Senarai Bantuan & Manfaat Buat Golongan Belia Tahun 2024

Golongan belia merupakan antara yang bakal menerima pelbagai bantuan dan manfaat daripada Kerajaan menerusi peruntukan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024 baru-baru ini.

Bantuan ini antara lainnya bertujuan  meningkatkan taraf hidup golongan belia, membentuk jati diri dan keperibadian anak muda, mengurangkan beban kewangan pelajar dan melahirkan lebih banyak bakat masa hadapan yang memenuhi keperluan industri.

Berikut disenaraikan beberapa inisiatif dan bantuan bagi golongan belia menerusi Belanjawan 2024.

Senarai Inisiatif dan Bantuan Golongan Belia Tahun  2024

1. Peningkatan Kadar STR Untuk Belia

Kadar Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024)  untuk golongan belia meningkat daripada RM350 kepada RM500.

2. Diskaun Bayaran Balik PTPTN

Kerajaan meneruskan pemberian diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada peminjam PTPTN.

  • Pertama: Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
  • Kedua: Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan
  • Ketiga: Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

3. Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan FLYSiswa

Kerajaan Perpaduan telah memperkenalkan ikhtiar FLYsiswa iaitu bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman. Tahun hadapan, ikhtiar FLYsiswa akan diteruskan untuk manfaat hampir 60,000 pelajar daripada keluarga kurang mampu.

4. Bantuan Lesen Memandu Bagi Belia Untuk Tahun 2024

Kerajaan bersetuju untuk terus menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi untuk manfaat lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu.

5. Ganjaran RM500 Untuk Belia Bagi Aktiviti Kesukarelawanan

Kerajaan akan menyediakan ganjaran RM500 kepada golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun yang berjaya melakukan aktiviti kesukarelawanan dengan badan diiktiraf Kerajaan

6. Program Rakan Muda

Kerajaan menyediakan peruntukan RM20 juta dalam usaha memperbanyakkan  pengisian program-program belia di bawah Program Rakan Muda dalam usaha membentuk jati diri dan keperibadian anak muda Malaysia.

7. Pusat Penempatan dan Penerokaan Kerjaya Kebangsaan

RM7 juta diperuntukkan bagi mewujudkan Pusat Penempatan dan Penerokaan Kerjaya Kebangsaan di bawah PERKESO sebagai lokasi sehenti untuk graduan muda dan pencari kerja mendapatkan sokongan kerjaya dan pekerjaan.

8. Program Eksplorasi Kerjaya

Kerajaan turut memperuntukkan RM1juta bagi melaksana Program Eksplorasi Kerjaya bertujuan  memberi pendedahan kepada golongan pelajar dan juga guru kaunseling kerjaya di sekolah.

9. Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 

RM 20 juta diperuntukkan bagi melanjutkan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) untuk melahirkan lebih ramai usahawan belia Bumiputera dan mewujudkan peluang pekerjaan

10. Skim TEKUN Belia Mobilepreneur 

Kerajaan menyediakan peruntukan RM10 juta dengan meneruskan Skim TEKUN Belia Mobilepreneur bagi membiayai modal anak muda terlibat dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.

11. Malaysia Games Initiative 

Kerajaan juga akan melaksana Malaysia Games Initiative bagi menggalakkan syarikat atau studio permainan video antarabangsa melabur di Malaysia untuk membangun produk digital bersama bakat tempatan. Menerusi program ini RM30 juta diperuntukkan.

12. Accelerator Programme for Construction (ACE)

Program Accelerator Programme for Construction (ACE) untuk kontraktor belia Bumiputera G1 hingga G4 diperkenalkan semula dengan beberapa penambahbaikan.

Bagi semua bantuan belia 2024 di atas, anda boleh mendapatkan info lanjut menerusi laman portal Manfaat Kementerian Kewangan menerusi pautan berikut;

https://manfaat.mof.gov.my/

The post Senarai Bantuan & Manfaat Buat Golongan Belia Tahun 2024 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar