Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE X) 2024

Permohonan bagi menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE X) dibuka pada pertengahan Disember kepada belia yang berkelayakan dan berminat dalam bidang perniagaan.

Program TUBE mempunyai 3 objektif utama iaitu;

  • Memupuk semangat keusahawanan di kalangan belia
  • Anjakan paradigma belia dari pekerja kepada pemilik perniagaan dan
  • Membentuk daya tahan dalam pengendalian perniagaan

Pemohon dinasihatkan agar membaca serta memahami konsep pelaksanaan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE X) serta kriteria kelayakan permohonan sebelum melengkapkan dan mengemukakan permohonan untuk menyertai Program TUBE X.

Apa Itu  Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)?

  • Program ini merupakan inisiatif Kerajaan untuk membantu dan menyokong keusahawanan di kalangan belia Bumiputera. Pembangunan belia sebagai generasi pelapis kepimpinan negara merupakan salah satu strategi pembangunan negara yang diberikan penekanan dan keutamaan.
  • Bagi membantu syarikat belia yang terkesan akibat Covid-19, serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan melalui aktiviti perniagaan khususnya kepada belia dan penganggur, Program TUBE telah dikenalpasti di bawah inisiatif Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sebagai salah satu program yang membantu bagi menyediakan peluang ini kepada penganggur dan belia yang layak dan berminat menjalankan perniagaan.

Permohonan untuk menyertai Program TUBE X akan dibuka mulai 15 Disember 2023 - 14 Januari 2024

Maklumat Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera

Program ini menyasarkan golongan belia Bumiputera yang berumur di antara 18 – 30 tahun yang mempunyai minat yang mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, khususnya belia yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan. 

Objektif utama Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera adalah untuk:

  1. Memupuk dan menanam semangat keusahawanan di kalangan belia
  2. Anjakan paradigma belia dari pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan; serta
  3. Membentuk daya tahan dan jati diri di kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri

Program TUBE ini direka khas bagi mempersiapkan belia yang ingin memulakan perniagaan dengan pengetahuan dan maklumat asas keusahawanan, selain didedahkan dengan lanskap dan cabaran dunia perniagaan yang sebenar menerusi dua (2) fasa pelaksanaan iaitu:

Fasa Pertama

Menerusi Fasa 1 iaitu Bengkel Asas Keusahawanan selama tujuh (7) hari, peserta akan mempelajari pelbagai elemen perniagaan seperti Jualan dan Pemasaran, Pengurusan Pentadbiran dan Sumber Manusia, Pengurusan Operasi dan Pengurusan Kewangan, Pendaftaran Perniagaan, Penjenamaan, Harta Intelek, Peraturan dan Undang-Undang Perniagaan serta Pendigitalan Perniagaan. Selain itu, peserta juga akan mendapat maklumat kemudahan bantuan oleh Kerajaan dan institusi perbankan

Di Fasa ini juga peserta seterusnya perlu menyediakan Business Model Canvas (BMC) dan membentangkan cadangan Rancangan Perniagaan (RP).

Bengkel Asas Keusahawanan ini secara tidak langsung membantu para peserta :

  1. lebih memahami asas keusahawanan dan perniagaan sekaligus dapat membantu peserta menjalankan perniagaan mereka dengan efisien;
  2. memastikan amalan tadbir urus perniagaan yang baik seperti penyimpanan rekod, maklumat perniagaan dan rekod kewangan;
  3. merancang agihan sumber bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti perniagaan dijalankan.

Fasa Kedua

Peserta yang berjaya menamatkan Fasa 1 akan menjalankan perniagaan berdasarkan Rancangan Perniagaan (RP) yang telah dibentangkan kepada Panel Penilai semasa Sesi Pith2Match. Perkembangan perniagaan peserta di Fasa ini akan dibimbing dan dipantau oleh Penyedia Perkhidmatan yang dilantik oleh SME Corp. Malaysia. Sepanjang tempoh pemantauan, peserta perlu:

  1. mengemukakan laporan perkembangan perniagaan pada setiap bulan atau setiap suku tahun dan / atau apabila diperlukan melalui cara / platform / kaedah yang akan ditentukan;
  2. memberikan komitmen dan kerjasama sekiranya dalam tempoh pemantauan, lawatan fizikal ke premis peserta perlu dilakukan; dan
  3. mengikuti program yang dianjurkan oleh SME Corp. Malaysia dari semasa ke semasa seperti latihan / seminar / aktiviti susulan yang berkaitan

Tempoh bimbingan dan pemantauan yang mengambil masa selama 12 bulan ini bertujuan untuk memastikan TUBErs mendapat khidmat nasihat yang bersesuaian dan mencukupi agar perniagaan yang dijalankan akan dapat terus berdaya tahan dan mampan serta relevan dalam industri.

Tarikh Permohonan

Permohonan untuk menyertai Program TUBE X dibuka mulai 15 Disember 2023 – 14 Januari 2024 sahaja.

Permohonan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima.

Kriteria Kelayakan Permohonan

Permohonan hanya terbuka kepada mereka yang memenuhi kriteria kelayakan berikut:

  1. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur di antara 18 – 30 TAHUN ;
  2. Telah mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Ordinan Negeri dan pendaftaran perniagaan hendaklah kurang 36 bulan sewaktu tarikh tamat permohonan dalam talian (14 Januari 2024);
  3. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon seperti berikut :
    • telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya tiga (3) / enam (6) bulan jika belum mendaftarkan perniagaan (perlu menunjukkan bukti transaksi perniagaan semasa latihan fizikal);
    • mempunyai Sijil Kemahiran / Sijil Teknikal (TVET) daripada mana-mana institusi atau pusat latihan kemahiran;
    • pelajar Teknousahawan atau graduan Teknousahawan daripada mana-mana institut pengajian tinggi atau pusat latihan kemahiran;
    • telah memiliki akaun semasa syarikat.
  4. Sihat tubuh badan / tidak mengalami masalah kesihatan yang kronik / tidak hamil / tidak berada dalam tempoh berpantang kerana melahirkan anak dan komited untuk mengikuti latihan secara fizikal di di lokasi latihan yang akan ditetapkan oleh SME Corp. Malaysia (7.00 pagi hingga 11.00 malam).
  5. Pemohon hendaklah;
    • tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah;
    • tidak pernah diisytiharkan muflis
    • bukan dalam senaraihitam oleh CTOS; dan
    • bebas dari status / proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah
  6. Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia. Definisi keluarga terdekat adalah seperti berikut:
    • Isteri atau suami pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia;
    • Adik atau abang atau kakak pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia;
    • Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia;
    • Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan isteri atau suami pegawai dan kakitangan SME Corp. MalaysiaOrang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang disebut dalam perenggan b (perenggan 2)
    • Bapa saudara, emak saudara atau sepupu pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia;
    • Menantu pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
  7. Bagi pemohon yang merupakan pasangan suami isteri atau adik-beradik;
    • hanya salah seorang sahaja yang layak / boleh dipertimbangkan menyertai program pada tahun semasa.
    • hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami / isteri / adik-beradik untuk setiap pengambilan.
  8. Pemohon tidak bekerja;
    • Pekerjaan sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta; atau
    • Pekerjaan sama ada bertaraf tetap, kontrak, sambilan atau sementara; atau
    • Bagi pekerja sambilan yang terpilih, beliau perlu berhenti dan menumpukan sepenuh perhatian bagi menjalankan perniagaan.
  9. Pemohon tidak pernah menyertai Program ini sebelumnya (TUBE 1.0 hingga TUBE 9.0, TUBE@IPT, TUBE@PENJANA, TUBE@PEMERKASA, TUBE@TVETMARA dan TUBE@Mikro Madani).
  10. Pemohon yang pernah atau telah mengikuti sepenuhnya Fasa 1 dan Fasa 2 bagi latihan yang diadakan secara fizikal atau Fasa 1 bagi latihan yang diadakan secara dalam talian tetapi tidak dipertimbangkan GP semasa tamat Program TUBE yang disertai adalah tidak lagi layak memohon.
  11. Pelajar institut pengajian tinggi semester akhir di tahun akhir pengajian boleh memohon, namun:
    • sekiranya memenuhi kriteria kelayakan permohonan dan diterima mengikuti program, pemohon dikehendaki untuk TIDAK menyambung pelajaran dalam tempoh satu (1) tahun / dua belas (12) bulan dari tarikh akhir sesi latihan TUBE yang disertai sebagai komitmen kepada Fasa 2 program ini; dan
    • pemohon bukan dalam tempoh menjalani latihan industri semasa Program TUBE X dijalankan kelak.

Pemohon hendaklah MEMENUHI SEMUA kriteria kelayakan yang dinyatakan. Sekiranya didapati bahawa pemohon tidak memenuhi salah satu / mana-mana kriteria dinyatakan di atas, pemohon secara langsung adalah TIDAK LAYAK untuk dipertimbangkan. Sekiranya didapati pemohon mengemukakan maklumat palsu, permohonan akan DIBATALKAN serta merta.

Jenis Bantuan Yang Ditawarkan

Peserta yang layak menyertai Program ini akan menerima bantuan seperti berikut:

  1. Latihan asas keusahawanan untuk menjalankan perniagaan
  2. Layak dipertimbangkan Geran Permulaan Perniagaan sehingga maksimum RM15,000.00 selepas menamatkan latihan
  3. Khidmat nasihat dan pemantauan perniagaan melalui :
    1. Penyedia Perkhidmatan yang dilantik; dan
    2. Kaunselor Perniagaan SME Corp. Malaysia
  4. Syarikat yang berjaya di bawah Program ini juga boleh mendapatkan bantuan tambahan yang disediakan oleh agensi Kerajaan seperti SME Corp. Malaysia, MARA, PUNB, SME Bank, Bank Rakyat dan Agro Bank atau lain-lain Kementerian dan Agensi yang menyediakan program dan bantuan keusahawanan untuk mengembangkan perniagaan yang dijalankan

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut;

https://tube.smecorp.gov.my/

Klik pada pendaftaran ID. Dah dapat ID & password, baru log masuk ke sistem & mohon.

Panduan Permohonan

  1. Pemohon mesti membaca serta memahami konsep pelaksanaan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) serta kriteria kelayakan permohonan sebelum mengemukakan permohonan.
  2. Permohonan dalam talian akan dibuka mulai 15 Disember 2023 hingga 14 Januari 2024 sahaja (8.00 pagi hingga 5.00 petang) sahaja. Permohonan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima. Permohonan boleh dibuat di pautan yang akan diberikan kelak.
  3. Permohonan hanya boleh dibuat sekali sahaja.
  4. Sila pastikan emel yang digunakan semasa Pendaftaran ID adalah aktif dan sah.
  5. Sila lengkapkan semua soalan di setiap Seksyen dengan maklumat yang tepat dan betul sebelum menekan butang “Sah & Hantar”
  6. Sebarang pengemaskinian maklumat tidak boleh dilakukan setelah anda menekan butang “Sah & Hantar”.
  7. Pemohon diwajibkan untuk mencetak makluman penerimaan permohonan untuk simpanan dan rujukan pada masa akan datang.
  8. Pemohon hendaklah MEMENUHI SEMUA kriteria kelayakan yang dinyatakan. Sekiranya didapati bahawa :-
    1. pemohon tidak memenuhi salah satu / mana-mana kriteria dinyatakan, pemohon secara langsung adalah TIDAK LAYAK untuk dipertimbangkan;
    2. pemohon mengemukakan maklumat tidak benar atau palsu, permohonan akan DIBATALKAN serta merta
  9. Sekiranya pemohon tidak dihubungi dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh tutup permohonan secara dalam talian, permohonan dianggap tidak berjaya.
  10. Berdasarkan kepada dasar dan prosedur yang diterima pakai, SME Corp. Malaysia berhak untuk meminda, mengganti, membatal atau mengubah mana-mana terma dan syarat permohonan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Keputusan penilaian permohonan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau rayuan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

Info lanjut dan pertanyaan

Info lanjut berhubung program ini bolehlah menghubungi

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 KUALA LUMPUR

Email: tube@smecorp.gov.my
Infoline: 1-300-30-6000

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut adalah soalan lazim berkaitan dengan TUBE;

Apa Itu  Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)?

Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. 

Program ini secara langsung menyokong dasar pembangunan belia negara yang mana keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan.

Apakah jenis bantuan yang ada untuk mereka yang berminat dan layak?

Peserta yang layak menyertai Program ini akan menerima bantuan seperti berikut:
a) Latihan asas keusahawanan untuk menjalankan perniagaan
b) Layak dipertimbangkan Geran Permulaan Perniagaan sehingga maksimum RM15,000.00 selepas menamatkan latihan
c) Khidmat nasihat dan pemantauan perniagaan melalui :
i) Penyedia Perkhidmatan yang dilantik; dan
ii) Kaunselor Perniagaan SME Corp. Malaysia
d) Syarikat yang berjaya di bawah Program ini juga boleh mendapatkan bantuan tambahan yang disediakan oleh agensi Kerajaan seperti SME Corp. Malaysia, MARA, PUNB, SME Bank, Bank Rakyat dan Agro Bank atau lain-lain Kementerian dan Agensi yang menyediakan program dan bantuan keusahawanan untuk mengembangkan perniagaan yang dijalankan

Komponen Program Tube

Terdapat tiga (3) komponen :
Latihan : Dilaksanakan secara dalam talian selama 10 hari
Latihan memberi fokus pada modul-modul berkaitan pembangunan perniagaan, pemasaran & pengurusan kewangan iaitu selaras dengan situasi semasa.
Bantuan Geran Perniagaan : Usahawan belia yang melepasi layak akan dipertimbangkan geran permulaan sehingga maksimum RM15,000.00.
Khidmat nasihat dan Pemantauan : Dibantu oleh Kaunselor Perniagaan bagi menyokong perniagaan yang baharu bermula tersebut sehingga maksimum 12 bulan. Usahawan belia memilih untuk tidak meneruskan perniagaan selepas menerima geran, maka peserta perlu memulangkan semula jumlah geran yang telah diterima.

Bilakah Permohonan boleh dibuat?

Permohonan untuk menyertai Program TUBE X dibuka mulai 15 Disember 2023 – 14 Januari 2024.

Bagaimana Cara Memohon?

Secara online melalui pautan https://tube.smecorp.gov.my/ 

Saya merupakan graduan politeknik. Semasa dalam pengajian, saya pernah mendaftarkan perniagaan dengan SSM dan oleh itu, pendaftaran perniagaan saya telah melebihi 12 bulan. Bolehkan saya memohon?

Bagi graduan yang telah mendaftarkan perniagaan semasa dalam pengajian, beliau masih boleh memohon dengan syarat beliau telah tamat pengajian. 
Tarikh tamat pengajian rasmi beliau hendaklah tidah melebihi 12 bulan bagi membolehkan permohonan beliau layak dipertimbangkan.

Apakah jenis bantuan yang ada untuk mereka yang berminat dan layak?

Peserta yang layak menyertai Program ini akan menerima bantuan seperti berikut:
1) Latihan asas untuk menjalankan perniagaan
2) Layak dipertimbangkan Geran Memulakan Perniagaan sehingga maksimum RM15,000.00 selepas menamatkan latihan
3) Khidmat nasihat dan pemantauan perniagaan melalui Buddy System oleh Kaunselor Perniagaan selama 12 bulan. Selepas tamat tempoh pemantauan, adalah diharapkan syarikat telah mempunyai asas perniagaan yang kukuh dan boleh mengendalikan perniagaan secara lebih efektif dan cekap; dan
4) Syarikat yang berjaya di bawah Program ini juga boleh mendapatkan bantuan tambahan yang disediakan oleh agensi Kerajaan seperti SME Corp. Malaysia, MARA, PUNB, SME Bank, Bank Rakyat dan Agro Bank untuk memperkembangkan perniagaan yang dijalankan.

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

The post Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE X) 2024 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar