MamaKerja: Insentif RM1000 Wanita Bekerja Selangor

Berita baik buat wanita bekerjaya di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Insentif MamaKerja yang boleh meringankan beban wanita terutama bagi menampung kos penjagaan anak.

Insentif MamaKerja bertujuan mengangkat martabat wanita bekerja yang mempunyai anak-anak dan merupakan program baharu Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor yang dilaksanakan oleh EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat.

Melalui tema “Selangor Penyayang: Memartabat Penjaga, Melindungi yang Dijaga”, insentif MamaKerja merupakan strategi yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi meningkatkan penyertaan wanita Selangor dalam tenaga buruh sekaligus mengiktiraf peranan wanita dalam menyumbang kepada kemajuan ekonomi negeri. 

Selain itu, insentif ini secara tidak langsung akan merangsang sektor penjagaan seperti taska, tadika dan transit yang menjadi sistem sokongan utama bagi wanita bekerja.

Apakakah Insentif MamaKerja Selangor?

MamaKerja merupakan antara janji 100 hari Kerajaan Negeri Selangor di bawah Program 5 Tekad untuk 5 Tahun.

Seramai 5,000 wanita bekerja akan menerima insentif berjumlah RM1,000 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM5 juta.

Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menyokong wanita untuk kekal bekerja kerana keterlibatan wanita dalam pekerjaan akan menyumbang secara langsung kepada kemajuan ekonomi negeri.

Insentif ini bertujuan membantu meringankan beban wanita bekerja terhadap penjagaan anak-anak, sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk menghantar anak-anak ke pusat pendidikan dan penjagaan yang selamat dan berkualiti.

Program MamaKerja Selangor
4 Cara menyokong wanita bekerja melalui MamaKerja Selangor

Jumlah Insentif / Bantuan

Bagi menjayakan program ini, RM1,000 akan diberikan kepada seramai 5,000 ibu bekerja bagi meringankan beban penjagaan anak-anak terutamanya dari segi kos.

Insentif dibayar secara one-off (sekaligus).

lnsentif MamaKerja akan diberikan kepada 5,000 orang pemohon terawal yang memenuhi syarat-syarat  kelayakan.

Tarikh Permohonan

Permohonan bagi insentif MamaKerja Selangor dibuka mulai 1 November 2023 (Rabu)  jam 10.00 pagi

Syarat-Syarat Permohonan

  • Wanita bekerja yang mempunyai majikan
  • Merupakan rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun).
  • Mengundi di Selangor.
  • Berpendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah.
  • Individu yang mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
  • Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) orang anak berumur 12 tahun dan ke bawah.
  • Bukan penerima Skim Bantuan ASUH PINTAR, TUNAS dan BINGKAS.
Syarat dan Dokumen MamaKerja Selangor

Dokumen Yang Perlu Di Muat Naik

Pemohon perlu melengkapkan permohonan dengan memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan iaitu:

  1. Kad Pengenalan pemohon;
  2. Kad Pengenalan pasangan;
  3. MyKid atau Sijil Kelahiran anak / Sijil Pengangkatan;
  4. Salinan penyata gaji pemohon yang terkini;
  5. Salinan penyata gaji pasangan yang terkini atau pengesahan pendapatansekiranya tiada slip gaji;
  6. Penyata KWSP pemohon terkini atau penyata EA (kemaskini 5/10/2023;
  7. Salinan penyata bank;
  8. Dokumen pengesahan pengundi Selangor.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat melalui aplikasi SELANGKAH.

Pemohon yang belum mempunyai aplikasi ini, boleh muat turun melalui pautan yang disediakan berikut;

Sebagai alternatif, permohonan juga boleh dibuat melalui laman sesawang MAMA KERJA berikut;

https://mamakerja.selangkah.my/

Keputusan Permohonan

Penerima yang layak akan menerima bantuan tunai ke akaun masing-masing dalam tempoh 14 hari bekerja selepas status permohonan berjaya. 

Semakan Status Permohonan MamaKerja

Semakan status permohonan MamaKerja Selangor boleh dibuat melalui aplikasi Selangkah di bahagian butang mama kerja.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini boleh didapati atau menerusi laman sesawang https://mamakerja.selangkah.my/. Sebarang pertanyaan berhubung insentif ini boleh diajukan kepada talian hotline Selcare 1-800-22-6600.

Siaran Media

SELANGOR TUNAI JANJI, BERI INSENTIF RM1,000 UNTUK SOKONG WANITA BEKERJA
26 OKTOBER 2023

1. Hari ini, Kerajaan Negeri Selangor melancarkan Insentif MamaKerja yang melihat pelaksanaan perkara ke-4 dalam 5 Tekad, 100 Hari yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

2. Insentif MamaKerja bertujuan mengangkat martabat wanita bekerja yang mempunyai anak-anak dan merupakan program baharu Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor yang dilaksanakan oleh EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat.

3. Bagi menjayakan program ini, RM1,000 akan diberikan kepada seramai 5,000 ibu bekerja bagi meringankan beban penjagaan anak-anak terutamanya dari segi kos. Itu menjadi dorongan penubuhan kerangka ekonomi penjagaan ataupun ‘care economy’ sebagai jawatankuasa baharu yang sedang direncanakan bagi menawarkan solusi mampan jangka panjang kepada aspek penjagaan anak-anak dan warga emas.

4. Hal ini demikian kerana sebahagian besar ibu terpaksa memilih antara menjaga anak ataupun bekerja disebabkan kos penjagaan di pasaran adalah tinggi.

5. Statistik terkini daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh di Selangor yang rendah iaitu 69.9 peratus berbanding lelaki sebanyak 83.5 peratus. Selain itu, Kajian Merdeka Centre dan The Asia Foundation di Selangor pada tahun 2020-2022 menunjukkan wanita bekerja menghadapi cabaraan kos penjagaan anak yang tinggi.

6. Justeru melalui tema “Selangor Penyayang: Memartabat Penjaga, Melindungi yang Dijaga”, insentif MamaKerja merupakan strategi yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi meningkatkan partisipasi wanita Selangor dalam tenaga buruh sekaligus mengiktiraf peranan wanita dalam menyumbang kepada kemajuan ekonomi negeri. Selain itu, insentif ini secara tidak langsung akan merangsang sektor penjagaan seperti taska, tadika dan transit yang menjadi sistem sokongan utama bagi wanita bekerja

SYARAT KELAYAKAN DAN CARA MEMOHON

7. Antara syarat kelayakan bagi memohon Insentif MamaKerja adalah seperti berikut:
a. Wanita bekerja dan bermajikan.
b. Merupakan rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun).
c. Mengundi di Selangor.
d. Berpendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah.
e. Individu yang mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau
caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
f. Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) orang anak berumur 12 tahun dan ke bawah.
g. Bukan penerima bantuan ASUH PINTAR, TUNAS dan BINGKAS.

8. Permohonan bagi insentif MamaKerja akan dibuka pada 1 November 2023, jam 10.00 pagi, menerusi aplikasi Selangkah.
Pemohon perlu melengkapkan permohonan dengan memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan iaitu:
a. Kad Pengenalan pemohon;
b. Kad Pengenalan pasangan;
c. MyKid atau Sijil Kelahiran anak / Sijil Pengangkatan;
d. Salinan penyata gaji pemohon yang terkini;
e. Salinan penyata gaji pasangan yang terkini atau pengesahan pendapatan
sekiranya tiada slip gaji;
f. Penyata KWSP pemohon terkini atau penyata EA;
g. Salinan penyata bank;
h. Dokumen pengesahan pengundi Selangor.

9. Penerima yang layak akan menerima bantuan tunai ke akaun masing-masing dalam tempoh 14 hari bekerja selepas status permohonan berjaya. Maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini boleh didapati atau menerusi laman sesawang https://mamakerja.selangkah.my/. Sebarang pertanyaan berhubung insentif ini boleh diajukan kepada talian hotline Selcare 1-800-22-6600.

YB PUAN ANFAAL SAARI
EXCO PEMBANGUNAN WANITA & KEBAJIKAN MASYARAKAT
NEGERI SELANGOR
26 Oktober 2023

#MamaKerja
#100hariSelangor
#5Tekad5Tahun
#KitaSelangor
  • Kenyataan Media MamaKerja_01
  • Kenyataan Media MamaKerja_02

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Objektif Program Mama Kerja?

Program ini diwujudkan untuk menghargai dan menyokong wanita bekerja melalui pemberian bantuan bagi meringankan beban kos penjagaan anak-anak.

Apakah insentif yang akan diberikan kepada pemohon yang terpilih?

Setiap pemohon yang layak akan menerima insentif sebanyak RM1,000 sekali gus.

Apakah kriteria individu yang layak menerima insentif MAMA KERJA ini?

– Wanita bekerja yang mempunyai majikan
– Rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun)
– Pengundi di Selangor 
– Berpendapatan isi rumah sebanyak RM8,000 dan ke bawah
– Mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
– Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) orang anak yang berumur 12 tahun dan ke bawah
– Bukan penerima Skim Bantuan Asuh Pintar,Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) atau Skim Bantuan Tadika (TUNAS).

Berapakah jumlah kuota penerima bagi program ini?

lnsentif Mama Kerja akan diberikan kepada 5,000 orang pemohon terawal yang memenuhi syarat-syarat  kelayakan.

Bagaimanakah cara untuk memohon lnsentif Mama Kerja?

lndividu yang berminat boleh membuat permohonan melalui Aplikasi Selangkah.

Apakah dokumen penting yang perlusaya muat naik untuk memohon?

Kad Pengenalan pemohon
•  Kad Pengenalan pasangan
•  MyKid atau Sijil Kelahiran anak / Sijil Anak Angkat
•  Salinan penyata gaji pemohon yang terkini
•  Salinan penyata gaji pasangan yang terkini
•  Penyata KWSP pemohon yang terkini atau penyata EA

Bolehkah saya menggantikan dokumen yang telah saya muat naik jika maklumatnya didapati tidak tepat atau lengkap?

Untuk sebarang pembetulan, sila hubungi talian hotline Selcare di 1800-22-6600.

Saya bermastautin di Selangor namun bukan pengundi di Selangor. Adakah saya layak memohon?

Tidak. Hanya pengundi di Selangor yang layak menerima insentif ini.

Saya tidak mempunyai anak kandung tetapi saya adalah penjaga sah (legal guardian) bagi anak-anak angkat saya. Adakah saya layak untuk memohon?

Ya. Anda cuma perlu mengemukakan salinan Sijil Pengangkatan anda yang sah sebagai bukti.

Bagaimanakah cara untuk mengesahkan pendapatan suami saya yang bekerja sendiri?

Surat pengesahan pendapatan beliau perlu disahkan melalui AhliParlimen / Ahli Dewan Negeri / Penghulu / Ketua Kampung / Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas / Pesuruhjaya Sumpah.

Apakah cara alternatif sekiranya saya tidak dapat menggunakan aplikasi Selangkah untuk memohon?

Permohonan juga boleh dibuat melalui laman sesawang MAMA KERJA 
(https://mamakerja.selangkah.my/).

Bagaimanakah caranya untuk saya semak status permohonan saya?

la boleh disemak melalui Aplikasi Selangkah dibahagian butang mama kerja.

Bilakah keputusan permohonan saya akan dimaklumkan?

Keputusan permohonan anda akan dikeluarkan selepas tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan dihantar.

Keputusan permohonan saya berjaya. Bilakah insentif Mama Kerja akan disalurkan?

Penyaluran akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh status permohonan berjaya dikemaskini dalam sistem.

Sekiranya saya ada sebarang pertanyaan, siapakah yang boleh saya hubungi?

Untuk bantuan, sila hubungi talian hotline Selcare di 1800-22-6600

  • Soalan Lazim MamaKerja_01
  • Soalan Lazim MamaKerja_02
  • Soalan Lazim MamaKerja_03

The post MamaKerja: Insentif RM1000 Wanita Bekerja Selangor appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar