Semakan Dividen ASB 2024: Bagi Tahun Kewangan 2023

Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), semakan dividen ASB 2023 melalui myASNB boleh dibuat bermula 1 Januari 2024.

Sebelum ini ASNB mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang lebih baik bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit meliputi pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit.

Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion ini akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB.

Kadar Dividen ASB 2023

Pengagihan Pendapatan ASB dan Bonus ASB bagi tahun kewangan 2023 adalah seperti berikut:

Pengagihan Pendapatan 4.25 sen per unit
Bonus 1.00 sen per unit

Kadar ini lebih tinggi dan lebih baik daripada kadar purata deposit tetap (fixed deposit) 12 bulan.

Tarikh Semakan

Para pemegang unit boleh menyemak Pengagihan Pendapatan dan Bonus  pada 1 Januari 2024 melalui portal, kiosk dan aplikasi mudah alih myASNB serta perbankan internet ejen ASNB yang beroperasi secara masa nyata (‘real-time’).

Manakala semakan di cawangan ASNB atau ejen ASNB boleh dilakukan mulai 2 Januari 2024.

Penyata Pengagihan Pendapatan akan dihantar bersama dengan laporan pengurus dalam tempoh dua bulan selepas tahun kewangan berakhir.

Cara Semakan Dividen ASB 

Bagi mengetahui berapa dividen ASB yang anda dapat, semakan boleh dibuat dengan beberapa cara iaitu;

  1. Hadir sendiri di cawangan ASNB terdekat mulai 2 Januari 2024
  2. Semakan melalui portal https://www.myasnb.com.my/  mulai 1 Januari 2024
  3. Semakan melalui aplikasi myASNB mulai 1 Januari 2024
  4. Semakan melalui kiosk ASNB
  5. Melalui perbankan internet

* Untuk semakan melalui perbankan internet, anda mestilah membuat pautan terlebih dahulu akaun internet banking anda dengan akaun ASNB. Cara pautan ini adalah berbeza mengikut perbankan masing-masing.

Cara Semakan Dividen ASB Melalui Portal MyASNB

Untuk membuat semakan dividen ASB 2023, sila ikuti langkah berikut:

  • Log masuk ke https://www.myasnb.com.my/
  • Klik menu ‘Akaun Saya’
  • Jumlah baki terkini akan dipaparkan
  • Scrool ke bawah dan lihat pada Rekod Urusniaga Terkini
  • Anda juga boleh muat turun penyata bagi tahun-tahun kewangan sebelum ini.

Cara Semakan Melalui ATM Maybank

Cara-cara menggunakan ATM Maybank untuk menyemak baki unit amanah ASNB seperti ASB.

  • 1) Pilih ‘ASNB’
  • 2) Pilih ‘Terima’
  • 3) Pilih ‘Daftar ASNB Ke Kad ATM’ untuk pertama kali
  • 4) Pilih ‘Ya’
  • 5) Untuk menyemak baki pilih ‘Pertanyaan Baki’ dan masukkan kod produk ASNB.

Hanya untuk semak baki dan pelaburan tambahan sahaja. Tidak boleh membuat pengeluaran.

Kadar Dividen Tahun-Tahun Sebelum Ini

Untuk rekod, jadual di bawah adalah kadar dividen ASB dari tahun 2012 hingga 2022.

TAHUN KEWANGAN DIVIDEN + BONUS
2022 3.35 + 1.25
2021 4.25 + 0.75
2020 3.50 + 0.75
2019 5.00 + 0.50
2018 6.50 + 0.50
2017 7.00 + 1.25
2016 6.75 + 0.50
2015 7.25 + 0.50
2014 7.50 + 1.00
2013 7.70 + 1.00
2012 7.75 + 1.15
Kadar Dividen ASB 2012-2022

Formula Pengiraan Dividen ASB 2023

Pengagihan pendapatan dan bonus ASB adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan sepanjang tahun 2023 dengan formula seperti berikut:

Formula pengiraan dividen ASB 2023

Cara Pengiraan Dividen ASB 2023

Cara pengiraan dividen ASB bagi tahun 2023 adalah berbeza bagi setiap individu berdasarkan jumlah dan situasi pelaburan masing-masing.

Walaupun begitu, beberapa senario berikut boleh digunakan untuk pengiraan dividen masing-masing.

  1. Senario 1 –  Pelaburan Melalui Auto Labur
  2. Senario 2 – Pelaburan menerusi Pembiayaan ASB
  3. Senario 3 – Pelaburan dengan pengeluaran setiap bulan
  4. Senario 4 – Tiada Baki Dalam Akaun ASB

Senario 1 –  Pelaburan Melalui Auto Labur

Katakanlah untuk situasi pertama, anda; 

  • membuat potongan bulanan Auto Labur di myASNB sebanyak RM100
  • tiada pengeluaran unit dibuat sepanjang tahun 2023

Jadi kedudukan baki minimum bulanan ASB tahun 2023 adalah sebagaimana berikut;

Kedudukan Baki Minimum Bulanan ASB Tahun 2023 Untuk Senario 1 – Pelaburan Melalui Auto Labur

Jadi pengiraan dividen ASB dan bonus bagi 2023 adalah sebagaimana berikut;

Pengiraan dividen ASB Senario 1 – Pelaburan Melalui Auto Labur

JUMLAH KESELURUHAN AGIHAN DIVIDEN ASB 2023  = RM2,653.88

Senario 2 – Pelaburan Menerusi Pembiayaan ASB

Contoh untuk situasi kedua, anda; 

  • mempunyai pembiayaan ASB (ASBF) sebanyak 30,000 unit.
  • tiada pelaburan tambahan yang dibuat semasa tahun kewangan

Jadi kedudukan baki minimum bulanan ASB tahun 2023 adalah sebagaimana berikut;

Kedudukan Baki Minimum Bulanan ASB Tahun 2023 Untuk Senario 2 – Pelaburan menerusi Pembiayaan ASB

Maka, pengiraan dividen ASB dan bonus bagi 2023 adalah sebagaimana berikut;

Pengiraan dividen ASB Senario 2 – Pelaburan menerusi Pembiayaan ASB

JUMLAH KESELURUHAN AGIHAN DIVIDEN ASB 2023  = RM1,575.00

Senario 3 – Pelaburan Dengan Pengeluaran Setiap Bulan

Contoh untuk situasi ketiga, anda; 

  • membuat jualan balik secara dalam talian sebanyak RM300 setiap bulan.
  • tiada pelaburan tambahan yang dibuat semasa tahun kewangan

Jadi kedudukan baki minimum bulanan ASB tahun 2023 adalah sebagaimana berikut;

Kedudukan Baki Minimum Bulanan ASB Tahun 2023 Untuk Senario 3 – Pelaburan Dengan Pengeluaran Setiap Bulan

Maka, pengiraan dividen ASB dan bonus bagi 2023 adalah sebagaimana berikut;

Pengiraan dividen ASB Senario 3 – Pelaburan Dengan Pengeluaran Setiap Bulan

JUMLAH KESELURUHAN AGIHAN DIVIDEN ASB 2023  = RM1,068.38

Senario 4 – Tiada Baki Dalam Akaun ASB

Katakan untuk situasi keempat, anda; 

  • telah mengosongkan akaun ASB dengan membuat jualan balik ke semua unit pada bulan Mei 2023.
  • baki pelaburan ASB ialah 0 pada akhir tahun kewangan 2023.

Jadi kedudukan baki minimum bulanan ASB tahun 2023 adalah sebagaimana berikut;

Kedudukan Baki Minimum Bulanan ASB Tahun 2023 Untuk Senario 4 – Tiada Baki Dalam Akaun ASB

Maka, pengiraan dividen ASB dan bonus bagi 2023 adalah sebagaimana berikut;

Pengiraan dividen ASB Senario 4 – Tiada Baki Dalam Akaun ASB

JUMLAH KESELURUHAN AGIHAN DIVIDEN ASB 2023  =  RM177.09

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai dividen ASB 2023 dan semakan, sila rujuk maklumat berikut;

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah Semakan Dividen ASB 2023 Boleh Dibuat?

Mulai 1 Januari 2024 – melalui portal, kiosk dan aplikasi mudah alih myASNB serta perbankan internet ejen ASNB yang beroperasi secara masa nyata (‘real-time’).

Mulai 2 Januari 2023 – Semakan di cawangan ASNB atau ejen ASNB

Berapada kadar dividen ASB bagi tahun kewangan 2023?

5.25%

Bagaimana cara semakan dividen ASB secara online?

1) Melalui portal https://www.myasnb.com.my/ 
2) Melalui aplikasi myASNB mulai 1 Januari 2024
– APP STORE >>Download<<
– Google Play >>Download<<
– Huawei AppGallery >>Download<<
3) Melalui perbankan internet
– Maybank2u
– CiMB Clicks
– AffinOnline
– RHBnow
– HLB Connect

Bagaimanakah Formula Pengiraan Dividen ASB 2023?

Pengagihan Pendapatan dan Bonus ASB adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan sepanjang tahun 2023 dengan formula seperti berikut:

a) Pengiraan Pengagihan Pendapatan ASB = Jumlah Baki Minimum Bulanan Selama 12 Bulan / 12 bulan X Kadar pengagihan

b) Pengiraan Bonus ASB – Jumlah Baki Minimum Bulanan Selama 12 Bulan / 12 bulan X Kadar pengagihan

Rujuk artikel untuk pengiraan terperinci.

Apakah kriteria–kriteria kelayakan untuk mendapat pengagihan Bonus ASB?

Semua pemegang unit yang mempunyai baki minimum 1 unit dalam ASB adalah layak untuk mendapatkan pengagihan Bonus ASB, di mana kelayakan adalah di atas setiap unit yang dipegang.

Bagaimanakah Dividen dan Bonus ASB ini dibayar?

Pembayaran Pengagihan Pendapatan (dividen) dan Bonus bagi ASB ini akan dilaburkan semula ke dalam akaun pemegang unit sebagai unit tambahan dan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit secara automatik pada 1 Januari 2024.

The post Semakan Dividen ASB 2024: Bagi Tahun Kewangan 2023 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar