Skim Khairat Kematian (SKK) STR 2023: Cara Tuntutan

Selain daripada menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah, Kerajaan menyediakan Skim Khairat Kematian (SKK) kepada waris penerima STR 2023.

Ia bertujuan meringankan beban ahli keluarga yang kematian ketua Keluarga, waris dan seumpamanya.

Skim Khairat Kematian STR ini akan memberi manfaat kepada waris penerima bagi tahun semasa sekiranya penerima tersebut meninggal dunia pada tahun tersebut.

Baca Juga:

Apa itu Skim Khairat Kematian (SKK) STR?

SKK adalah skim yang disediakan oleh kerajaan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah sekiranya berlaku kematian kepada penerima/pasangan STR bagi tahun 2023.

Waris yang layak boleh membuat tuntutan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Pada tahun lalu, di bawah Bantuan Keluarga Malaysia, Kerajaan turut menyediakan SKK BKM ini kepada waris yang layak.

Jumlah Tuntutan

Jumlah SKK yang akan diterima oleh Pemohon / Pasangan / waris sebanyak RM1,000 bagi setiap individu yang layak .

Kelayakan Menerima ​ Skim Khairat Kematian STR​  

SKK layak dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR 2023 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023. 

Bagi pelaksanaan STR 2023, kelayakan SKK adalah bergantung kepada ketetapan seperti berikut: 

Kelayakan Menerima _ Skim Khairat Kematian STR_

Tarikh Kematian dan Tarikh Tuntutan

Bilakah tarikh kematian untuk melayakkan SKK dan bilakah tarikh tuntutan SKK boleh dibuat? 

Pembayaran SKK adalah secara tunai dan boleh dituntut di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia seperti ketetapan berikut: 

Tarikh Kematian Tarikh Tuntutan 
1 Januari 2023 – 31 Disember 2023 Mulai 17 Julai 2023 – 31 Disember 2023 
Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) STR Bermula 17 Julai 2023

Cara Tuntutan & Dokumen Yang Perlu Dibawa

Tuntutan SKK STR boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Dokumen yang perlu dibawa oleh waris yang didaftarkan adalah: 

  1. Sijil Kematian Pemohon / Pasangan; dan
  2. Kad Pengenalan asal Waris; dan
  3. Dokumen pembuktian sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN (Sila Rujuk Soalan 19 (iii) dalam Soalan Lazim https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_MAKLUMAT_WARIS_DAN_SKIM_KHAIRAT_KEMATIAN_(SKK).pdf)

Waris Yang Layak Membuat Tuntutan

Keutamaan tuntutan SKK STR 2023 adalah kepada Pemohon / Pasangan. Turutan keutamaan layak tuntut SKK adalah seperti di bawah:

  1. Pemohon sekiranya pasangan warganegara meninggal dunia
  2. Pasangan yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian B (Maklumat Pasangan)
    Borang Permohonan STR 2023 sekiranya pemohon meninggal dunia; atau
  3. Waris yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian D (Maklumat Waris) pada Borang BK-01 (Borang Permohonan STR 2023) dan mestilah terdiri daripada hubungan (Rujuk soalan 2 ) sekiranya kedua-dua pemohon dan pasangan penerima STR 2023 meninggal dunia.

Waris-waris yang layak membuat tuntutan adalah waris yang didaftarkan semasa Permohonan STR 2023 yang terdiri daripada hubungan seperti berikut;

  1. Pasangan
  2. Ibu
  3. Bapa
  4. Anak;
    • Anak kandung
    • Anak tiri
    • Anak angkat
  5. Adik beradik
  6. Cucu

Sekiranya Pemohon dan Pasangan tidak dapat hadir membuat tuntutan SKK terhad kepada alasan dinyatakan (Rujuk soalan 19 (iii)), dokumen pembuktian tambahan perlu dikemukakan oleh waris berdaftar kepada pihak BSN semasa membuat tuntutan SKK. 

Info Lanjut dan Pertanyaan

Layari laman portal MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/  dan seterusnya klik pada Maklumat Waris dan Skim Khairat Kematian (SKK) untuk info lanjut.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi; 

  • e-Mel – str@treasury.gov.my 
  • Alamat: Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Semoga skim ini dapat meringankan waris akibat kematian ahli keluarga yang tersayang.

Sumber: Laman Portal My STR

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut merupakan beberapa soalan lazim berkaitan Skim Khairat Kematian STR)

Siapakah yang layak menerima Skim Khairat Kematian (SKK)?

SKK layak dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR 2023 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023.

Bilakah tarikh kematian untuk melayakkan SKK dan bilakah tarikh tuntutan SKK boleh dibuat?

Pembayaran SKK adalah secara tunai dan boleh dituntut di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia seperti ketetapan berikut:
Tarikh Kematian – 01 Januari 2023 – 31 Disember 2023
Tarikh Tuntutan – Mulai 17 Julai 2023 – 31 Disember 2023

Berapakah jumlah SKK yang akan diterima?

Jumlah SKK yang akan diterima oleh Pemohon / Pasangan / waris sebanyak RM1,000 bagi setiap individu yang layak

Apakah dokumen yang perlu dibawa oleh waris semasa tuntutan SKK di BSN?

Dokumen yang perlu dibawa oleh waris yang didaftarkan adalah: 
Sijil Kematian Pemohon / Pasangan; dan
Kad Pengenalan asal Waris; dan
Dokumen pembuktian sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN (Sila Rujuk Soalan 19 (iii) dalam Soalan Lazim https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_MAKLUMAT_WARIS_DAN_SKIM_KHAIRAT_KEMATIAN_(SKK).pdf)

Sekiranya status Permohonan STR Tidak Lulus bagi kategori Isi Rumah, tetapi Pemohon / Pasangan menerima bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2. Adakah Pemohon / Pasangan layak SKK?

Layak SKK sekiranya Pemohon / Pasangan adalah warga emas.
Tidak Layak SKK sekiranya Pemohon / Pasangan berumur 59 tahun dan ke bawah.

Bapa saya Tidak Lulus Permohonan STR bagi kategori warga emas tiada pasangan, tetapi telah menerima bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 serta telah meninggal dunia. Adakah bapa saya layak SKK?

Ya. Permohonan berstatus Tidak Lulus Permohonan STR bagi kategori Warga Emas Tiada Pasangan dan telah menerima bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 adalah layak SKK.
 
Tuntutan SKK boleh dibuat oleh waris (Rujuk soalan 2) yang telah didaftar pada Borang Permohonan STR 2023 dengan hadir ke mana-mana Cawangan BSN berserta dengan dokumen yang diperlukan (Rujuk soalan 11)

Soalan-soalan lain yang berkaitan, sila rujuk;

https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_MAKLUMAT_WARIS_DAN_SKIM_KHAIRAT_KEMATIAN_(SKK).pdf

The post Skim Khairat Kematian (SKK) STR 2023: Cara Tuntutan appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar