Senarai Kedai/Pasaraya MyKasih: Tempat Tebus Bantuan SARa

Senarai Kedai / Pasaraya MyKasih Bagi Pembelian atau Menebus Barangan Runcit Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) yang menerima RM600 secara cashless kini boleh menggunakan wang tersebut bagi pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad. 

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu;

  1. Beras, 
  2. Roti, 
  3. Telur, 
  4. Minyak masak, 
  5. Tepung, 
  6. Biskut,
  7. Mi segera, 
  8. Minuman, 
  9. Makanan dalam tin dan
  10.  Bahan perasa

MyKasih mempunyai lebih daripada 600 kedai dan rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Semak Dahulu Kelayakan Sebelum Tebus

Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima RM600 bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa), semakan boleh dibuat di portal MyKasih sebagaimana berikut;

  • Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/  
  • Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
  • Langkah 3 – masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang tertera
  • Langkah 4 – Klik SEMAK STATUS

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula dan program berakhir
Semakan MyKasih Status Kini Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Kedai / Pasaraya MyKasih Kenapa Tiada Di Sabah Sarawak dan Labuan?

Kedai Pasaraya MyKasih Kenapa Tiada Di Sabah Sarawak dan Labuan

Jika anda merujuk senarai kedai dalam portal MyKasih, hanya kedai-kedai di Semenanjung Malaysia sahaja yang tersenarai untuk pembelian.

Kenapa tiada senarai di Sabah, Sarawak dan Labuan?

Untuk makluman, kaedah pelaksanaan SARA di Sabah, Sarawak dan Labuan tidak sama seperti negeri di Semenanjung Malaysia kerana mengambil kira akses rangkaian dan kesukaran penerima yang berada di kawasan pedalaman untuk hadir membuat pembelian.

Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan akan menerima bayaran RM600 sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023.

Senarai Kedah / Pasaraya MyKasih di Semenanjung Malaysia

MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Semakan senarai pasar raya dan kedai runcit MyKasih bagi pembelian atau tuntudan  boleh dibuat melalui pautan berikut: 

>>pautan senarai pasar raya / kedai runcit terlibat<<

  • Klik Negeri > pilih negeri (contoh Selangor)
  • Taip Daerah, Contoh; Puchong
Cara cari kedai MyKasih Di Seluruh Malaysia

Saya telah berpindah / berada di luar kawasan tempat tinggal saya. Adakah saya boleh membuat pembelian di pasar raya dan kedai runcit luar daripada kawasan tempat tinggal saya?

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan;

“Mereka juga dibenarkan membuat urus niaga di kedai berbeza jika barangan keperluan yang mereka perlukan tiada dalam stok.”

Jenis Barangan Yang Boleh Dibeli

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu

  1. Beras, 
  2. Roti, 
  3. Telur, 
  4. Minyak masak, 
  5. Tepung, 
  6. Biskut,
  7. Mi segera, 
  8. Minuman (Contoh: Susu, Milo, Teh, Nescafe)
  9. Makanan dalam tin (Sardin) dan
  10.  Bahan perasa (Contoh: Sos, Kicap Gula, Garam)

Barangan makanan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan makanan asas mengikut kategori adalah seperti berikut;

10 Kategori Makanan yang diluluskan Sumbangan Asas Rahmah

Langkah Membeli Barangan Bantuan Makanan

Kaedah pembelian barangan makanan asas adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Tukar Nombor Pin: Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baru.
  4. Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Anda juga boleh merujuk video panduan berikut untuk rujukan;

Semakan Baki Terkini SARa

Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa.

Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2023 akan luput secara automatik.

Anda boleh buat semakan baki terkini melalui kaedah berikut:

Semakan baki sara melalui resit pembelian

Tarikh dan Kaedah Bayaran Bantuan SARA

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media memaklumkan tarikh pelaksanaan atau bayaran bagi penerima bantuan SARa ini adalah berbeza mengikut negeri masing.

Pelaksanaan SARa dibuat mulai Isnin 17 Julai 2023 bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia, manakala penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 7 Ogos 2023 seperti berikut:

Kedah, Pulau Pinang. Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu

  • Mulai 17 Julai 2023 (ISNIN)
  • Bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai-Disember 2023) secara automatik melalul akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor

  • Mulai 31 Julai 2023 (ISNIN)
  • Bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai-Disember 2023) secara automatik melalul akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

  • Mulai 7 Ogos 2023 (ISNIN)
  • Bayaran RM600 sekall gus pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
Siaran Media Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Info Lanjut dan Pertanyaan

Maklumat lanjut berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) bagi penerima dari negeri semenanjung Malaysia boleh didapati di:
i. Portal Rasmi MyKasih, www.mykasih.com; atau
ii. Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800

Sumber: Portal MyKasih

Soalan Lazim Berkaitan

Adakah pembelian boleh dibuat oleh individu selain penerima SARA?

Tidak. Pembayaran di kaunter adalah menggunakan MyKad penerima dengan nombor pin yang hanya diketahui oleh penerima. Sebarang pembelian yang dibuat oleh individu selain penerima adalah di bawah tanggungjawab penerima itu sendiri.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya MyKad saya rosak / hilang?

Sila hubungi Talian Bantuan MyKasih. Pengecualian pembelian secara manual akan diberikan hanya bagi satu transaksi pembelian. Pembelian seterusnya hanya boleh dibuat menggunakan MyKad baharu anda.

Bilakah SARA akan disalurkan kepada penerima?

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 17 Julai 2023 manakala bayaran seterusnya mulai Ogos 2023 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:

– Julai 2023 – RM100
– Ogos 2023 – RM100
– September 2023 – RM100
– Oktober 2023 – RM100
– November 2023 – RM100
– Disember 2023 – RM100

Di manakah boleh saya membeli barangan makanan asas di bawah program ini?

Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas. MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui pautan berikut: pautan senarai pasar raya / kedai runcit terlibat.

Apakah barangan makanan asas yang boleh saya beli?

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tindan bahan perasa. Barangan makanan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima.

Adakah saya perlu bayar lebihan amaun sekiranya amaun pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad penerima?

Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.

Saya tidak menghabiskan baki elaun tersebut pada bulan semasa, adakah baki elaun tersebut boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya?

Ya. Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2023akan luput secara automatik.

Soalan-soalan lain, sila rujuk;

https://www.mykasih.com.my/site/food-aid-programme/sara/faq-bm/

The post Senarai Kedai/Pasaraya MyKasih: Tempat Tebus Bantuan SARa appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar