Skim Pembiayaan TEKUN Niaga: Permohonan dan Kelayakan

Berita baik buat para peniaga dan usahawan!  Di bawah Skim Pembiayaan TEKUN Niaga, Kerajaan menyediakan pembiayaan kepada usahawan yang menjalankan perniagaan secara mikro.

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan di bawah skim ini adalah sehingga RM100,000.

Berikut adalah beberapa maklumat mengenai Skim Pembiayaan TEKUN Niaga yang meliputi kelayakan, cara permohonan dan dokumen yang diperlukan.

Apakah Skim Pembiayaan TEKUN Niaga?

TEKUN Niaga merupakan Skim Pembiayaan Mikro kepada usahawan yang menjalankan perniagaan secara mikro.

Skim ini disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi usahawan bertujuan untuk membiayai keperluan perniagaan.

Skim pembiayaan berasaskan Tawarruq ini melibatkan dua kontrak jual beli yang berasingan. 

Jual beli yang pertama berlaku apabila TEKUN menjual komoditi kepada pelanggan dengan harga yang telah dipersetujui pada peringkat awal iaitu jumlah pembiayaan ditambah keuntungan yang dibayar secara bertangguh. 

Jual beli kedua berlaku apabila pelanggan (dilakukan oleh TEKUN sebagai wakil) menjual komoditi yang telah dibeli kepada pihak ketiga secara tunai. 

Bidang Perniagaan

Terbuka kepada semua sektor perniagaan iaitu;

  • Pertanian dan perusahaan tani
  • Peruncitan
  • Perkhidmatan
  • Pembuatan, 
  • Kontraktor kecil
  • Perniagaan online
Bidang Perniagaan, Kadar Keuntungan dan Tempoh Pembiayaan Tekun Niaga

Jumlah Pembiayaan & Tempoh Bayaran

Jumlah pembiayaan yang disediakan adalah sebagaimana berikut;

Pembiayaan Jumlah Tempoh Bayaran
Skim Pembiayaan Kecil (SPK) >RM 10,000 – RM50,000 Sehingga 5 tahun
Skim Pembiayaan Sederhana (SPS) >RM 50,000 – RM100,000 Sehingga 10 tahun

Kadar Keuntungan

Usahawan diminta membayar kadar keuntungan sebanyak 4% daripada nilai pembiayaan setiap tahun sepanjang tempoh pembiayaan. 

Manakala bagi Skim Pembiayaan Kontrak-i adalah sebanyak 1.5% sebulan daripada nilai pembiayaan. 

Kadar keuntungan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran jumlah prinsipal pembiayaan.

Syarat Kelayakan Asas

Berikut merupakan syarat kelayakan asas bagi pembiayaan TEKUN Nasional;

  1. Bumiputera dan Warganegara Malaysia (Masyarakat India bagi SPUMI)
  2. Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  3. Pemohon bukan seorang muflis
  4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia (Syarikat 100% hak milik Masyarakat India bagi SPUMI)
  5. Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
  6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)
  7. Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan
  8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda)
  9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000)
  10. Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
  11. Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
  12. Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
  13. Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah
Syarat Kelayakan Asas Skim Pembiayaan Tekun Niaga

Cara Permohonan

Permohonan hanya boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon (tiada permohonan secara dalam talian) atau tertakluk kepada perubahan semasa.

Sila rujuk senarai pejabat cawangan seluruh negara melalui pautan berikut;

https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon hanya perlu mengemukakan Borang Permohonan Pembiayaan dan dokumen tambahan (jika berkenaan) seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang)
  2. Lesen / Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM)

Atau

Pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu

  1. Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
  2. Salinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank akaun Simpanan / akaun Semasa yang mengandungi nama / syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank
  3. Dokumen tambahan (jika berkenaan)
Dokumen dan Kaedah Permohonan Tekun Niaga

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang info lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Pembiayaan TEKUN Niaga sila hubungi maklumat berikut;

  • Talian HOTLINE TEKUN Nasional: 03-9059 8888
  • Laman web https://www.tekun.gov.my/ 
  • Atau berkunjung terus ke pejabat cawangan berhampiran

Sumber: TEKUN NASIONAL

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Skim Pembiayaan TEKUN Niaga?

Skim Pembiayaan Mikro kepada usahawan yang menjalankan perniagaan secara mikro.

Siapakah yang layak untuk memohon Skim Pembiayaan TEKUN Niaga?

1. Bumiputera dan Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
3. Pemohon bukan seorang muflis
4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara
5. Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)
7. Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan
8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda)
9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000)
10. Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
11. Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan.
12. Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
13. Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah

Apakah jenis sektor perniagaan yang layak untuk memohon Skim TEKUN Niaga?

Terbuka kepada semua sektor perniagaan iaitu Peruncitan, Perkhidmatan, Pembuatan, Pertanian & Perusahaan Asas Tani, Perniagaan Online dan Kontraktor kecil

Berapakah amaun pembiayaan yang ditawarkan di bawah Skim Pembiayaan TEKUN Niaga?

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM1,000 hingga RM 100,000.

Berapa lama tempoh bayaran balik pembiayaan Skim Pembiayaan TEKUN Niaga?

Tempoh bayaran balik pembiayaan  6 bulan hingga 10 tahun.

Berapakah kadar keuntungan bagi Skim Pembiayaan TEKUN Niaga?

Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim TEKUN – Skim Pembiayaan Tekun Niaga 

The post Skim Pembiayaan TEKUN Niaga: Permohonan dan Kelayakan appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar