MySPR Semak; Semakan Tempat, Saluran, Waktu Undi PRN 2023

​​Bagi melancarkan urusan mengundi pada 12 Ogos ini (Sabtu), para pengundi boleh membuat persiapan awal dengan membuat semakan seperti saluran, bilangan, masa keluar undi yang digalakkan melalui MySPR Semak secara online bagi pengundian PRN 2023.

MySPR Semak merupakan aplikasi yang disediakan sebagai inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk memberi kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat semakan status pendaftaran pemilih dan tempat mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Di samping itu, aplikasi ini juga menyediakan kemudahan semakan calon dan keputusan pilihan raya.

Cara Semakan Daftar Pemilih dan Tempat Undi PRN 2023

Semakan maklumat Daftar Pemilih PRN 2023 boleh dilakukan dengan dua kaedah; 

  1. Aplikasi telefon pintar MySPR Semak
  2. Portal MySPR Semak

Cara Semakan melalui Portal MySPR Semak Bagi PRN 2023

  1. Layari laman portal https://mysprsemak.spr.gov.my/
  2. Klik pada pilihan SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
  3. Sila masukkan No. Kad Pengenalan (cth: 98xxxxxxxxxx) / No. Perkhidmatan Tentera (cth: Txxxxx) / No. Perkhidmatan Polis (cth: RFxxxxx/RFSxxxxx/Gxxxxx). (Tanpa “-” atau jarak)
  4. Masukkan aksara captcha (4 angka)
  5. Semak maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran anda yang memaparkan maklumat berikut;
  • Maklumat peribadi pemilih seperti nama penuh, no kad pengenalan, tarikh lahir dan jantina;
  • Daftar pemilih yang disahkan seperti lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan negeri.
  • MySPR Semak - Cara Semak Tempat Undi PRN 2023_01
  • MySPR Semak - Cara Semak Tempat Undi PRN 2023_02
  • MySPR Semak - Cara Semak Tempat Undi PRN 2023_03
  • MySPR Semak - Cara Semak Tempat Undi PRN 2023_04

Semakan Daftar Pemilih Di Aplikasi MySPR Semak Untuk PRN 2023

  1. Muat turun aplikasi MySPR Semak seperti berikut:
    1. Apple Store: https://apps.apple.com/my/app/myspr-semak/id1262263101
    2. Google Play: https://play.google.com/store/apps/details
  2. Isikan nombor kad pengenalan 12 angka
  3. Masukkan aksara captcha (4 angka)
  4. Semak maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran anda yang memaparkan maklumat berikut;
  • Maklumat peribadi pemilih seperti nama penuh, no kad pengenalan, tarikh lahir dan jantina;
  • Daftar pemilih yang disahkan seperti lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan negeri.
Semakan Daftar Pemilh di Aplikasi MySPR Semak PRN 2023

Maklumat Pengundian

Maklumat pengundian dalam sistem MySPR Semak akan memaparkan beberapa perkara penting mengenai PRN 2023 seperti berikut;

  • Pusat Mengundi
  • Saluran
  • Bilangan
  • Masa Mengundi
  • Masa Keluar Mengundi Yang Digalakkan
  • Hari Mengundi
Maklumat Daftar Pemilih DIsahkan PRN Kedah 2023

Waktu Keluar Mengundi

Waktu mengundi ditetapkan ialah bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang.

SPR telah memberi cadangan waktu mengundi yang digalakkan untuk mengelak kesesakan di pusat mengundi serta mengingatkan pengundi tidak berpusu-pusu di awal pagi ke pusat mengundi memandangkan pusat mengundi dibuka dari 8 pagi hingga 6 petang.

Oleh yang demikian, anda digalakkan keluar mengundi mengikut waktu yang dicadangkan oleh SPR bagi mengelakkan kesesakan di pusat mengundi.

Sila rujuk masa keluar mengundi yang digalakkan dalam MySPR Semak masing-masing.

Cadangan Waktu Keluar Mengundi PRN 2023

Dokumen Yang Perlu Di Bawa Semasa Pergi Mengundi

“Alamak macam mana ni…terlupa bawa Kad Pengenalan! Takkan nak kena patah balik rumah semula???”

Sabar!

Jangan panik kerana dokumen-dokumen lain selain kad pengenalan masih boleh digunakan semasa mengundi.

Berikut adalah dokumen penting yang boleh menggantikan kad pengenalan semasa mengundi:

Dokumen Yang Perlu Di Bawa Semasa Pergi Mengundi

10 Langkah Pengundian Pada Hari Mengundi

  • 10 Langkah Pengundian Pada Hari Mengundi PRN 2023_01
  • 10 Langkah Pengundian Pada Hari Mengundi PRN 2023_03
  • 10 Langkah Pengundian Pada Hari Mengundi PRN 2023_05
  • 10 Langkah Pengundian Pada Hari Mengundi PRN 2023_06
  • 10 Langkah Pengundian Pada Hari Mengundi PRN 2023_09
  • 10 Langkah Pengundian Pada Hari Mengundi PRN 2023_09
  • 10 Langkah Pengundian Pada Hari Mengundi PRN 2023_010
  • Cadangan Waktu Keluar Mengundi PRN 2023

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengeluarkan infografik bagi memudahkan para pengundi pada hari mengundi.

  1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh anggota polis yang mengawal selia pintu masuk.
  2. Serahkan MyKad/dokumen pengenalan diri dan slip semakan (sekiranya ada) kepada kerani pengundian pertama. Tunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa.
  3. Kerani pengundian pertama akan memberikan MyKad/dokumen pengenalan diri kepada kerani pengundian kedua untuk pengesahan. Pastikan nombor kad pengenalan dan nama anda yang diteriakkan oleh kerani pengundian pertama adalah tepat.
  4. Bergerak ke hadapan kerani pengundian kedua. Celupkan jari telunjuk tangan kiri ke dalam botol dakwat pilihan raya apabila diminta oleh kerani pengundian kedua. – (kerani pengundian pertama akan membuat penandaan nama anda dalam buku daftar pemilih pilihan raya apabila jari anda dicelupkan ke dalam botol dakwat pilihan raya).
  5. Terima kertas undi dari kerani pengundian ketiga.
  6. Bergerak ke meja ketua tempat mengundi (ktm) untuk meninggalkan telefon bimbit. – (semua proses pengundian dijalankan dalam kehadiran ejen-ejen tempat mengundi yang bertugas).
  7. Maju ke petak undi dan tandakan “x” pada ruang kosong bersebelahan dengan nama dan simbol calon dalam kertas undi menggunakan pen. Pilih satu calon sahaja.
  8. Masukkan kertas undi dalam peti undi yang betul.
  9. Bergerak ke meja ktm sekali lagi untuk mengambil telefon bimbit.
  10. Segera tinggalkan tempat mengundi setelah selesai mengundi.

Larangan Penggunaan Telefon Bimbit Di Tempat Mengundi (Saluran)

Pengundi yang membawa telefon bimbit ke tempat mengundi perlu meletakkan telefon bimbit di tempat yang telah disediakan setelah menerima kertas undi dan mengambilnya semula setelah selesai mengundi

SPR menyeru orang ramai mematuhi langkah-langkah pengundian yang telah ditetapkan ketika berada di tempat mengundi.

Larangan Penggunaan Telefon Bimbit Di Tempat Mengundi (Saluran) PRN2023

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, sila hubungi hotline SPR di talian +603-8892 7018 atau layari laman sesawang https://www.spr.gov.my.

Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)

FAQ Soalan Lazim

Bagaimana cara semakan daftar Pemilih PRN 2023

1. Portal https://ift.tt/LKtGmWN
2. Apliaski MySPR 

Bilakah tarikh mengundi PRN 2023?

12 Ogos 2023 (Sabtu).

Bilakah waktu mengundi yang digalakkan?

Sila semak cadangan waktu mengudi di MySPR Semak.

Bolehkah membawa telefon bimbit ketika mengundi?

Pengundi yang membawa telefon bimbit ke tempat mengundi perlu meletakkan telefon bimbit di tempat yang telah disediakan setelah menerima kertas undi dan mengambilnya semula setelah selesai mengundi.

The post MySPR Semak; Semakan Tempat, Saluran, Waktu Undi PRN 2023 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar