Pakej 5G Rahmah: Pelan Data 60GB Dan Telefon Harga RM240

Dalam usaha merapatkan jurang digital serta memastikan rakyat mendapat internet berkualiti pada harga berpatutan, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), bakal menawarkan Pakej 5G RAHMAH dengan harga RM60 sebulan bagi pelan data 60GB.

Ia juga bersempena bulan kebangsaan dan sambutan hari kemerdekaan negara yang disambut pada 31 Ogos ini.

Apakah Pakej 5G Rahmah?

Pakej 5G RAHMAH ialah pakej telefon pintar 5G pelan data (device bundle) dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240.00 beserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60.00 sebulan.

Pakej ini terbuka untuk dilanggan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Apa yang lebih istimewa, golongan B40 yang terawal (100,000 pelanggan terawal) akan menikmati pakej ini dengan harga telefon pintar serendah RM120.00.

[Infografik internet dan 5G untuk Semua

Tawaran Pakej

Pakej ini menawarkan telefon pintar dan pelan data sebagaimana berikut;

  • Telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240
  • Pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60.00 sebulan.
  • Khas untuk 100,000 golongan B40 terawal, harga telefon pintar RM120.00

Bila Boleh Beli / Langgan?

Pakej tersebut akan berada di pasaran bermula pada 31 Ogos 2023.

Tempoh Kontrak Langganan dan Waranti 

Kontrak langganan bagi pelan 5G Rahmah  adalah selama 24 bulan.

Pakej in turut menawarkan tempoh warranty 2 tahun berbanding hanya 1 tahun sebelum ini.

Cara Memohon

Kementerian Komunikasi Digital (KKD) akan memaklumkan mengenai pendaftaran pakej ini dari semasa ke semasa serta syarikat telco yang terlibat menawarkan pakej ini kepada rakyat Malaysia.

Info dan Maklumat Lanjut

Sebarang info terkini dan maklumat lanjut pakej ini, sila rujuk

Siaran Media

PAKEJ 5G RAHMAH DAN INSENTIF POSTPAID RAHMAH PENJAWAT AWAM

Sempena Bulan Kebangsaan, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan keriasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat penedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang terlibat seta dua (2) syarikat pengeluar peranti iaitu Samsung Malaysia dan Honor Malaysia bakal menawarkan Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam. Kedua-duanya merupakan pakej perkhidmatan Internet yang lebih murah berbanding pakej sedia ada di pasaran.

Pakej 5G RAHMAH ialah pakej telefon pintar 5G pelan data (device bundle) dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240.00 berserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60.00 sebulan. Pakej ini terbuka untuk dilanggan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Bagi golongan B40, sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5G RAHMAH dengan harga telefon pintar serendah RM120.00. Pakej tersebut akan berada di pasaran bermula pada 31 Ogos 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan. Pakej in turut menawarkan tempoh waranti 2 tahun berbanding hanya 1 tahun sebelum ini.

Sebagai menghargai penjawat awam, Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam turt diperkenalkan dengan pemberian rebat RM10 sebulan yang akan dinikmati oleh semua penjawat awam di Malaysia. lanya terpakai untuk mana-mana pakej postpaid sedia ada. Ini bermakna, penjawat awam mendapat manfaat penjimatan pakej postpaid sebanyak RM120 setahun. Pakej in juga akan berkuatkuasa bermula 31 Ogos 2023.

Kerajaan Perpaduan serius dalam usaha merapatkan jurang digital serta memastikan rakyat mendapat internet berkualiti pada harga berpatutan. Ini juga selari dengan visi dan kerangka Ekonomi MADANI yang turut memberi fokus kepada inisiatif mengurangkan beban ekonomi rakyat.

Kenyataan Media Pakej 5G Rahmah

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Pakej 5G Rahmah?

Pakej 5G RAHMAH ialah pakej telefon pintar 5G pelan data (device bundle) dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240.00 berserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60.00 sebulan.

Siapakah yang layak untuk pakej ini?

Pakej ini terbuka untuk dilanggan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Apakah tawaran untuk golongan B40?

Bagi golongan B40, sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5G RAHMAH dengan harga telefon pintar serendah RM120.00.

Apakah pelan ini mempunyai kontrak?

Kontrak langganan selama 24 bulan

Berapakah tempoh waranti?

24 Bulan

Bilakah pakej ini mula ditawarkan?

31 Ogos 2023

The post Pakej 5G Rahmah: Pelan Data 60GB Dan Telefon Harga RM240 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar