ada pada tahun 2023, kelayakan SARa adalah terhad kepada:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

Jenis Barangan Yang Boleh Dibeli

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu

  1. Beras, 
  2. Roti, 
  3. Telur, 
  4. Minyak masak, 
  5. Tepung, 
  6. Biskut,
  7. Mi segera, 
  8. Minuman, 
  9. Makanan dalam tin dan
  10.  Bahan perasa. 

STR Sehingga RM2500 (B40)

Kerajaan meneruskan pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024) dengan jumlah peruntukan keseluruhan ditingkatkan kepada RM10 bilion berbanding RM8 billion pada 2023.

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. 

Semakan Status Terkini

Semakan status Sumbangan Tunai Rahmah boleh dibuat melalui kaedah berikut;

  1. Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
  3. Menghubungi LHDM
  4. Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran

Sekiranya semakan dibuat melalui laman portal MySTR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;

  • Tekan log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) pemohon
  • Masukkan pengesahan kata kunci keselamatan
  • Masukkan kata laluan
  • Klik menu semakan permohonan

Jumlah Bayaran STR 2024

Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM1,000
  2. Bil anak 1-2 – RM1,500
  3. Bil anak 3-4 – RM2,000
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM2,500

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – RM500
  2. Bil anak 1-2 – RM750
  3. Bil anak 3-4 – RM1,000
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM1,250

Warga emas sebatang kara pendapatan bawah RM5,000

  • RM600

Bujang berumur 21-59 tahun

  • RM350

Bujang OKU berumur 19-59 tahun

  • RM350
Jumlah Bayaran STR 2024 Mengikut Setiap Kategori

Tarikh dan Jadual Pembayaran STR 2024

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan dilaksanakan 4 kali bagi tahun 2024.

  • FASA 1 – Februari 2024*
  • FASA 2-  April 2024*
  • FASA 3 – Ogos 2024*
  • FASA 4 – November 2024*

Menurut Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2024 bulan lalu, tarikh bayaran pertama STR 2024 akan dibuat sebelum Ramadhan atau sekitar bulan Februari 2024.

Ia sebagai persiapan untuk menyambut bulan puasa dan persediaan sesi baharu persekolahan KPM tahun 2024.

Jadual Pembayaran STR 2024 Mengikut Fasa

Bantuan Khas RM2000 (Penjawat Awam) & Bantuan Khas RM1000 (Pesara dan Seluruh Anggota Beruniform)

Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan. Kali terakhir, semakan dilakukan adalah pada tahun 2012.

Oleh yang demikian, sementara menunggu semakan semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam siap, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju memberi bayaran insentif awal sebanyak RM 2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah.

Tarikh Bayaran

Bayaran insentif ini akan dibuat pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

Untuk makluman, tarikh buka sekolah sesi 2024/205, Tarikh Puasa dan Tarikh Raya 2024 adalah sebagaimana berikut;

  • Tarikh buka sekolah kumpulan A – 10 Mac 2024 (Ahad)
  • Tarikh buka sekolah kumpulan B – 11 Mac 2024 (Isnin)
  • *Tarikh Puasa 2024 – 12 Mac 2024 (Selasa)
  • *Tarikh Raya 2024 – 10 April 2024 (Rabu)

*Tarikh ini akan diisyitiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Jumlah Bayaran

Jumlah bantuan yang diberikan akan diterima  adalah sebagaimana berikut;

  1. RM2000 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak. 
  2. RM1000Jawatan Utama Sektor Awam (termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform) dan Pesara Kerajaan (termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen).
Jumlah Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

Bantuan Khas RM700 (Guru Agama, Imam, Bilal, Siak)

Kerajaan bersetuju memberi sumbangan khas RM700 bagi menghargai jasa dan peranan besar lebih 70,000 guru takmir, guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), imam, bilal, siak, noja dan marbut di peringkat komuniti. 

Perdana Menteri berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sumbangan khas itu akan disalurkan terus kepada mereka dengan peruntukan disediakan lebih RM50 juta. 

“Menghargai jasa dan peranan besar lebih 70 ribu guru takmir, guru KAFA, imam, bilal, siak, noja dan marbut di peringkat  komuniti, Kerajaan bersetuju untuk memberikan sumbangan khas ditambah menjadi RM700 yang akan disalurkan terus kepada mereka dengan peruntukan disediakan lebih RM50 juta.”

-Perdana Menteri-

Skim Perubatan Madani 

Skim Perubatan Madani Percuma

Untuk tahun 2024, Skim Perubatan MADANI akan diperluas ke seluruh negara dengan peruntukan RM100 juta yang akan memanfaatkan 700 ribu rakyat.

Skim Perubatan MADANI adalah sebuah skim kesihatan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd bagi golongan B40 bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan mereka terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut) disamping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.

Di bawah skim tersebut, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta tanggungan boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar 

Skim ini  memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama di antara sektor awam dan swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut merangkumi:

  1. Demam dan selsema
  2. Cirit-birit dan muntah
  3. Terseliuh
  4. Sakit kepala
  5. Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain.

Rawatan yang tidak terangkum dalam skim tersebut adalah:

  1. Imunisasi rutin
  2. Saringan kesihatan
  3. Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
  4. Rawatan susulan ibu dan anak rutin
  5. Perancangan keluarga rutin
  6. Perkhidmatan rehabilitasi
  7. Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
  8. Permintaan suplemen

Jumlah Manfaat Kelayakan

Tiga (3) kategori jumlah manfaat kelayakan untuk skim ini ialah: 

  1. Isi Rumah Berkeluarga – RM250 
  2. Warga Emas (tanpa pasangan) – RM125 
  3. Bujang – RM75 

Had manfaat Skim akan berkurang selepas setiap lawatan mendapatkan rawatan. Manfaat skim ini adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman web mereka

Cara Mendapatkan Rawatan

Langkah untuk mendapatkan rawatan Skim Perubatan MADANI;

  • Langkah 1: Semak kelayakan anda di laman berikut
  • Langkah 2: Hadir ke mana-mana General Practitioner (GP) yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenal pasti dengan pelekat Skim Perubatan MADANI) dengan membawa kad pengenalan
  • Langkah 3: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma
  • Langkah 4: Had manfaat Skim Perubatan MADANI akan ditolak selepas selesai mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) seperti yang dinyatakan di Laman Rasmi ProtectHealth

Infografik Senarai Bantuan Tunai Tahun 2024

Senarai Bantuan Tunai Tahun 2024

The post Senarai Bantuan Tunai Tahun 2024 Malaysia Madani appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar