Semakan Status Terkini Pembayaran STR Fasa 4.
Sukacitanya, pembayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 4) bagi tahun ini akan disalurkan sebelum perayaan Deepavali secara berperingkat mulai Selasa, 7 November 2023.
Menurut Kementerian Kewangan, Seramai 5.22 juta penerima STR sedia ada bakal menerima bantuan tunai sehingga RM1,200.
Turut menerima bantuan tunai di bawah STR Fasa 4 adalah lebih daripada 280,000 penerima baharu yang diluluskan untuk Rayuan STR 2023 . Penerima yang lulus Rayuan STR 2023 akan menerima sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Baca Juga:
- Kemaskini STR 2024: Update Maklumat Terkini Sumbangan Tunai Rahmah
- Permohonan Baharu Sumbangan Tunai Rahmah 2024
Cara Semakan Status STR Fasa 4 2023
Semakan status boleh dibuat melalui mana-mana kaedah-kaedah berikut;
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM
- Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke LHDNM yang berhampiran.
2 Cara Semakan di portal MySTR
Sekiranya anda membuat semakan melalui online di portal MySTR, terdapat 2 cara untuk semakan iaitu;
Cara Pertama
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Pada bahagian atas laman web, tekan butang yang tertulis STR 2023 (rujuk gambar atas)
- Masukkan nombor MyKad kemudian klik Log Masuk MySTR
- Klik semak kemudian pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan dan log masuk.
- Klik Semakan Permohonan
Pemohon yang layak akan menerima status permohonan “LULUS” beserta amaun kelulusan asas STR dan juga jumlah yang telah dibayar sebagaimana berikut;
Bagi yang layak STR fasa 4, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;
- Tarikh Kredit
- No.Pengenalan Akaun Dikredit
- Nama Fasa
- Jumlah Dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- No Akaun
- Kod Tidak Berjaya
- Tarikh Tunai
Cara Kedua
- Layari link baru MySTR iaitu https://bantuantunai2023.hasil.gov.my/
- Masukkan nombor MyKad kemudian klik Log Masuk MySTR
- Klik semak kemudian pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan dan log masuk.
- Klik Semakan Permohonan
Maklumat yang sama akan keluar sebagaimana yang ditunjukkan di atas sebelum ini.
Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login
Untuk makluman, kata laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat yang anda masukkan sebelum ini
Sekiranya terlupa password MySTR, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut;
> Klik terlupa kata laluan
> Klik semakan
- Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2023;
- Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan STR dan klik seterusnya
- Kata laluan sementara akan diemelkan pada emel yang didaftarkan
- Semak e-mel dan log masuk semula MySTR
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
- Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu
- Tidak mempunyai e-mel /e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada STR 2023 / e-mel tidak sah
- Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
- Sahkan kata kunci keselamatan
- Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.
- Masukkan Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan
Sekiranya masih kurang jelas, sila lihat Panduan Pengguna STR bagi yang Terlupa Kata Laluan di bawah
Untuk makluman, sekiranya anda tersilap menjawab kata laluan setelah 3 kali percubaan diberikan. ID permohonan akan disekat.
Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline BKK 1-800-88-2747 atau hadir ke Pejabat HASiL.
Kelayakan Penerima STR Fasa 4
Pemohonan STR yang layak menerima bayaran STR Fasa 4 adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.
Tarikh Bayaran
Untuk fasa 4, tarikh pembayaran secara rasmi adalah secara berperingkat mulai 7 November 2023 (Selasa) hingga 9 November 2023 (Khamis).
Namun begitu, beberapa netizen di Facebook mendakwa ada yang sudah menerima bayaran awal terutamanya penerima STR mendaftar akaun melalui BSN dalam permohonan bantuan mereka.
Sementara ini, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, tuntutan tunai boleh dibuat di seluruh Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 7 November 2023 (Selasa).
Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN. Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM.
Maybank Dah Masuk?
Maybank dah masuk? Buat masa ini tiada lagi rakan-rakan netizen yang cakap dah masuk untuk Maybank. Mungkin esok atau lusa.
Untuk makluman, pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun Maybank dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan ole LHDNM kepada Maybank Bank.
Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet Maybank2u atau Mesin Teler Automatik (ATM) Maybank.
Semakan secara perbankan melalui Maybank Click boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;
CIMB Dah Masuk?
Sama seperti Maybank, netizen pun cakap CIMB belum masuk lagi. Mungkin juga esok atau lusa.
Untuk makluman, pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun CIMB dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan ole LHDNM kepada CIMB Bank.
Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet Cimb Click atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.
Semakan secara perbankan melalui Cimb Click boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;
https://www.cimbclicks.com.my/
Kenapa Duit STR Lambat Masuk?
Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing dan dibuat secara berperingkat.
Dengan lebih 5.22 juta penerima STR sedia ada dan lebih daripada 280,000 penerima baharu yang diluluskan untuk Rayuan STR 2023 sudah pasti ia akan mengambil sedikit masa sebelum dikreditkan ke dalam akaun masing-masing.
Jadi kalau belum masuk lagi pada pada hari ini, jangan risau kerana bayaran dibuat secara berperingkat. Ini kerana jumlah yang besar dan bilangan penerima yang ramai ini memerlukan sedikit masa pembayaran.
Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing.
Jadual & Jumlah Pembayaran STR Fasa 4
Berdasarkan siaran media terkini Kementerian Kewangan, penerima STR sedia ada akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM1,200 berdasarkan kelayakan masing-masing.
Manakala bagi bagi penerima rayuan, nilai pembayaran antara RM100 hingga RM2,500.
Bagi penerima sedia ada akan menerima bayaran sebagaimana berikut;
Isi rumah (tiada had umur) dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bil anak 0 – RM200
- Bil anak 1-2 – RM600
- Bil anak 3-4 – RM900
- Bil anak 5 dan ke atas – RM1,200
Isi rumah (tiada had umur) dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000
- Bil anak 0 – Tiada bayaran
- Bil anak 1-2 – Tiada bayaran
- Bil anak 3-4 – RM300
- Bil anak 5 dan ke atas – RM500
Warga Emas Sebatang Kara ≥ 60 tahun pendapatan bawah RM5,000
- RM200
Bujang berumur 21-59 tahun
- Tiada Bayaran
Bujang OKU berumur 19-59 tahun
- Tiada Bayaran
Untuk makluman, jadual ini adalah bayaran bagi penerima STR sedia ada yang menerima bayaran STR fasa 1, 2 dan 3 sebelum ini.
Jadual bayaran bagi penerima yang berstatus lulus rayuan STR akan diumumkan oleh kerajaan selepas ini.
Cara Bayaran
Kaedah pembayaran STR fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 7 November 2023 hingga 9 November 2023.
Penerima STR yang tiada akaun bank (termasuk Sabah dan Sarawak) pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 7 November 2023 (Selasa).
FAQ (Soalan Lazim) Semakan Status STR Fasa 4
1. Portal rasmi STR: https://bantuantunai2023.hasil.gov.my/
2. Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
3. Menghubungi LHDM
4. Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia)
5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Mulai 7 November 2023 (Selasa)
Mulai 7 November 2023 (Selasa) di seluruh Cawangan BSN.
Pemohonan STR yang layak menerima bayaran STR Fasa 4 adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.
Dapat sekiranya semakan STR berstatus lulus.
The post Semakan Status STR Fasa 4: Status Terkini Bayaran (November) appeared first on Info Terkini Bantuan.