Bantuan Awal Persekolahan MAINS Negeri Sembilan 2024

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) membuka permohonan kepada warga negara atau pemastautin tetap di negeri ini bagi memohon Bantuan Awal Persekolahan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk 2024.

Permohonan dibuka kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah di peringkat pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah bagi sesi persekolahan 2023.

Ibu bapa yang berkelayakan bolehlah memohon Bantuan Awal Persekolahan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ini sebelum tarikh tutup permohonan seperti yang dinyatakan di bawah.

Tempoh Permohonan

1 Januari 2023 hingga 30 April 2024.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (FISABILILLAH) 2024 Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Syarat-syarat Permohonan

Bagi permohonan Bantuan Awal Persekolahan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan 2024, syarat-syaratnya adalah sebagaimana berikut;

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Beragama Islam.
  3. Telah bermastautin di Negeri Sembilan lebih dari 6 bulan.
  4. Terbuka kepada golongan B40 atau keluarga berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,300.*

*Pendapatan isi rumah & bilangan anak yang masih bersekolah

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan ini adalah seperti berikut;

  1. Salinan kad pengenalan pemohon & pasangan (jika berkenaan).
  2. Salinan MyKid/MyKad/Sijil Kelahiran tanggungan.
  3. Salinan Sijil Nikah/Cerai/Kematian (jika berkenaan).
  4. Salinan penyata akaun bank/ pengesahan akaun bank. (Sekiranya muflis, lampirkan salinan akaun pasangan atau anak.
  5. Slip gaji/pengesahan pendapatan pemohon & pasangan (muat turun pengesahan pendapatan di https://mains.gov.my/agihan/ )
  6. Borang pengesahan pihak sekolah (muat turun di https://www.mains.gov.my/)

Sesi Persekolahan

  • Pra sekolah –  berumur 6 tahun sahaja.
  • Sekolah rendah – tahun 1 hingga 6 sahaja.
  • Sekolah menengah – tingkatan satu hingga 5 sahaja

Cara Memohon

Pemohon boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut;

https://www.mains.gov.my/agihan/

Permohonan baharu hendaklah terlebih dahulu mendaftar akaun di laman portal MAINS  bagi tujuan mengisi maklumat yang diperlukan.

Pemohon lama yang sudah mempunyai akaun di laman portal MAINS boleh memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan sebelum ini. Sekiranya terlupa kata laluan, klik pada “Lupa katalaluan”.

Manual Pengguna dan cara-cara mengisi permohonan secara online boleh rujuk pautan berikut: 

https://bit.ly/48qypOZ

Info Lanjut

Sebarang info terkini Bantuan Awal Persekolahan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ini, sila layari laman web https://mains.gov.my/ atau ikuti di Facebook Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila email unitpendidikan@mains.gov.my  

Sumber: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

The post Bantuan Awal Persekolahan MAINS Negeri Sembilan 2024 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar