Lokasi Terkini Menu Rahmah Hidangan Berharga RM5

Lokasi Terkini Menu Rahmah Kasih Sayang, Hidangan Makan Tengahari dan Makan Malam RM5.00

Dalam usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat, Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan Program Menu Rahmah pada harga yang rendah dan berpatutan.

Menurut Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub, lebih 15,000 restoran daripada tujuh persatuan pengusaha makanan dan minuman memberi komitmen mereka untuk menyediakan Menu Rahmah di premis lokasi masing-masing.

Dijangka lebih banyak kedai makan yang akan menyambut inisiatif menu Rahmah ini.

Apa Itu Menu Rahmah?

Inisiatif Menu Rahmah dilancarkan oleh Kerajaan bertujuan memastikan golongan B40 khususnya mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub;

“Menu ini dikhususkan kepada golongan miskin tegar yang memerlukan makanan siap masak pada harga munasabah,” 

Penyediaan Menu Rahmah adalah hidangan seimbang merangkumi nasi, satu pilihan protein iaitu ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan dengan harga berpatutan iaitu RM5.00.

Dengan tawaran harga menu yang sangat berpatutan ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu golongan sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

Setakat ini libat urus telah diadakan antara wakil-wakil persatuan restoran termasuklah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia, Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors General Association (MCSPGA), Bumiputra Retailers Organization (BRO), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), dan Malaysia Retailers Association (MRA).

Menu Rahmah merupakan makan seimbang pada harga RM5
Program Menu Rahmah RM5 Makan Tengahari dan Makan Malam

Menu Rahmah Mydin

MYDIN merupakan antara pengusaha yang memperkenal Menu Rahmah pada harga istimewa  serendah RM4.90 bagi set makanan tengahari dan makan malam di 28 lokasi cawangan pasar raya besar MYDIN termasuk pengendali restoran dan medan selera mereka.

Menu Rahmah yang disediakan setiap hari juga ditukar dengan masakan berbeza membabitkan ayam, ikan dan sayuran dalam usaha memberikan lebih banyak pilihan kepada mereka yang tidak berkemampuan.

Lokasi terkini Mydin yang menawarkan menu ini adalah sebagaimana berikut;

  • Lokasi Menu Rahmah Mydin Semenanjung Malaysia
  • Lokasi Menu Rahmah Mydin Sabah Sarawak

Berikut merupakan hidangan Menu Rahmah di MyDin;

Isnin

  • Nasi putih
  • Ayam masak kicap
  • Kacang panjang goreng
  • Air minuman 500ml

Selasa

  • Nasi putih
  • Ikan kembung goreng
  • Taugeh masak lemak
  • Air minuman 500ml

Rabu

  • Nasi putih 
  • Ayam goreng kunyit
  • Bayam goreng
  • Air minuman 500ml

Khamis

  • Nasi putih
  • Sambal ikan
  • Kubis goreng
  • Air minuman 500ml

Jumaat

  • Nasi putih
  • Kari ayam
  • Taugeh goreng
  • Air minuman 500ml

Sabtu

  • Nasi putih
  • Ikan masak kicap
  • Kangkung goreng belacan
  • Air minuman 500ml

Ahad

  • Nasi putih
  • Ayam sambal
  • Kubis goreng
  • Air minuman 500ml
  • Isnin Menu Rahmah Mydin
  • Selasa Menu Rahmah Mydin
  • Rabu Menu Rahmah Mydin
  • Khamis Menu Rahmah Mydin
  • Jumaat Menu Rahmah Mydin
  • Sabtu Menu Rahmah Mydin
  • Ahad Menu Rahmah Mydin

Menu Rahmah AEON BIG

[Terkini], AEON BiG turut mendukung inisiatif Program Rahmah yang diperkenalkan kerajaan.

AEON BiG juga memperkenalkan pelbagai set Menu Rahmah berserta air mineral yang berharga RM4.95 saja.

Menu ini terdiri daripada;

  • Menu Rahmah Ayam,
  • Menu Rahmah Sotong,
  • Menu Rahmah Ayam Hitam,
  • Menu Rahmah Ayam Lemak,
  • Menu Rahmah Ayam Merah,
  • Menu Rahmah Ikan, dan;
  • Menu Rahmah Ikan Lemak.
  • Menu Rahmah AEON BIG_01
  • Menu Rahmah AEON BIG_02
  • Menu Rahmah AEON BIG_03
  • Menu Rahmah AEON BIG_04

Lokasi Terkini Menu Rahmah

KPDN telah membangunkan portal Menu Rahmah Malaysia Madani bagi memudahkan orang ramai mengetahui lokasi terkini Menu Rahmah yang ditawarkan di seluruh negara melalui pautan berikut;

https://menurahmah.kpdn.gov.my

Portal ini juga membolehkan peniaga makanan yang ingin menawarkan menu Rahmah mendaftar melalui portal yang sama.

  • Portal Orang Awam Menu Rahmah
  • Portal Menu Rahmah untuk Pekedai dan Restoran

Direktori senarai 512 premis makanan di seluruh negara yang menawarkan Menu Rahmah kini boleh dilayari di pautan  bermula jam 5 petang 20 Februari 2023.

Portal ini menyenaraikan maklumat-maklumat berikut;

  • Nama Restoran
  • Alamat
  • Jenis Restoran
  • Tempoh Mula

Info Lanjut

Sebarang pengumuman terkini berkaitan Menu Rahmah, sila ikuti Facebook KPDN Laman Rasmi dan https://menurahmah.kpdn.gov.my

Soalan Lazim (FAQ)

Apa Itu Menu Rahmah?

Inisiatif Menu Rahmah dilancarkan oleh Kerajaan bertujuan memastikan golongan B40 khususnya mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.

Berapa harga hidangan bagi Menu Rahmah?

RM5.00 dan ke bawah.

Di manakah lokasi Menu Rahmah di sediakan

– Mydin
– Restoran atau premis yang ada pelekat/simbol Menu Rahmah
– Lebih 12,500 restoran mamak di seluruh negara sedia menyahut gesaan kerajaan untuk menyediakan Menu Rahmah, bernilai RM5 ke bawah bagi golongan miskin tegar.


The post Lokasi Terkini Menu Rahmah Hidangan Berharga RM5 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar