Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah akan diadakan serentak dengan 5 negeri lain iaitu Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu.
Bagi negeri-negeri lain selain di atas, tiada PRN 2023 kerana telah diadakan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri pada tahun lalu bersekali dengan PRU 15 dan juga PRN Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak yang diadakan secara berasingan sebelum ini.
Lihat juga;
Tarikh-Tarikh Penting PRN Kedah 2023
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada 5 Julai lalu mengumumkan tarikh-tarikh penting sempena Pilihanraya Negeri Kedah dan lima negeri-negeri yang lain.
Tarikh penting Pilihan Raya Negeri PRN Kedah 2023 adalah sebagaimana berikut:
- Penamaan Calon : 29 Julai 2023
- Mengundi Awal : 8 Ogos 2023
- Hari Mengundi : 12 Ogos 2023

Semak Maklumat Tempat Undi Anda Di Kedah
Semakan maklumat Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah 2023 boleh dilakukan dengan dua kaedah;
- Aplikasi telefon pintar MySPR Semak
- Portal MySPR Semak
Cara Semakan melalui Portal MySPR Semak
Berikut adalah cara semakan melalui portal MySPR Semak untuk daftar pemilih Negeri Kedah dan lain-lain negeri;
- Layari laman portal https://mysprsemak.spr.gov.my/
- Klik pada pilihan SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
- Sila masukkan No. Kad Pengenalan (cth: 98xxxxxxxxxx) / No. Perkhidmatan Tentera (cth: Txxxxx) / No. Perkhidmatan Polis (cth: RFxxxxx/RFSxxxxx/Gxxxxx). (Tanpa “-” atau jarak)
- Masukkan aksara captcha (4 angka)
- Semakan maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran anda akan memaparkan maklumat berikut;
- Maklumat peribadi pemilih seperti nama penuh, no kad pengenalan, tarikh lahir dan jantina;
- Maklumat pengundian seperti pusat mengundi, saluran, bilangan, masa mengundi yang digalakkan dan hari mengundi
- Daftar pemilih yang disahkan seperti lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan negeri.


* Sila catat nombor Saluran serta nombor Bilangan dan bawa ke Pusat Mengundi
Keputusan PRU-14 (2018) DUN Kedah
DUN Kedah mempunyai 36 kerusi.
Dengan mengambil kira kedudukan terkini DUN Kedah setelah Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan pada 17 Mei 2020, keputusannya adalah sebagaimana berikut;
- PN – 20 Kerusi (PAS – 14, BERSATU – 6)
- PH – 10 Kerusi (PKR – 5, AMANAH – 3, DAP -2)
- BN – 2 Kerusi
- PEJUANG – 2
- Kerusi kosong – 2
Dua kerusi kosong disebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri Gurun daripada PKR, Tan Sri Johari Abdul yang mengosongkan kerusinya pada 18 Dis tahun lepas dan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, manakala ADUN Belantek, Datuk Mohd Isa Shafie pula meninggal dunia 14 Jun lepas.
Senarai DUN Negeri KEDAH

- N.01: AYER HANGAT
- N.02: KUAH
- N.03: KOTA SIPUTEH
- N.04: AYER HITAM
- N.05: BUKIT KAYU HITAM
- N.06: JITRA
- N.07: KUALA NERANG
- N.08: PEDU
- N.09: BUKIT LADA
- N.10: BUKIT PINANG
- N.11: DERGA
- N.12: SUKA MENANTI
- N.13: KOTA DARUL AMAN
- N.14: ALOR MENGKUDU
- N.15: ANAK BUKIT
- N.16: KUBANG ROTAN
- N.17: PENGKALAN KUNDOR
- N.18: TOKAI
- N.19: SUNGAI TIANG
- N.20: SUNGAI LIMAU
- N.21: GUAR CHEMPEDAK
- N.22: GURUN
- N.23: BELANTEK
- N.24: JENERI
- N.25: BUKIT SELAMBAU
- N.26: TANJONG DAWAI
- N.27: PANTAI MERDEKA
- N.28: BAKAR ARANG
- N.29: SIDAM
- N.30: BAYU
- N.31: KUPANG
- N.32: KUALA KETIL
- N.33: MERBAU PULAS
- N.34: LUNAS
- N.35: KULIM
- N.36: BANDAR BAHARU
Senarai Calon-calon PRN Kedah 2023
Untuk makluman, senarai calon rasmi bagi calon-calon PRN Kedah akan dibuat setelah pengumuman rasmi oleh SPR setelah selesainya proses pada Hari Penamaan Calon pada 29 Julai 2023 (Sabtu).
Namun begitu, beberapa parti politik seperti PH, PN dan BN sudah pun mengumumkan senarai calon masing-masing yang akan dinamakan sebagai calon parti ketika Hari Penamaan Calon 29 Julai ini.
Calon Daripada Perikatan Nasional (PN) – PAS, BERSATU & GERAKAN
Senarai 36 calon Perikatan Nasional (PN) Kedah yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diumumkan pada Rabu 26 Julai 2023.
Pengumuman calon bagi semua Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dijangka berlangsung di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut jam 8.30 malam
Calon Daripada Parti Amanah Negara
BIKOM Amanah Kedah melalui Facebooknya menyenaraikan 9 calon dari Parti Amanah Negara yang bakal bertanding di Kedah dalam Pilihanraya Negeri kali ini;
- N07 Kota Siputeh: Dr Salmi Said
- N07 Kuala Nerang: Ridhuan Abu Bakar
- N14 Alor Mengkudu: Mahfuz Omar
- N16 Kubang Rotan: Mohd Asmirul Anuar Aris
- N17 Pengkalan Kundur: Dr Ismail Saleh
- N18 Tokai: Zainul Abidin Saad
- N20 Sungai Limau: Siti Balqis Husain
- N23 Belantik:Mazli Saipi
- N31 Kupang: Mohd Shuhaime Hamzah.
Calon Daripada DAP
Democratic Action Party (DAP) meletakkan 2 calon penyandang mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri kali ini di Kedah;
- N11 Derga – Tan Kok Yew
- N13 Kota Darulaman – Teh Swee Leong
Calon Daripada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)
Barisan Nasional dan Pakatan Harapan Kedah akan memperkenalkan calon dan melancarkan manifesto mereka pada Khamis 27 Julai 2023 sebagai tawaran kepada rakyat Kedah menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang.
Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata majlis memperkenalkan calon dan manifesto itu akan diadakan di kawasan parkir Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani pada 9 malam Khamis ini.
Soalan Lazim Berkaitan PRN Kedah
12 Ogos 2023 (Sabtu)
Kedudukan terkini DUN Kedah sebelum ini;
– PN – 20 Kerusi (PAS – 14, BERSATU -6)
– PH – 10 Kerusi (PKR – 5, AMANAH – 3, DAP -2)
– BN – 2 Kerusi
– PEJUANG – 2
– Kerusi kosong – 2
DUN Kedah mempunyai 36 kerusi.
The post PRN Kedah 2023: Senarai Calon Bertanding Di Semua 36 DUN appeared first on Info Terkini Bantuan.