Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara 2023

Sebagai penghargaan kepada penjawat awam, Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan Pejawat Awam dan Pesara.

Pengumuman ini dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara pada 27 Julai 2023.

Melalui Bantuan khas ini, ia akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak serta lebih sejuta pesara.

Inisiatif Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara

Kerajaan terus komited untuk menyelaraskan gaji penjawat awam melihat kepada kemampuan kewangan kerajaan. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, sementara kajian gaji dan elaun penjawat awam diperincikan, kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah.

Manakala RM200 akan diberikan kepada pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

“Saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan supaya meluluskan dan menyalurkan bantuan ini dalam tempoh dua minggu dari sekarang”.

Bantuan khas itu akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak serta lebih sejuta pesara.

Beliau berharap dengan pemberian permulaan itu, penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan Ekonomi MADANI, memberi perkhidmatan terbaik sekali gus membantu ruang fiskal kerajaan agar hasrat untuk merealisasikan gaji baharu perkhidmatan awam menjadi kenyataan.

Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara

Tarikh Pemberian Bantuan 

Perdana Menteri memaklumkan penyaluran bantuan ini dalam tempoh 2 minggu.

“Saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan supaya meluluskan dan menyalurkan bantuan ini dalam tempoh dua minggu dari sekarang”.

Ini bermaksud penjawat awam dan pesara yang layak akan menerima Bantuan Khas Penghargaan ini sebelum 10 Ogos 2023.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan akan diterima adalah sebagaimana berikut;

  1. RM300 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak. 
  2. RM200 kepada pesara Kerajaan (pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), veteran berpencen serta veteran tidak berpencen)

Kaedah Pelaksanaan

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam masa terdekat akan mengeluarkan surat edaran bagi memaklumkan kaedah pelaksanaan Bantuan Khas Penjawat Awam & Pesara bagi tahun 2023 yang meliputi mereka yang layak dibayar dan yang tidak layak dibayar.

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk info terkini Bantuan Khas Penjawat Awam & Pesara, sila layari;

  1. Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam
  2. Facebook Kementerian Kewangan
  3. https://budget.mof.gov.my/manfaat/ 

Untuk makluman, kerajaan turut mengumumkan bantuan kredit e-Tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Perdana Menteri menyatakan inisiatif ini membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas (dewasa), merangkumi golongan B40 dan M40.

Katanya, inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.

Info lanjut sila lihat artikel di bawah;

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah inisiatif Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara?


Kerajaan sediakan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah, RM200 kepada pesara kerajaan.

Lebih 2.3 juta penjawat awam termasuk pesara dapat manfaat darupada Bantuan Khas Penghargaan yang akan dibayar dalam tempoh dua minggu.

Kerajaan terus komited untuk menyelaraskan gaji penjawat awam melihat kepada kemampuan kewangan kerajaan. 

Berapakah jumlah bantuan yang disalurkan?

RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah;
RM200 kepada , RM200 kepada pesara kerajaan.

Bilakah tarikh bayaran bantuan ini disalurkan

Akan dibayar dalam tempoh dua minggu.

Siapakah penjawat awam yang layak di bayar dan yang tidak layak di bayar?

Akan dimaklumkan selepas ini oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

The post Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara 2023 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar