[Terkini] Pendaftaran dan penebusan kredit program e-Madani iaitu tawaran e-kredit tunai RM100 secara one off kepada 10 juta rakyat dewasa yang layak akan dibuka mulai 4 Disember ini (Isnin).
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka yang layak boleh berbuat demikian menggunakan empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan masing-masing.
“Pendaftaran dan tuntutan kredit e-Madani akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024 melibatkan empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-Dompet pilihan pengguna,” katanya.
Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion bagi program itu yang diumum semasa peluncuran ekonomi madani, Julai lalu.
Perdana Menteri berkata demikian ketika pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Negara.
Apakah Bantuan eMadani RM100?
Program eMADANI ialah kesinambungan kepada kejayaan program eBeliaRahmah dan mempunyai objektif tiga serampang untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS), menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless) dan memanfaatkan rakyat.
Sebelum ini kerajaan mengumumkan bantuan e-wallet “e-Tunai Belia Rahmah” berjumlah RM200 untuk golongan belia dan mahasiswa bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.
Syarat Kelayakan
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia berumur 21 ke atas pada 1 Januari 2023; dan
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023; atau
- Mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut adalah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023.
Jumlah Kredit Bantuan e-Wallet
Jumlah kredit bantuan sebagaimana yang diumumkan adalah RM100.
Bantuan yang diberikan bukanlah secara cash sebagaimana Sumbangan Tunai Rahmah, sebaliknya diberikan dalam bentuk kredit e wallet seperti e-Tunai Belia Rahmah.
Tempoh Pendaftaran dan Tuntutan eMadani RM100
Tempoh pendaftaran dan tuntutan eMADANI bermula dari 8.00 pagi, 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024 melalui aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna.
Manakala penggunaan kredit eMADANI serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat hanya boleh dibelanjakan secara fizikal sahaja sehingga 29 Februari 2024.
Penyedia Perkhidmatan
Empat penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam program bantuan eWallet ini adalah sebagaimana berikut;
- MAE
- Setel
- ShopeePay
- Touch ‘n Go Wallet
Cara Penebusan
Untuk penebusan, pengguna perlu download salah satu aplikasi syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat di mana pendaftaran dan tuntutan eMadani ini mulai 4 Disember 2023 jam 8.00 pagi.
Empat penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam program bantuan eWallet ini adalah sebagaimana berikut;
Bagi pengguna baharu ewallet, proses verifikasi perlu dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.
Pengguna baharu hanya perlu ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.
Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC).
Sebagai contoh, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan contohnya gambar kad pengenalan untuk proses verifikasi atau pengesahan.
Manfaat eMadani RM100
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pelaksanaan inisiatif ini adalah sebagai usaha baik kerajaan untuk melatih rakyat berhadapan dengan masyarakat tanpa tunai.
“Dengan pelaksanaan konsep ini, rakyat akan menggunakan segala aplikasi dalam perbelanjaan mereka.
“Ini juga sedikit sebanyak membantu perbelanjaan rakyat bagi berhadapan dengan ekonomi masa depan iaitu eonomi digital dan masyarakat tanpa tunai, di samping untuk memperkembangkan ekonomi setempat.
“Apabila mereka berbelanja, maka ekonomi di kawasan itu akan berkembang. Ini antara puluhan perkara yang diumumkan Perdana Menteri pagi tadi (27 Julai). Saya hanya menyentuh sedikit sahaja,” katanya.
Kelebihan Penggunaan e-Wallet
Penggunaan e-wallet semakin popular di kalangan pengguna dalam talian hari ini. Kelebihan utama penggunaan e-wallet adalah kemudahan dan kecepatan dalam membuat pembayaran. Selain itu, pengguna e-wallet juga boleh menikmati tawaran dan diskaun khas yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan e-wallet.
Penggunaan e-wallet juga membantu dalam mengurangkan penggunaan wang tunai dan mempromosikan pembayaran tanpa sentuhan. Ini amat penting pada masa kini di mana era digitalisasi semakin berkembang di Malaysia di mana pembayaran dibuat secara cepat dan pantas.
Langkah Memilih E-Wallet Yang Sesuai
Sebelum memilih e-wallet yang sesuai, pengguna perlu mempertimbangkan beberapa faktor seperti jenis perkhidmatan, jenis pembayaran, dan ketersediaan e-wallet di pasaran.
Bagi progam ini 4 penyedia perkhidmatan eWallet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go e-wallet.
Setiap penyedia perkhidmatan menawarkan kelebihan masing-masing seperti mata ganjaran, diskaun, baucar dan lain-lain.
Info dan Maklumat Lanjut
Info dan maklumat lanjut inisiatif ini akan diumumkan melalui;
Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia
Sumber: Kementerian Kewangan
Soalan Lazim (FAQ)
Berikut merupakan beberapa soalan lazim mengenai penebusan kredit eMadani RM100;
Program eMADANI ialah kesinambungan kepada kejayaan program eBeliaRahmah dan mempunyai objektif tiga serampang untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS), menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless) dan memanfaatkan rakyat.
1) Warganegara Malaysia berumur 21 ke atas pada 1 Januari 2023; dan
2) Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023; atau
3) Mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut adalah RM100,000 dan k bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023.
Mulai Disember 2023 hingga 20 Februari 2024
1) MAE
2) Setel
3) ShopeePay
4) Touch ‘n Go Wallet
The post eMadani: Penebusan dan Pendaftaran Kredit eWallet RM100 appeared first on Info Terkini Bantuan.