Semakan STR 2024: Status Terkini Sumbangan Tunai Rahmah

Semakan Status Terkini Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024).

Kerajaan meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024) dengan jumlah peruntukan keseluruhan ditingkatkan kepada RM10 bilion berbanding RM8 billion pada 2023.

Ramai yang sudah buat permohonan baharu STR 2024. Ramai juga yang kemaskini maklumat untuk bantuan ini.

Jadi, masing-masing ingin mengetahui status terkini semakan STR bagi tahun 2024.

 5 Kaedah Semakan Status STR 2024

Terdapat 5 cara semakan status permohonan STR iaitu;

  1. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my  dengan memilih menu Log Masuk MySTR>Semakan Status; atau
  2. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit; atau
  3. Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  4. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  5. Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran

Cara Semakan Online Melalui Portal MySTR

Berikut adalah  cara untuk membuat semakan status permohonan STR 2024 melalui Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my 

Langkah 1 – Klik log masuk MySTR

Langkah 2 – Masukkan Nombor MyKad Pemohon

Langkah 3 – Pengesahan Kata Kunci Keselamatan

Langkah 4 – Masukkan Kata Laluan

Langkah 5 -Klik Semakan Status

Langkah 6 – Maklumat yang akan dipaparkan:

  • Status Permohonan
  • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Status Terkini Permohonan STR 2024

Sekiranya anda adalah penerima sedia ada atau pemohon baharu STR sebelum 30 November 2023, status terkini anda dalam portal MySTR adalah sebagaimana berikut;

Semakan Status Terkini STR 2024 - Dalam Proses

Maksud Status Dalam Proses

Status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2024.

Status ini akan berubah kepada sama Lulus atau Tidak lulus apabila kerajaan mengumumkan tarikh rasmi semakan STR 2024 yang dijangka pada bulan Februari 2024.

Sekiranya anda menerima status Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

Namun sekiranya status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

Syarat Kelayakan STR

Syarat kelayakan STR mengikut kategori adalah seperti berikut:

A. Isi Rumah

  1. Kahwin; atau
  2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

B. Warga Emas Tiada Pasangan

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  3. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

C. Bujang

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  3. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  4. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  5. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Jumlah Baharu STR

Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM1,000
  2. Bil anak 1-2 – RM1,500
  3. Bil anak 3-4 – RM2,000
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM2,500

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – RM500
  2. Bil anak 1-2 – RM750
  3. Bil anak 3-4 – RM1,000
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM1,250

Warga emas sebatang kara pendapatan bawah RM5,000

  • RM600

Bujang berumur 21-59 tahun

  • RM350

Bujang OKU berumur 19-59 tahun

  • RM350
Jumlah Bayaran STR 2024 Mengikut Setiap Kategori

Tarikh & Jumlah Pembayaran Pertama Bantuan STR 2024

Bila tarikh pembayaran STR 2024 akan dibuat

Sebagaimana jadual yang dikeluarkan LHDNM di atas, pembayaran fasa pertama STR di jangka akan dilakukan pada bulan Februari 2024 (*tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).

Buat masa ini, belum ada tarikh rasmi yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Namun, dijangkakan bayaran pertama akan dibuat pada minggu terakhir bulan Februari iaitu antara 26 hingga 29 Februari 2024. Ia sebagai persiapan untuk menyambut bulan puasa dan persediaan sesi baharu persekolahan KPM tahun 2024 pada bulan Mac 2024.

Jumlah bayaran pertama untuk mengikut kategori adalah sebagaimana berikut;

Jumlah Bayaran Fasa Pertama STR 2024

Kadar Tambahan STR – Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Apakah Sumbangan Asas Rahmah?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan kepada penerima STR berstatus miskin tegar mengikut data eKasih yang disalurkan dalam MyKad bagi membeli keperluan barangan makanan asas di kedai runcit terpilih.

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

Kategori Penerima Kadar Sumbangan
Penerima STR berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM RM1,200
(RM100 sebulan)
Penerima Isi Rumah STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM RM300
Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR dan bukan berstatusMiskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM RM150

Tarikh dan Jadual Pembayaran STR 2024

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan dilaksanakan 4 kali bagi tahun 2024.

  • FASA 1 – Februari 2024*
  • FASA 2-  April 2024*
  • FASA 3 – Ogos 2024*
  • FASA 4 – November 2024*

Menurut Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2024 bulan lalu, tarikh bayaran pertama STR 2024 akan dibuat sebelum Ramadhan atau sekitar bulan Februari 2024.

Ia sebagai persiapan untuk menyambut bulan puasa dan persediaan sesi baharu persekolahan KPM tahun 2024.

Untuk makluman berikut adalah tarikh awal puasa dan sesi baru sekolah 2024;

  • 10 Mac 2024 bagi Sesi persekolahan  Kumpulan A 
  • 11 Mac 2024 bagi Sesi persekolahan  Kumpulan B
  • 12 Mac 2024 Awal Ramadhan (tertakluk kepada pengumuman penyimpan mohor besar raja-raja)

Tarikh bayaran bagi fasa-fasa seterusnya (2, 3 4)  akan dimaklumkan selepas ini.

Jadual Pembayaran STR 2024 Mengikut Fasa

Kaedah Bayaran STR 2024

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

A. Kredit ke Akaun Bank

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.

B. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:

1. Tiada maklumat akaun bank

2. Status pengkreditan gagal kredit

Info dan Pertanyaan Mengenai STR

Orang ramai diingatkan agar merujuk laman web khas Belanjawan 2024 Malaysia MADANI yang disediakan oleh Kementerian Kewangan bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai Belanjawan 2024. 

Laman web ini boleh diakses menerusi pautan di bawah: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/ 

Talian Bantuan Khas Kerajaan 

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

  1. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  2. Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
  3. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
  4. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  5. Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)
  6. Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.

Soalan Lazim (FAQ)

Bagaimanakah saya boleh menyemak status permohonan STR?

Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui:
a) Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR>Semakan Status; atau
b) Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit; atau
c) Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
4) Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
5) Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran

Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status permohonan STR 2024 melalui Portal Rasmi STR (https://ift.tt/qvaXVQL)?

Semakan boleh dibuat seperti berikut:
a) Klik log masuk MySTR
b) Masukkan Nombor MyKad Pemohon
c) Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
d) Masukkan Kata Laluan
e) Klik Semakan Status
f) Maklumat yang akan dipaparkan:
i) Status Permohonan
ii) Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Apakah yang dimaksudkan dengan status Permohonan Diterima dan Dalam Proses?

Status Permohonan Diterima adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar.
Permohonan   tersebut   masih   dibenarkan   untuk   dikemas   kini   sehingga   status permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.
 
Status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2024.

Apakah yang dimaksudkan dengan status Lulus?

Status Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

Apakah yang dimaksudkan dengan status Tidak Lulus?

Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya permohonan STR saya berstatus Tidak Lulus?

Bagi permohonan yang Tidak Lulus, pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2024 untuk mengenal pasti Alasan Tidak Lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.

Sekiranya status permohonan saya Dalam Proses, adakah saya boleh mengemas kini semula maklumat permohonan saya?

Tidak. Bagi permohonan berstatus Dalam Proses tindakan kemas kini maklumat permohonan tidak boleh dibuat sehingga keputusan dipaparkan.

Saya membuat semakan pada Menu Semakan Status Permohonan dan paparan Status Permohonan adalah Tidak Layak. Apakah yang dimaksudkan dengan Tidak Layak?

Sila hubungi pejabat HASiL berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak tersebut.

The post Semakan STR 2024: Status Terkini Sumbangan Tunai Rahmah appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar