Permohonan Geran Agropreneur Muda (GAM) Untuk 18-40 Tahun

Dalam usaha untuk menggalakkan golongan muda menyertai bidang Keusahawanan Agro, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) mewujudkan Program Agropreneur Muda (PAM) serta menyediakan Geran Agropreneur Muda (GAM) kepada mereka yang layak.

Objektif Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut;

  1. Menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
  2. Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju.
  3. Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti produk dan penggunaan teknologi dan inovasi serta penyediaan pasaran yang kompetitif.
  4. Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan yang mampan.

Berikut merupakan maklumat yang perlu diketahui sebelum memohon geran ini.

Apa Itu Program Agropreneur Muda?

Program Agropreneur Muda ini diwujudkan untuk golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Ianya bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di sepanjang rantaian nilai sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta industri makanan dan asas tani.

Untuk makluman, Program Agropreneur Muda ini bermula sejak 2016 dan telah memanfaatkan lebih daripada 8,000 penerima bantuan geran dan pembiayaan.

Permohonan Geran Agropreneur Muda (GAM) dibuka sepanjang tahun.

Permohonan Geran Agropreneur Muda (GAM) Dibuka sepanjang tahun

Skop Geran Agropreneur Muda

Program Agropreneur Muda (PAM) dikhususkan untuk golongan muda berumur 18 hingga 40 tahun yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian bagi projek mengikut 4 sektor utama iaitu Tanaman, Ternakan, Perikanan, dan Industri Makanan. Skop utama seperti berikut:

  1. Tanaman
  • Fertigasi
  • Cendawan
  • Ternakan kelulut/lebah madu
  • Sayuran
  • Buah-buahan
  • Tanaman Nanas
  • Tanaman Hidroponik
  1. Perikanan
    • Akuakultur
    • Penangkapan ikan
    • Pembenihan
    • Ikan hiasan
    • Perkhidmatan sokongan dan input perikanan
  2. Ternakan
    • Ternakan ruminan (Lembu/kambing/kerbau/rusa)
    • Ternakan bukan ruminan selain unggas (Arnab)
    • Ternakan unggas (Ayam/itik/puyuh)
    • Perkhidmatan sokongan dan input makanan
  3. Industri Makanan Dan Asas Tani
    • Produk industri makanan dan asas tani
    • Karavan tani / food truck / mobile food kiosk
  4. Agroteknologi
    • Sistem penanaman pintar (Smart farming)

Syarat-syarat dan jumlah siling kelulusan bagi projek-projek di atas sila rujuk maklumat di bawah;

Syarat Asas Menyertai Program Agropreneur Muda 

Syarat-syarat bagi melayakkan pemohon menyertai PAM adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Individu berumur di antara 18 hingga 40 tahun;
  3. Boleh membaca, mengira dan menulis;

Syarat Tambahan Permohonan Geran

  1. Individu yang baru memulakan projek WAJIB mengikuti kursus/ latihan teknikal yang dianjurkan atau diikitiraf oleh Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian; 
  2. Individu yang telah mempunyai projek sedia ada perlu mendapatkan perakuan dari Jabatan/ Agensi pembimbing bagi DIPERTIMBANGKAN untuk DIKECUALIKAN dari mengikuti kursus/ Latihan teknikal di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian;
  3. Individu yang baru memulakan projek dan berkelulusan Sijil/ Diploma/ Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Institut Latihan di bawah Kementerian berkaitan projek pertanian yang dipohon boleh dipertimbangkan untuk DIKECUALIKAN daripada mengikuti program latihan teknikal.
  4. Individu yang berpendapatan bersih kurang dari RM5,000.00 sebulan layak untuk memohon bantuan GAM; dan melebihi RM5,000.00 bulan disyor untuk memohon pembiayaan di bawah PAM;
  5. Individu yang mempunyai tanah berstatus pertanian atau premis sedia ada untuk pelaksanaan projek (milikan sendiri, sewaan atau diberi kebenaran oleh pemilik).
  6. Pemohon yang memohon GAM digalakkan berdaftar dengan SSM atau Lesen yang berkaitan untuk projek yang dipohon;dan
  7. Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh tiga (3) bulan.

Syarat Tambahan Permohonan Pembiayaan

  1. Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi;
  2. Projek berdaya maju dan sesuai untuk perluasan kapasiti; dan
  3. Pelaksanaan pembiayaan oleh Agrobank dan TEKUN Nasional adalah tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada Agrobank dan TEKUN Nasional yang berkuat kuasa.

Jenis-Jenis Bantuan

Tiga (3) jenis bantuan yang ditawarkan bagi program ini iaitu: 

Geran Agropreneur Muda (GAM)

Geran Agropreneur Muda (GAM) adalah bantuan daripada Kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimakan kos kewangan dalam menjalankan perniagaan.

Geran ini diberi dalam bentuk barangan (nilai maksimum RM 20,000.00 per individu) dan tidak perlu dibayar balik.

Hasil dan impak pemberian geran disasarkan memberi faedah ekonomi kepada penerima geran dan perniagaan untuk jangka masa panjang.

Geran Aropreneur Muda Percuma tanpa bayaran balik

Pembiayaan

Pakej Pembiayaan dengan caj kewangan sebanyak dua peratus (2%) setahun. Skop pembiayaan adalah bagi peluasan projek (Project Expansion) pertanian yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun.

Had pembiayaan mengikut agensi pembiaya adalah seperti berikut:

  • Agrobank – RM 50,000.00 hingga RM 500,000.00 bagi setiap projek 
  • TEKUN Nasional – Sehingga RM 50,000.00 bagi setiap projek

Khidmat Nasihat Teknikal dan Latihan 

Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif yang bersesuaian melalui program-program yang dilaksanakan oleh jabatan/agensi atau syarikat yang dilantik oleh Kementerian berkaitan dengan projek yang dijalankan.

Program khidmat nasihat dan latihan akan diselaraskan di peringkat negeri mengikut jadual berkala yang telah diatur oleh jabatan/agensi di sepanjang tahun.

Proses Permohonan Geran Agropreneur Muda

Untuk makluman, sistem permohonan secara dalam talian Geran Agropreneur Muda (GAM) di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) masih dalam pembangunan dan akan diumumkan setelah sedia untuk digunakan kelak. 

Justeru, buat masa ini proses permohonan GAM masih dilaksanakan menerusi borang fizikal yang boleh didapati daripada laman web MAFS. 

Permohonan Geran hendaklah melengkap dokumen-dokumen berikut;

  1. Permohonan hendaklah menggunakan borang UAM 01/14 yang diisi dengan lengkap berkaitan maklumat pemohon dan perihal projek yang dipohon.
  2. Pemohon perlu menyediakan rancangan perniagaan lengkap dan sijil khusus (Dengan bimbingan Jabatan / Agensi)
  3. Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang UAM 01/14 perlu disertakan anggaran Sebut Harga yang disahkan oleh jabatan/ agensi pembimbing;
  4. Salinan sijil kursus yang dianjurkan oleh Jabatan/Agensi di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian, bagi projek baharu sahaja.
  5. Projek sedia ada yang berkaitan dengan permohonan Geran tidak perlu menghadiri kursus yang dianjurkan Jabatan/Agensi di bawah Kementerian.
  6. Salinan Sijil / Diploma / Ijazah yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Institut Latihan di bawah Kementerian.
  7. Permohonan hendaklah diserahkan di pejabat jabatan/agensi daerah di bawah Kementerian atau negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah atau Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak yang terdekat.

Berikut merupakan carta alir proses permohonan Geran Agropreneur Muda yang disediakan oleh MAFS;

Proses Permohonan Geran Agropreneur Muda

Borang-borang Berkaitan

Peringkat Pendaftaran dan Permohonan (Geran)

Lampiran 1 : Penyediaan Rancangan Perniagaan

Lampiran 2 – Borang Permohonan UAM

Lampiran 3 – Borang Penilaian Permohonan Geran

Lampiran 4 – Borang Permohonan Peluang Kedua

Peringkat Pembekalan

Lampiran 5 – Borang Permohonan Pertukaran Spesifikasi GAM

Lampiran 6 – Borang Permohonan Pelanjutan Tempoh Serahan Dokumen Sebut Harga Bagi GAM

Lampiran 7 – Borang Penilaian Sebut Harga Pembekalan GAM

Lampiran 8 – Borang Permohonan Pelanjutan Tempoh Pembekalan GAM

Lampiran 9 – Borang Permohonan Pembatalan Pembekal GAM

Peringkat Pembayaran

Lampiran 10 – Borang Pembekalan GAM

Lampiran 11 – Surat Aku Janji

Peringkat Pemantauan

Lampiran 12 – Borang Laporan Pemantauan

Lampiran 13 – Borang Kemajuan Prestasi Usahawan

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang info lanjut mengenai program ini, sila layari;

Sumber: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS)

Soalan Lazim (FAQ)

Apa Itu Geran Agropreneuer Muda?

Geran Agropreneur Muda (GAM) adalah bantuan daripada Kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimakan kos kewangan dalam menjalankan perniagaan.

Bilakah permohonan dibuka dan ditutup?

Permohonan di buka sepanjang tahun?

Bagaimanakah cara memohon?

Untuk makluman, sistem permohonan secara dalam talian Geran Agropreneur Muda (GAM) di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) masih dalam pembangunan dan akan diumumkan setelah sedia untuk digunakan kelak. 

Justeru, buat masa ini proses permohonan GAM masih dilaksanakan menerusi borang fizikal yang boleh didapati daripada laman web MAFS.

Berapakah jumlah geran yang diberikan?

Geran ini diberi dalam bentuk barangan (nilai maksimum RM 20,000.00 per individu) dan tidak perlu dibayar balik.

The post Permohonan Geran Agropreneur Muda (GAM) Untuk 18-40 Tahun appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar