Penjelasan Pembatalan Penyelarasan Pencen 2% Kepada Pesara 2023
Bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) yang diumumkan kerajaan sebelum ini adalah inisiatif untuk memastikan pencen dan pencen terbitan diterima golongan sasar itu tidak berkurangan.
Keputusan kerajaan memberikan PKKP sebagai satu bentuk bantuan khas itu kepada pesara adalah susulan kepada keputusan mahkamah yang membatalkan penyelarasan kenaikan pencen tahunan sebanyak dua peratus.
Pengarah Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Mohd Shaiful Ibrahim, berkata PKKP adalah satu bentuk pembayaran khas disebabkan perbezaan amaun pencen semasa dengan pencen asal susulan keputusan dibuat mahkamah itu.
Katanya, ia untuk menjadikan amaun diterima pesara pada Julai hingga Disember tahun ini, sama sepertimana amaun pencen semasa yang diterima.
Pada 27 Jun lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan undang-undang pencen yang dipinda sebagai terbatal dan tidak sah, selepas menolak rayuan kerajaan untuk membatalkan keputusan itu.
Mohd Shaiful berkata, susulan keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 itu, pegawai awam yang bersara sebelum 2013, maka bayaran pencennya dikembalikan kepada amaun pencen asal pada Disember 2012.
Soalan-soalan Lazim Pembatalan Penyelarasan Pencen 2% Kepada Pesara
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman portalnya menjelaskan beberapa soalan lazim Keputusan Mahkamah Persekutuan Yang Telah Memutuskan Seksyen 3 Dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] Adalah Bertentangan Dengan Perlembagaan Persekutuan.
Bayaran pencen kepada semua pesara perlu dikembalikan kepada amaun pencen asal iaitu:
(a) pegawai awam yang bersara sebelum 2013 – bayaran pencen dikembalikan kepada amaun Disember 2012; dan
(b) pegawai awam yang bersara mulai 2013 – bayaran pencen dikembalikan kepada amaun asal semasa bersara
Tidak perlu. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Kerajaan tidak boleh mengutip balik penyelarasan pencen tahunan sebanyak 2% yang telah dibayar sebelum ini.
PKKP adalah inisiatif Kerajaan untuk mengharmonikan pelaksanaan keputusan Mahkamah Persekutuan dengan memelihara kebajikan pesara.
PKKP merupakan pembayaran perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal bagi menjadikan amaun yang diterima oleh pesara setiap bulan, sama seperti amaun pencen semasa.
Sebagai contoh, sekiranya amaun pencen asal pesara pada bulan Disember 2012 ialah sebanyak RM1,413.49, manakala amaun pencen bulan Jun 2023 ialah sebanyak RM1,757.43, pengiraan PKKP adalah seperti berikut:
Amaun pencen asal + bantuan khas PKKP = amaun semasa
= RM1,413.49 + RM343.94 = RM1,757.43

Bayaran akan dibuat bermula pada bulan Julai 2023 hingga Disember 2023.
Tidak, walau bagaimanapun, perkara ini akan dikaji bersekali dengan cadangan sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri.
Penyelarasan pencen akan dibuat selaras dengan pelaksanaan semakan gaji pegawai Perkhidmatan Awam.
Kerajaan sedang dalam tindakan menyediakan cadangan semakan semula gaji pegawai Perkhidmatan Awam. Walau bagaimanapun, sebarang pertimbangan terhadap syor semakan gaji adalah tertakluk kepada kemampuan kewangan Negara.
Kenyataan Media YAB Perdana Menteri
Muat Turun :
1. Soalan Lazim
2. Infografik
Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
The post Pembatalan Penyelarasan Pencen 2% Kepada Pesara appeared first on Info Terkini Bantuan.