STR Bujang 2024: Tarikh dan Jumlah Baharu Bantuan Rahmah

Terdapat beberapa maklumat penting bagi penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024) kategori bujang yang perlu anda diketahui.

Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Belanjawan 2024 yang lalu, Sumbangan Tunai Rahmah akan ditingkatkan peruntukannya kepada RM10 bilion (2023: RM8 bilion)

Golongan Bujang merupakan antara kategori yang akan menerima bantuan STR 2024 selain daripada kategori isi rumah, warga emas tiada pasangan dan ibu/bapa tunggal.

Untuk kategori STR Bujang ini, soalan yang sering ditanya adalah berapa jumlah yang diperoleh? Bilakah tarikh pembayaran, bagaimana cara membuat semakan dan sebagainya.

Oleh yang demikian, sila baca maklumat berikut dengan teliti agar faham dan jelas tentang pembayaran bagi STR 2024.

Apakah STR 2024?

STR 2024 merupakan program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri. 

Golongan Bujang merupakan antara kategori penerima bantuan ini selain daripada kategori isi rumah dan warga emas bujang / tiada pasangan .

Pada tahun-tahun yang lalu, pembayaran bagi program bantuan tunai dilaksanakan 4 kali setahun.

Tarikh Bayaran STR Bujang 2024

Menurut Perdana Menteri, tarikh bayaran pertama STR 2024 akan dibuat sebelum Ramadhan atau sekitar bulan Februari 2024.

Ia sebagai persiapan untuk menyambut bulan puasa dan persediaan sesi baharu persekolahan KPM tahun 2024.

Untuk makluman, berikut adalah tarikh awal puasa dan sesi baru sekolah 2024;

  • 10 Mac 2024 bagi Sesi persekolahan Kumpulan A 
  • 11 Mac 2024 bagi Sesi persekolahan Kumpulan B
  • 12 Mac 2024 Awal Ramadhan (tertakluk kepada pengumuman penyimpan mohor besar raja-raja)

Pembayaran bagi fasa-fasa seterusnya akan dimaklumkan selepas ini.

Semakan Kelayakan STR Bujang

Semakan status STR boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui kaedah berikut;

  1. Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
  3. Menghubungi LHDM
  4. Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran

Jumlah Bayaran

Kadar maksimum STR meningkat daripada RM3,100 kepada RM 3,700 (kategori keluarga).

Bagi kategori belia/bujang jumlah bayaran juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.

Untuk makluman juga, mulai tahun 2024, semua penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Dua kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM.

Kategori bujang juga turut layak mendapat bantuan SARA ini dengan jumlah bayaran RM150.

Oleh yang demikian kadar STR 2024 bagi golongan bujang adalah sebagaimana berikut;

  • Sumbangan Tunai Rahmah 2024 = RM350
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) = RM150
  • Jumlah keseluruhan STR Bujang = RM500

Perincian pecahan bayaran ini, boleh rujuk pada maklumat Kementerian Kewangan di bawah;

Jumlah STR Bujang 2024
Sumber: Touch Point Belanjawan 2024 Kementerian Kewangan Malaysia.

Cara Bayaran

Berdasarkan pengalaman bantuan-bantuan yang lepas, pembayaran akan buat secara berperingkat mengikut kategori penerima.

Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), cara pembayaran adalah melalui penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Syarat dan Kelayakan STR Bujang 

Buat masa ini belum ada pengumuman dari Kementerian Kewangan mengenai syarat terkini STR bujang.

Namun, berdasarkan kepada STR 2023, individu bujang yang layak menerima STR adalah seperti berikut;

  1. Bujang atau Bujang OKU
  2. Had umur adalah 21-59 bagi Bujang dan 19-59 bagi Bujang OKU
  3. Pendapatan RM2,500 dan ke bawah. 

Permohonan Baharu STR

Bagi tahun 2024, kerajaan akan akan mengambil pendekatan berbeza iaitu akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Info dan Pertanyaan Mengenai STR

Orang ramai diingatkan agar merujuk laman web khas Belanjawan 2024 Malaysia MADANI yang disediakan oleh Kementerian Kewangan bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai Belanjawan 2024. 

Laman web ini boleh diakses menerusi pautan di bawah: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/ 

Talian Bantuan Khas Kerajaan 

Hotline STR LHDNM

  • 1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)

Hotline STR MOF

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

e-Mel

Alamat

  • Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia
    (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya. 

Soalan Lazim STR Bujang

Berapakah jumlah bantuan STR bujang 2024?

RM500

STR Bujang 2024 berapa kali bayaran?

Tarikh bayaran pertama STR 2024 akan dibuat sebelum Ramadhan atau sekitar bulan Februari 2024.

Pembayaran bagi fasa-fasa seterusnya akan dimaklumkan selepas ini.

Bagaimana cara semakan STR secara online?

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Bagaimana cara pembayaran STR?

Ada akaun – kredit ke akaun bank masing-masing.
Tiada akaun- penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bilakah permohonan baharu STR dibuka?

Permohonan baharu dibuka pada November 2023.

Bagi STR 2024, Permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

The post STR Bujang 2024: Tarikh dan Jumlah Baharu Bantuan Rahmah appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar