Permohonan Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak

Sukacitanya Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak mempelawa calon-calon yang berkelayakan bagi memohon Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak (GMPWS).

Geran ini adalah khusus bagi wanita yang ingin memulakan perniagaan atau sedang berniaga dengan nilai RM2000 (Maksimum) yang berbentuk peralatan. 

Pengenalan Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak.

Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak adalah salah satu daripada bantuan Kerajaan Sarawak untuk golongan sasar iaitu usahawan wanita Sarawak dalam kelompok B40 khususnya. 

Geran Modal adalah berbentuk peralatan perniagaan berjumlah Ringgit Malaysia Dua Ribu (RM2,000) sahaja untuk seorang penerima (one-off) yang layak.

Bentuk Geran

Bentuk geran modal yang boleh dipohon oleh peserta adalah peralatan perniagaan dalam bidang seperti berikut:

  1. Makanan & minuman (contoh: stall, oven, deep fryer, balang air, set dome katering
  2. Jahitan (contoh: mesin jahit, seterika, lightbox table
  3. Kecantikan (contoh: makeup kit, makeup artist chair, hair salon utility cart)
  4. Spa & urut (contoh: katil spa, sauna steamer, manicure & pedicure chair
  5. Fotografi & Videografi (contoh: kamera, printer, lighting equipment
  6. Runcit (contoh: freezer, mesin layan diri, penimbang, mesin daftar tunai)

Syarat dan Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat dan kriteria permohonan bagi Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak.

  1. Pemegang kad pengenalan berstatus “K” atau isteri kepada pemegang kad pengenalan berstatus “K”;
  2. Usahawan wanita Sarawak berumur 18 tahun dan ke atas;
  3. Berpendapatan di bawah RM4,849.00.
  4. Had maksimum geran modal yang diberikan adalah bernilai RM2,000.00 sahaja bagi seorang usahawan wanita; dan
  5. Mengemukakan borang yang lengkap diisi beserta salinan dokumen yang disahkan.

Cara Memohon

Pemohon boleh mengisi borang secara online melalui pautan Google Form berikut;

forms.gle/JY8KTYCY9JcXdd3w9  

Senarai Dokumen Diperlukan

Senarai salinan dokumen (DISAHKAN):

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan Sijil pendaftaran perniagaan/ lesen & permit perniagaan pemohon. (sekiranya ada)
  3. Salinan penyata gaji/ pencen/ surat akuan sumpah pendapatan pemohon terkini.
  4. Sebut harga barang/ kelengkapan perniagaan daripada pembekal yang sahih.
  5. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

Contoh Surat Pengesahan Pendapatan

Bagi pemohon yang tiada penyata gaji atau pencen, perlu menyediakan surat akuan sumpah pendapatan terkini sebagaimana contoh di bawah.

Pengesahan boleh dibuat oleh Ketua Kampung / Ketua Penduduk / Pesuruhjaya Sumpah.

Contoh Surat Akuan Pengesahan Pendapatan
Contoh Surat Akuan Pengesahan Pendapatan 2

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut mengenai Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak (GMPWS), sila hubungi pegawai seranta berikut;

  1. Puan Nur Diana
  2. Cik Sharifah Nurul Fatihah

No. Tel: 082-512666

Sumber: SME Corporation Malaysia Negeri Sarawak

Iklan Geran Modal Pemerkasaan Sarawak (GMPWS)

The post Permohonan Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar