Semakan Rayuan STR 2023: Status Terkini Lulus atau Tidak

Alhamdulillah, akhirnya semakan status rayuan STR 2023 kini boleh di semak bagi mengetahui sama ada permohonan rayuan yang dibuat pada Julai yang lalu lulus atau pun tidak.

Kementerian Kewangan sebelum ini memaklumkan seramai 5.22 juta penerima STR sedia ada bakal menerima bantuan tunai sehingga RM1,200.

Turut menerima bantuan tunai di bawah STR Fasa 4 adalah lebih daripada 280,000 penerima baharu yang diluluskan untuk Rayuan STR 2023 . 

Apa yang menariknya, penerima yang lulus Rayuan STR 2023 akan menerima sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Baca Juga:

Cara Semakan Rayuan STR 2023

Semakan status terkini rayuan STR  boleh dibuat melalui mana-mana kaedah-kaedah berikut;

  1. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM
  2. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
  3. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  4. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

2 Cara Semakan di portal MySTR

Sekiranya anda membuat semakan melalui online di portal MySTR, terdapat 2 cara untuk semakan iaitu;

Cara Pertama

Klik sini untuk semakan status STR Fasa 4
  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Pada bahagian atas laman web, tekan butang yang tertulis STR 2023 (rujuk gambar atas)
  • Masukkan nombor MyKad kemudian klik Log Masuk MySTR
  • Klik semak kemudian pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan dan log masuk.
  • Klik Semakan Permohonan

Pemohon yang layak akan menerima status permohonan “LULUS” beserta amaun kelulusan asas STR dan juga jumlah yang telah dibayar sebagaimana berikut;

Maklumat status dan bayaran STR fasa 4

Bagi yang layak rayuan STR, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;

  1. Tarikh Kredit
  2. No.Pengenalan Akaun Dikredit
  3. Nama Fasa
  4. Jumlah Dikredit
  5. Status Kredit
  6. Nama Bank
  7. No Akaun
  8. Kod Tidak Berjaya
  9. Tarikh Tunai
Maklumat pembayaran Rayuan STR 2023

Cara Kedua

  • Layari link baru MySTR iaitu https://bantuantunai2023.hasil.gov.my/ 
  • Masukkan nombor MyKad kemudian klik Log Masuk MySTR
  • Klik semak kemudian pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan dan log masuk.
  • Klik Semakan Permohonan

Maklumat yang sama akan keluar sebagaimana yang ditunjukkan di atas sebelum ini.

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login

Untuk makluman, kata laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat yang anda masukkan sebelum ini

Sekiranya terlupa password MySTR, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut;

> Klik terlupa kata laluan

> Klik semakan

  1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2023;
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan STR dan klik seterusnya
    • Kata laluan sementara akan diemelkan pada emel yang didaftarkan
    • Semak e-mel dan log masuk semula MySTR
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
    • Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu
  2. Tidak mempunyai e-mel /e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada STR 2023 / e-mel tidak sah
    • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
    • Sahkan kata kunci keselamatan
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.
    • Masukkan Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan

Sekiranya masih kurang jelas, sila lihat Panduan Pengguna STR bagi yang Terlupa Kata Laluan di bawah;

  • Panduan Pengguna STR Terlupa Kata Laluan_page-0001
  • Panduan Pengguna STR Terlupa Kata Laluan_page-0001
  • Panduan Pengguna STR Terlupa Kata Laluan_page-0001
  • Panduan Pengguna STR Terlupa Kata Laluan_page-0001
  • Panduan Pengguna STR Terlupa Kata Laluan_page-0001

Jumlah Bayaran Bagi Yang Lulus Rayuan

Bagi yang lulus melalui Rayuan STR, jumlah bantuan yang diterima adalah berbeza mengikut kategori dan had bilangan anak.

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM1,000
  2. Bil anak 1-2 – RM1,500
  3. Bil anak 3-4 – RM2,000
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM2,500

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – RM500
  2. Bil anak 1-2 – RM750
  3. Bil anak 3-4 – RM1,00
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM1,200

Warga emas sebatang kara pendapatan bawah RM5,000

  • RM600

Bujang berumur 21-59 tahun

  • RM350

Bujang OKU berumur 19-59 tahun

  • RM350

Tarikh Bayaran

Tarikh Bayaran STR Fasa 4 - Infografik LHDNM

Untuk fasa 4, tarikh pembayaran secara rasmi adalah secara berperingkat mulai 7 November 2023 (Selasa) hingga 9 November 2023 (Khamis).

Kaedah Bayaran

Tarikh Pembayaran STR Fasa 4

Kaedah pembayaran STR fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 7 November 2023 hingga 9 November 2023.

Penerima STR yang tiada akaun bank (termasuk Sabah dan Sarawak) pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 7 November 2023 (Selasa).

Kemas Kini STR 2024

Kemaskini maklumat STR 2024 kini dibuka kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah bagi tujuan penambahan bilangan anak, perubahan status perkahwinan, pertukaran nombor akaun bank dan lain-lain lagi.

Penerima bantuan Kerajaan STR yang ingin membuat kemaskini boleh melakukannya bermula dari 1 November 2023.

Siapa Yang Perlu Kemaskini?

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:

  1. Permohonan yang tidak dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 kecuali warga emas dan pedalaman Sabah / Sarawak
  2. Penerima STR 2023 yang mempunyai perubahan maklumat.

Penerima STR 2023 yang tiada sebarang perubahan maklumat, tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat

Walaubagaimana pun sekiranya anda tidak membuat kemas kini, permohonan STR anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada sebelum ini.

Maklumat penting Kemas kini dan Permohonan baharu STR 2024

Kaedah Kemas Kini Maklumat

Kemas kini maklumat Permohonan STR boleh dibuat seperti berikut:

  1. Secara dalam talian di Portal Rasmi STR Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), https://bantuantunai.hasil.gov.my  ; atau
  2. Penghantaran borang kemas kini maklumat Permohonan STR 2024 di LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation centre (UTC) yang berhampiran

Anda digalakkan untuk membuat kemas kini maklumat secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat. 

Cara Kemas Kini Maklumat Melalui Online

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang Log Masuk bagi membuat Kemas Kini Permohonan.
  3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Jika masih belum mendaftar, sila rujuk panduan pengguna – Daftar MySTR 2024
  4. Klik butang Kemas Kini Permohonan setelah berjaya log masuk MySTR.
  5. Lengkapkan maklumat yang diperlukan
  6. Klik butang Teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap
  7. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang SAHKAN CAPTCHA
  8. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick butang kotak kecil 
  9. Hantar
  10. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.

Pemohon yang berjaya membuat kemaskini STR 2024 secara online akan dapat notis seperti berikut;

Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah telah dihantar : dikemas kini

No. MyKad/Mykid tiada rekod. Sila semak semula No. MyKad/MyKid anak

Nombor Mykad : MyKid anak tiada rekod STR 2024

Bagi mereka yang menghadapi masalah my kad atau my kid tiada rekod, sila hadir ke pejabat LHDNM berdekatan dengan membawa surat beranak yang asal dan salinan bagi tujuan update.

Info lanjut dan Pertanyaan

Hotline BKK LHDNM  1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang
Hotline STR MoF  03-8882 4565 / 4566
Talian Bantuan Khas Kerajaan LHDNM
e-Mel str@treasury.gov.my 
Alamat  Sekretariat STR,Pejabat Belanjawan Negara,Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),Presint 2, 62592 Putrajaya

Soalan Lazim

Berikut adalah beberapa soalan lazim mengenai semakan status rayuan STR 2023;

Bilakah tarikh semakan keputusan permohonan rayuan STR?

Mulai 7 November 2023 (Selasa)

Bilakah tarikh bayaran sekiranya permohonan rayuan diluluskan?

Mulai 7 November 2023 (Selasa)

Siapakah yang layak dibayar?

Mereka yang berstatus LULUS melalui semakan

Berapakah jumlah bayaran yang akan diterima?

Bayaran antara RM100 sehingga RM2500 mengikut kategori

Bagaimanakah cara semakan status kelulusan rayuan STR 2023?

https://ift.tt/ZM1zKlF

The post Semakan Rayuan STR 2023: Status Terkini Lulus atau Tidak appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar