Bantuan Kredit e-Tunai RM100: Untuk Golongan B40 dan M40

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menawarkan bantuan kredit e-Tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Pengumuman ini dibuat ketika Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara pada 27 Julai 2023.

Perdana Menteri menyatakan inisiatif ini membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas (dewasa), merangkumi golongan B40 dan M40.

Katanya, inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.

Apa Itu Bantuan Kredit e-Tunai RM100?

Bantuan Kredit e-Tunai RM100 adalah inisiatif terbaharu yang diumumkan Kerajaan Perpaduan untuk golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan bantuan e-wallet “e-Tunai Belia Rahmah” berjumlah RM200 untuk  golongan belia dan mahasiswa bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Bantuan ini tidak diberikan secara cash, namun diberikan secara kredit ewallet melalui  beberapa penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka yang akan diumumkan kelak.

Syarat Kelayakan

Buat masa ini syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berumur 21 tahun ke atas
  3. Berpendapatan RM100,000 ke bawah

Syarat-syarat lain akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Jumlah Kredit Bantuan e-Wallet

Jumlah kredit bantuan sebagaimana yang diumumkan adalah RM100. 

Bantuan ini tidak diberikan secara cash, namun diberikan dalam bentuk kredit e wallet.

Penyedia Perkhidmatan

Memandangkan bantuan ini baru sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri, tiada lagi pengumuman penyedia perkhidmatan yang akan melaksanakan program ini.

Namun begitu berdasarkan kepada Bantuan e-Tunai Belia Rahmah sebelum ini tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat adalah;

  1. Boost,
  2. Setel dan
  3. Touch ‘n Go Wallet.

Pun begitu, beberapa penyedia perkhidmatan e-dompet yang lain seperti GrabPay, ShoppeyPay, BigPay mungkin juga terlibat sekiranya pengumuman rasmi diumumkan kelak selepas ini.

Tarikh Pelaksanaan

Tarikh tuntutan Bantuan Kredit e-Tunai RM100 akan diumumkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Manfaat e-Tunai RM100

Bantuan e-Tunai RM100 memberikan peluang kepada golongan B40 dan M40 untuk membiasakan diri dengan penggunaan e-wallet dan ekonomi digital. Selain itu, program ini juga dapat membantu raktat mengurangkan penggunaan wang tunai dan mempromosikan pembayaran tanpa sentuhan.

Melalui program ini, belia juga dapat membeli barangan atau perkhidmatan secara dalam talian dengan lebih mudah dan cepat. Ini dapat membantu meningkatkan daya saing belia dalam era ekonomi digital.

Kelebihan Penggunaan e-Wallet

Penggunaan e-wallet semakin popular di kalangan pengguna dalam talian hari ini. Kelebihan utama penggunaan e-wallet adalah kemudahan dan kecepatan dalam membuat pembayaran. Selain itu, pengguna e-wallet juga boleh menikmati tawaran dan diskaun khas yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan e-wallet.

Penggunaan e-wallet juga membantu dalam mengurangkan penggunaan wang tunai dan mempromosikan pembayaran tanpa sentuhan. Ini amat penting pada masa kini di mana era digitalisasi semakin berkembang di Malaysia di mana pembayaran dibuat secara cepat dan pantas.

Langkah Memilih E-Wallet Yang Sesuai

Sebelum memilih e-wallet yang sesuai, pengguna perlu mempertimbangkan beberapa faktor seperti jenis perkhidmatan, jenis pembayaran, dan ketersediaan e-wallet di pasaran. 

Ada beberapa penyedia perkhidmatan e-wallet yang popular seperti Boost, GrabPay, Touch ‘n Go e-wallet, BigPay, ShopeePay, MAE,  AliPay, WeChat Pay dan lain-lain lagi.

Setiap penyedia perkhidmatan menawarkan kelebihan masing-masing seperti mata ganjaran, diskaun, baucar dan lain-lain.

Info dan Maklumat Lanjut

Info dan maklumat lanjut inisiatif ini akan diumumkan melalui;

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut adalah beberapa soalan lazim mengenai pengumuman bantuan e-tunai RM100 yang diumumkan oleh Perdana Menteri;

Apakah inisiatif terbaharu bantuan ewallet yang diumumkan Kerajaan?

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menawarkan bantuan kredit e-Tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Apakah syarat kelayakan?

a) Warganegara Malaysia; dan
b) Berumur 21 tahun ke atas
c) Berpendapatan RM100,000 ke bawah

Bilakah tarikh bayaran Bantuan e-Tunai RM100

Akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Apakah syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat?

Akan diumumkan selepas ini

The post Bantuan Kredit e-Tunai RM100: Untuk Golongan B40 dan M40 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar