Bantuan Komputer Riba MAIWP Kepada Mahasiswa Tahun 2024

TAWARAN BANTUAN KOMPUTER RIBA KEPADA MAHASISWA BAGI TAHUN 2024 MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP).

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kini membuka permohonan Bantuan Komputer Riba bagi tahun 2024 kepada mahasiswa yang berkelayakan.

Tawaran adalah dibuka kepada mahasiswa dalam kategori asnaf yang sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi.

Bidang atau kursus pengajian yang layak bagi memohon bantuan ini hendaklah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia serta tidak bertentangan dengan Hukum Syarak.

Berikut adalah maklumat lanjut bantuan yang ditawarkan dan panduan permohonan.

Tempoh Permohonan Bantuan Komputer Riba MAIWP 2024

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Januari 2024 (Isnin). 

Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Syarat-syarat Permohonan

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan Bantuan Komputer Riba MAIWP 2024;

  1. Beragama Islam;
  2. Warganegara Malaysia;
  3. Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan (sekurang-kurangnya setahun);
  4. Melanjutkan pengajian pada peringkat Diploma atau Ijazah;
  5. Pengajian sepenuh masa sahaja;
  6. Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta di Dalam Negara atau Luar Negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia;
  7. Bidang atau kursus yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia serta tidak bertentangan dengan Hukum Syarak; dan
  8. Pelajar Yang Sedang Mengikuti Pengajian pada TAHUN PERTAMA SAHAJA dengan mengemukakan Surat Pengesahan pengajian dari pihak universiti.

Cara Permohonan

  1. Permohonan boleh dibuat mulai 15 Disember 2023 (Jumaat) dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web www.maiwp.gov.my atau boleh mendapatkan terus di pejabat yang beralamat seperti berikut :
    • Kaunter Agihan Zakat, Aras 3, Bangunan Daruzzakah, No. 55, Jalan Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur: 
    • Semua Pusat Agihan Zakat (PAZA);
    • MAIWP Cawangan WP Putrajaya;
    • MAIWP Cawangan WP Labuan.
  2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke kaunter agihan zakat MAIWP di ibu pejabat MAIWP Kuala Lumpur / Putrajaya / Labuan atau di mana-mana cawangan Pusat Agihan Zakat (PAZA) di Wilayah Persekutuan.

Ibu Pejabat MAIWP

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Ibu Pejabat)
Menara MAIWP, No.55, Lorong Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur.
(T): 03-2639 9000 (F): 03-2639 9900

Cawangan

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya
Aras 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No3 , Jalan Tunku Abdul Razak , Presint 3, 62100 PUTRAJAYA.
No. Tel : 03 – 8871 5000 No. Faks : –
 
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan
Blok 4, Tingkat 13 Kompleks Ujana Kewangan Peti Surat 80960 87019 LABUAN
No. Tel : 087-418 515 / 512 No. Faks : 087-418 514

Pusat Agihan Zakat (PAZA)

PAZA Cawangan Parlimen Batu
No. 838, Tingkat Bawah, Sayap Kiri, Batu 4 ½, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur
No. Tel : 03- 6259 6906
 
PAZA Cawangan Bukit Bintang
Tingkat 3, UTC Pudu Sentral, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur
No. Tel : 03- 2070 2004 / 03- 2070 2005
 
PAZA Cawangan Parlimen Bandar Tun Razak
No 26, Pusat Perniagaan Danau Lumayan 1,
Jalan Danau Lumayan, 56000 KUALA LUMPUR
No. Tel : 03- 9191 0116
 
PAZA Cawangan Lembah Pantai
No 93, Tingkat bawah, Jalan Bangsar, 51200 Kuala Lumpur
No. Tel : 03- 2202 0937
 
PAZA Cawangan Parlimen Wangsa Maju
No 19, Jalan 9/23e , Taman Danau Kota, Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur
No. Tel : 03- 4131 0469
 
PAZA Cawangan Parlimen Setiawangsa
No 11-G , Jalan Wangsa Delima 13, 53300 Kuala Lumpur
No. Tel : 03- 4142 0515
 
PAZA Cawangan Titiwangsa
Mini UTC Keramat, Jalan Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-4251 8524
 
PAZA Cawangan Parlimen Seputeh
Lot 4-G & 4-1, Medan Klang Lama 28, 58100 Kuala Lumpur
No. Tel : 03- 7772 9423
 
PAZA Cawangan Parlimen Segambut
C-0-3A, M Avanue, Jalan Segambut, 1-38A, Segambut Bahagia, 51200 Kuala Lumpur
No. Tel : 03 6243 4080 / 03 6243 4081

Dokumen Yang Diperlukan dan Senarai Semak

SKIM_BANTUAN_KOMPUTER_RIBA_KEPADA_MAHASISWA

Download

Info lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh dibuat pada hari bekerja melalui talian: 03-26399000 sambungan 20407/ 20408 / 20413 / 20415/ 20410 (Unit Pendidikan, Bahagian Agihan Zakat).

Sumber: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

The post Bantuan Komputer Riba MAIWP Kepada Mahasiswa Tahun 2024 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar