Borang STR 2024: Permohonan Baru Sumbangan Tunai Rahmah

Permohonan baharu STR 2024 kini boleh dibuat sama ada melalui penghantaran borang secara online atau melalui borang kertas secara manual.

Bagi yang memilih untuk mengisi melalui borang kertas bagi permohonan STR 2024, penghantaran borang yang lengkap boleh boleh dihantar ke Pejabat / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia berhampiran.

Pemohon perlu mengisi maklumat dengan lengkap serta mengetahui syarat-syarat kelayakan bagi memastikan permohonan diproses seterusnya melayakkan diri bagi menerima bantuan ini.

Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024)?

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup.

Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Sebelum ini, bantuan tunai seperti  ini diberi nama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021), Bantuan Khas Covid19 (BKC), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

Kriteria Kelayakan STR 2024

Syarat dan kriteria kelayakan bagi permohonan STR 2024 adalah sebagaimana berikut;

PEMOHON

Kategori Isi Rumah:

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja; dan
  2. Kahwin; atau
  3. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  4. Lelaki atau perempuan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

Kategori Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan:

Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja; dan

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  3. Lelaki atau perempuan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.

Kategori Bujang

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja; dan
  2. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  3. Had umur adalah seperti dibawah:
    • 21 tahun hingga 59 tahun; atau
    • 19 tahun hingga 59 tahun bagi Orang Kurang Upaya (OKU); dan
  4. Lelaki atau perempuan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.

PASANGAN

  1. Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
  2. Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS).

ANAK

  1. Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
  2. Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan
  3. Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan
  4. 18 tahun dan ke bawah; atau
  5. 19 tahun dan ke atas dan masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta.

Siapa yang perlu membuat permohonan baharu STR 2024?

Tiada rekod perlu buat permohonan baharu 2024

Pemohon perlu membuat permohonan baharu sekiranya pemohon tidak mempunyai rekod di dalam sistem STR 2024.

Semakan secara online boleh dibuat melalui laman portal STR sebagaimana berikut;

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Atau boleh menghubungi  Pejabat LHDNM berhampiran / talian: 1-800-88-2747 / Kementerian Kewangan Malaysia: 03-88824565 / 4566.

Borang STR 2024 BK-01 [1/2024]

Borang permohonan baharu STR 2024 BK-01 [1/2024] boleh diperolehi secara percuma melalui laman portal MySTR atau boleh dapatkannya di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)/Pejabat Satelit HASiL/Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL berhampiran.

Bagi secara online, boleh download melalui pautan rasmi berikut;

https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Borang/Borang%20Permohonan%20STR%202024.pdf

Penghantaran Borang Secara Manual

Borang STR 2024 yang telah lengkap diisi beserta dokumen sokongan berkaitan boleh diserahkan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)/Pejabat Satelit HASiL/Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL berhampiran.

Pemohon yang menghantar borang secara manual, akan diberikan keratan Akuan Penerimaan Permohonan STR seperti berikut;

Akuan Penerimaan Permohonan STR

Manakala penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat seperti berikut;

Peti Surat STR 
GPO Shah Alam 
40800 Shah Alam 
SELANGOR

Atau 

Sekretariat STR 
Pejabat Belanjawan Negara 
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) 
Presint 2, 
62592 Putrajaya

Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

Dokumen Yang Diperlukan

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

a) Pemohon:

  • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
  • Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah; atau
  • Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 – 20 tahun pada tahun 2024

b) Pasangan:

  • Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
  • Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan

c) Anak:

  1. Anak Kandung
    • Salinan Sijil Lahir; dan
    • Salinan MyKad / MyKid
  2. Anak Angkat
    • Salinan MyKad / MyKid; dan
    • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) perlu dilengkapkan dan diserahkan semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke Pejabat HASiL ATAU boleh memuat naik ke sistem STR semasa permohonan secara dalam talian.

Tarikh Penghantaran Borang Permohonan (Dalam Talian dan Borang Kertas)

Permohonan ini dibuka sepanjang tahun, namun begitu, penghantaran hendaklah dibuat sebelum fasa-fasa yang dinyatakan di bawah bagi membolehkan pembayaran dibuat pada waktunya. 

Bil Tarikh Penghantaran Borang Permohonan(Dalam Talian dan Borang Kertas) Tarikh Pembayaran
1. 1 November 2023 – 30 November 2023 Februari 2024
2. 1 Disember 2023 – 29 Februari 2024 April 2024
3. 1 Mac 2024 – 30 Jun 2024 Ogos 2024
4. 1 Julai 2024 – 30 September 2024 November 2024

Jadual Perkhidmatan Kaunter  Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024) 

Berikut adalah jadual pembukaan kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation centre (UTC) mulai 01 November 2023.

Lokasi / Talian Waktu Operasi
Pejabat HASiL termasuk Pejabat Satelit (PS) (Semenanjung / Sabah / Sarawak) 8.00 pagi – 5.00 petang(Berdasarkan Hari Berkerja di setiap Negeri)
Kaunter Setempat HASiL Pusat Transfomasi Bandar (UTC)(Semenanjung / Sabah / Sarawak) (Berdasarkan Waktu Kaunter Setempat UTC HASiL)
Hasil Care Line(1-800-88-2747) 9.00 Pagi – 5.00 Petang(Isnin – Jumaat)
Lokasi Luar Pejabat (Kaunter Luar) Tertakluk kepada Atur Cara Program Jemputan Kaunter Luar

Nota:

  1. Lokaliti / Pejabat Satelit (PS) di Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, waktu operasi Kaunter STR pada hari Khamis adalah sehingga jam 3.30 petang.
  2. Kaunter STR tidak dibuka pada Cuti Hujung Minggu, Cuti Umum dan Cuti Negeri (bagi Negeri yang terlibat) *tertakluk kepada pindaan
  3. Bagi Kaunter STR yang tidak beroperasi pada tarikh di atas, notis pemakluman kepada umum akan dipamerkan di LHDNM / Pejabat Satelit (PS) berkenaan.
  4. Waktu pembukaan Kaunter STR adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Jumlah Bayaran STR 2024

Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM1,000
  2. Bil anak 1-2 – RM1,500
  3. Bil anak 3-4 – RM2,000
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM2,500

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – RM500
  2. Bil anak 1-2 – RM750
  3. Bil anak 3-4 – RM1,000
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM1,250

Warga emas sebatang kara pendapatan bawah RM5,000

  • RM600

Bujang berumur 21-59 tahun

  • RM350

Bujang OKU berumur 19-59 tahun

  • RM350
Jumlah Bayaran STR 2024 Mengikut Setiap Kategori

Kadar Tambahan STR – Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Apakah Sumbangan Asas Rahmah?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan kepada penerima STR berstatus miskin tegar mengikut data eKasih yang disalurkan dalam MyKad bagi membeli keperluan barangan makanan asas di kedai runcit terpilih.

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

Kategori Penerima Kadar Sumbangan
Penerima STR berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM RM1,200
(RM100 sebulan)
Penerima Isi Rumah STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM RM300
Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR dan bukan berstatusMiskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM RM150

Jadual Pembayaran STR 2024

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan dilaksanakan 4 kali bagi tahun 2024.

  • FASA 1 – Februari 2024*
  • FASA 2-  April 2024*
  • FASA 3 – Ogos 2024*
  • FASA 4 – November 2024*

Tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

Jadual Pembayaran STR 2024 Mengikut Fasa

Kaedah Bayaran STR 2024

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

A. Kredit ke Akaun Bank

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.

B. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:

1. Tiada maklumat akaun bank

2. Status pengkreditan gagal kredit

Info lanjut dan Pertanyaan

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

  1. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  2. Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
  3. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
  4. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  5. Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)
  6. Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.

Soalan Lazim STR 2024

Anda boleh merujuk soalan lazim STR 2024 meliluti permohonan baru, kemas kini maklumat, rayuan, pengesahan pengenalan, pengesahan pendapatan, dan alasan tidak lulus STR melalui link berikut;

https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PERMOHONAN_STR_2024.pdf

Berikut juga dinyatakan beberapa soalan lazim terpilih;

Bilakah Permohonan STR 2024 akan dibuka?

Permohonan STR 2024 dibuka sepanjang tahun mulai 01 November 2023

Di manakah borang permohonan kertas STR 2024 boleh diperolehi?

Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
1) Portal Rasmi STR ; atau
2) Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL

Di manakah saya boleh menghantar Borang Permohonan STR 2024 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan?

Borang STR 2024 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh:
1) Diserahkan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
2) Penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat yang dinyatakan dalam artikel ini.

Siapakah yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2024?

Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2024 adalah seperti berikut:
a) Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
b) Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
c) Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan
/ tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Saya berumur 20 tahun pada tahun 2023, adakah saya layak memohon STR 2024 mulai 01 November 2023?

Ya. Anda layak membuat Permohonan STR 2024 bagi Kategori Bujang mulai 01 November 2023 kerana anda menepati syarat umur 21 tahun pada tahun 2024.

Saya bujang berumur 18 tahun pada tahun 2023 dan merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), adakah saya layak memohon STR 2024 bagi kategori Bujang mulai 01 November 2023?

Ya. Anda layak membuat Permohonan STR 2024 bagi Kategori Bujang mulai 01 November 2023 kerana anda menepati syarat umur 19 tahun pada tahun 2024.

Saya bujang berumur 19 tahun pada tahun 2023, adakah saya layak untuk membuat Permohonan STR 2024?

Tidak. Anda tidak layak untuk membuat Permohonan STR 2024 kerana syarat pemohon bujang mestilah berumur 21 tahun pada tahun 2024.
Anda hanya layak untuk membuat Permohonan STR 2024 bagi kategori Bujang jika anda merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sijil perkahwinan saya telah hilang, apakah dokumen sokongan yang boleh digunakan untuk pengesahan status perkahwinan?

Dokumen    sokongan    yang    boleh    digunakan    sebagai    pembuktian    status perkahwinan:
a) Kad nikah; atau
b) Sijil Lahir Anak

Saya telah menghantar Borang Permohonan STR ke Pejabat HASiL. Adakah saya boleh mengemas kini semula permohonan secara dalam talian?

Tidak. Kemas kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya Permohonan baharu / kemas kini yang dihantar ke Pejabat HASiL / PS / UTC telah diproses oleh pegawai HASiL.
 
Oleh itu, sebarang kemas kini permohonan STR selanjutnya perlu dikemukakan ke Pejabat HASiL / PS / UTC dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) semula.

The post Borang STR 2024: Permohonan Baru Sumbangan Tunai Rahmah appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar