STR Bujang Fasa 4: Dapat atau Tidak Untuk Bulan November?

Ramai golongan bujang yang agak keliru mengenai pembayaran Bantuan STR fasa 4 untuk bulan November ini.

Untuk STR Fasa 4 ini, geng bujang selalu tanya, dapat atau tak? Kenapa tak dapat? Kalau dapat, berapa bayaran dan lain-lain lagi.

Oleh yang demikian, sila baca maklumat berikut dengan teliti agar faham dan jelas tentang pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah ini bagi kategori bujang.

Baca Juga:

Apakah Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

STR 2023 merupakan program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan yang dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.

Golongan Bujang merupakan antara kategori penerima bantuan ini selain daripada kategori isi rumah dan warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas

Pembayaran STR 2023 dilaksanakan 4 kali setahun iaitu pada bulan Januari, April, Jun dan November.

Kelayakan Bujang untuk Menerima STR

Individu bujang yang layak menerima STR adalah;

  1. Bujang  atau Bujang OKU
  2. Had umur adalah 21-59 bagi Bujang dan 19-59 bagi Bujang OKU
  3. Pendapatan RM2,500 dan ke bawah. 
Kelayakan STR Bujang 2023

Semakan Kelayakan STR

Semakan status STR fasa boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui kaedah berikut;

  1. Portal rasmi STR
  2. Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
  3. Menghubungi LHDM
  4. Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Cara Semakan Status STR 2023 Fasa 1

Cara-caranya adalah sebagaimana berikut;

  • Layari https://bantuantunai2023.hasil.gov.my/ 
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Klik Maklumat Bayaran

Sekiranya layak STR fasa 4, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;

  1. Tarikh Kredit
  2. No.Pengenalan Akaun Dikredit
  3. Nama Fasa
  4. Jumlah Dikredit
  5. Status Kredit
  6. Nama Bank
  7. No Akaun
  8. Kod Tidak Berjaya
  9. Tarikh Tunai

Bujang Dapat Atau Tidak STR Fasa 4?

Di sini diterangkan 3 situasi STR untuk bujang pada fasa 4 ini;

  • TAK DAPAT –  kalau Bujang sudah dapat fasa 1, 2 dan 3.. 
  • DAPAT =  kalau hanya terima  pada fasa 3 sahaja sebelum ini.
  • DAPAT = kalau lulus rayuan STR kategori bujang

Untuk makluman, jumlah pembayaran keseluruhan bagi kategori bujang adalah sebanyak RM350.

Berikut merupakan penerangan lanjut mengenai situasi yang dimaksudkan.

Situasi Pertama – TAK DAPAT

Sekiranya golongan bujang sudah menerima pembayaran pada fasa 1 (Januari), fasa 2 (April) dan fasa 3 (Jun) yang lalu, tiada lagi pembayaran pada fasa 4 (November).

Sila rujuk jadual di bawah yang dikeluarkan oleh LHDNM;

Bujang yang tak dapat fasa 4 (November 2023)

Situasi Kedua – DAPAT RM200

Bagi kategori bujang yang lulus status STR dan hanya terima bayaran pada fasa 3 yang lepas, akan turut dapat baki pembayaran RM200 pada fasa 4 ini.

Boleh rujuk jadual dibawah untuk penerangan lanjut kenapa dapat.

Bujang yang dapat fasa 4 (November 2023) RM200

Situasi Ketiga – DAPAT RM350

Manakala bagi situasi ketiga, golongan bujang akan dapat sekaligus RM350 sekiranya semakan STR rayuan berstatus “LULUS”.

Ini kerana, kerajaan bagi untuk bayaran yang tertangguh iaitu fasa 1, 2 dan 3 yang tak dapat sebelum ini.

Anda boleh rujuk pada lampiran kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan di bawah;

Bujang yang dapat fasa 4 (November 2023) RM350

Tarikh Bayaran Kategori Bujang Fasa 4?

Secara rasminya tarikh bayaran STR Fasa 4 adalah mulai hari Selasa 7 November 2023.

Bayaran ini akan dibuat secara berperingkat mengikut bank masing-masing.

Bagi mereka yang mempunyai akaun bank, tarikh pembayaran adalah mulai 7 hingga 9 November 2023 yang akan dikreditkan ke dalam akaun masing-masing.

Manakala bagi yang tiada akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 7 November 2023 (Selasa).

Namun begitu, beberapa netizen di Facebook mendakwa ada yang sudah menerima bayaran awal terutamanya penerima STR  mendaftar akaun melalui BSN dalam permohonan bantuan mereka. 

Bsn Fasa 4 dah masuk 2

Sementara ini, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, tuntutan tunai boleh dibuat di seluruh Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 7 November 2023 (Selasa).

Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN. Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM. 

Notis BSN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4_01

Maybank Dah Masuk?

Untuk makluman, pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun Maybank dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan ole LHDNM kepada Maybank Bank.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet Maybank2u  atau Mesin Teler Automatik (ATM) Maybank.

Semakan secara perbankan melalui Maybank Click boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;

https://www.maybank2u.com.my/

CIMB Dah Masuk?

Untuk makluman, pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun CIMB dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan ole LHDNM kepada CIMB Bank.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet Cimb Click  atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.

Semakan secara perbankan melalui Cimb Click boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;
https://www.cimbclicks.com.my/

Kenapa  Duit STR Lambat Masuk?

Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing dan dibuat secara berperingkat.

Dengan lebih 5.22 juta penerima STR sedia ada  dan lebih daripada 280,000 penerima baharu yang diluluskan untuk Rayuan STR 2023 sudah pasti ia akan mengambil sedikit masa sebelum dikreditkan ke dalam akaun masing-masing. 

Jadi kalau belum masuk lagi pada pada hari ini, jangan risau kerana bayaran dibuat secara berperingkat. Ini kerana jumlah yang besar dan bilangan penerima yang ramai ini memerlukan sedikit masa pembayaran.

Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing.

Info dan Pertanyaan Mengenai STR

Talian Bantuan Khas Kerajaan 

Hotline STR LHDNM

  • 1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)

Hotline STR MOF

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

e-Mel

Alamat

  • Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia
    (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya. 

Soalan Lazim STR Bujang Fasa 4

Bujang dapat atau tidak fasa 4 STR?

3 situasi untuk bujang pada fasa 4 ini;
a) Tak dapat kalau Bujang sudah dapat fasa 1, 2 dan 3
b) Dapat kalau hanya terima  pada fasa 3 sahaja sebelum ini
c) Dapat kalau lulus rayuan STR kategori bujang

Apakah kelayakan individu bujang untuk STR?

Individu bujang yang layak menerima STR adalah;
1. Bujang  atau Bujang OKU
2. Had umur 21-59 bagi Bujang dan 19-59 bagi Bujang OKU
3. Pendapatan RM2,500 dan ke bawah. 

Bagaimana boleh membuat semakan status?

https://ift.tt/uU5ySBK

Berapa Jumlah bayaran fasa 3 untuk Individu Bujang?

RM200 untuk yang dapat fasa 3 sahaja sebelum ini (Fasa 1 & 2 tak dapat)
RM350 jika lulus rayuan STR kategori bujang

Bila Tarikh Bayaran Fasa 4?

7hb November 2023 (Selasa) berperingkat

The post STR Bujang Fasa 4: Dapat atau Tidak Untuk Bulan November? appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar