Tarikh & Jadual Pembayaran STR Fasa 3 Melalui CIMB Bank

Ini merupakan beberapa info mengenai pembayaran STR Fasa 3 melalui kredit akaun ke dalam akaun CIMB Bak.

Sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, pembayaran STR Fasa 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023 bagi meringankan beban kewangan rakyat.

Dengan peruntukan lebih RM2 bilion, para penerima akan mendapat bayaran antara RM100 sehingga RM1,300 mengikut kriteria kelayakan masing-masing. 

Pembayaran akan dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima mulai 26 Jun – 5 Julai 2023, manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia mulai 26 Jun 2023.

Tarikh Pembayaran

Tarikh Bayaran Sumbangan TUnai Rahmah (STR) Fasa 3
Sumber: Kementerian Kewangan (MOF)

Untuk fasa 3, tarikh pembayaran secara rasminya adalah secara berperingkat mulai 26 Jun 2023 (Isnin).

Namun begitu, beberapa netizen di Facebook mendakwa ada yang sudah menerima bayaran awal terutamanya penerima STR  mendaftar akaun CIMB Bank dalam permohonan bantuan mereka.

Tahniah! CIMB telah mendahului carta FASA 3, BSN juara bertahan akhirnya tewas!

Semak Dahulu Status Kelulusan

Semakan status kelulusan boleh dibuat melalui;

  1. Layari laman sesawang https://bantuantunai.hasil.gov.my   atau
  2. Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hotline STR melalui talian 1800-88-2747

Sekiranya anda membuat semakan melalui online di portal MySTR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Klik Maklumat Bayaran

Sekiranya layak STR fasa 3, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;

  1. Tarikh Kredit
  2. No.Pengenalan Akaun Dikredit
  3. Nama Fasa
  4. Jumlah Dikredit
  5. Status Kredit
  6. Nama Bank
  7. No Akaun
  8. Kod Tidak Berjaya
  9. Tarikh Tunai

CIMB Dah Masuk?

Walaupun secara rasminya pembayaran STR Fasa 3 bermula 26 Jun 2023, namun ada beberapa rakan netizen di Facebook memaklumkan sudah menerima bayaran CIMB pada 23 Jun 2023 iaitu hari Jumaat.

Cimb dah masuk STR Fasa 3 (Nur Atika Hamran)
Cimb dah masuk STR Fasa 3 (Ikin Najihah)
Cimb dah masuk Fasa 3 Kategori Bujang (Mohd Aiman)

Untuk makluman, pembayaran STR fasa 3 melalui pengkreditan ke dalam akaun CIMB dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada pihak CIMB.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet CIMB Clicks atau Mesin Teler Automatik (ATM) CIMB Bank.

Semakan secara perbankan melalui CIMB Click boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;

https://www.cimbclicks.com.my/

Kenapa  Duit STR Belum Masuk?

Dengan lebih 8 juta penerima dan pembayaran berjumlah lebih RM2 bilion, sudah pasti ia akan mengambil sedikit masa sebelum dikreditkan ke dalam akaun masing-masing. 

Jadi kalau belum masuk lagi pada pada hari ini, jangan risau kerana bayaran dibuat secara berperingkat. Ini kerana jumlah yang besar dan bilangan penerima yang ramai ini memerlukan sedikit masa pembayaran.

Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing.

Berapa Saya Dapat Untuk STR Fasa 3?

Untuk fasa 3, terdapat 2 kategori penerima iaitu;

  1. Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 (Penerima lama)
  2. Penerima bagi Permohonan Baharu STR / Bukan Penerima Fasa 1 dan Fasa 2

Jumlah Bayaran Bagi Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 (Penerima Lama)

Bagi penerima sedia ada iaitu penerima bayaran STR fasa 1 dan fasa 2, jumlah bayaran adalah sebagaimana berikut

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM300
  2. Bil anak 1-2 – RM400
  3. Bil anak 3-4 – RM600
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM800

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – Tiada Bayaran
  2. Bil anak 1-2 – RM150
  3. Bil anak 3-4 – RM200
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM250

Warga emas berumur lebih 60 tahun tiada pasangan dengan pendapatan bawah RM5,000

  • RM200

Bujang berumur 21-59 tahun pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • RM150

* Untuk makluman bagi kategori bujang, fasa 3 merupakan pembayaran terakhir bagi golongan ini kerana untuk fasa 4 tiada lagi bayaran bagi kategori bujang.

Untuk lebih detail, sila lihat jadual terkini bayaran yang dikeluarkan oleh LHDNM;

Jumlah STR Fasa 3 Bagi Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2

Jumlah Bayaran Bagi Penerima Permohonan Baharu STR / Bukan Penerima Fasa 1 dan Fasa 2

Bagi penerima permohonan baharu STR (bukan penerima fasa 1 dan fasa 2), jumlah bayaran adalah sebagaimana berikut;

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM600
  2. Bil anak 1-2 – RM900
  3. Bil anak 3-4 – RM1,100
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM1,300

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – RM300
  2. Bil anak 1-2 – RM450
  3. Bil anak 3-4 – RM600
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM750

 Warga emas berumur lebih 60 tahun tiada pasangan dengan pendapatan bawah RM5,000

  • RM300

Bujang berumur 21-59 tahun pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • RM150

Berbanding penerima sedia ada, penerima bujang bagi permohonan baharu STR masih mempunyai baki RM200 yang akan diterima pada fasa 4 nanti. Ini kerana, sebelum ini penerima permohonan baru tidak dapat untuk fasa 1 dan fasa 2.

Untuk lebih detail, sila lihat jadual terkini bayaran yang dikeluarkan oleh LHDNM;

Jumlah STR Fasa 3 Bagi Permohonan Baharu STR Yang Lulus

Cara Bayaran

Pembayaran akan buat secara berperingkat.

Bagi isi rumah, warga emas tiada pasangan dan individu bujang yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing secara rasminya mulai 26 Jun  2023.

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama. Penerima STR yang tada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BS) mulai 26 Jun 2023.

Notis BSN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3

Penerima STR Layak Skim Perubatan Madani

Skim Perubatan Madani Percuma

[Terkini] Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI.

Tempoh Manfaat

Program ini dilaksanakan mulai 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Siapa Yang Layak?

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
  • Kelayakan adalah secara automatik.
  • Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.

Jumlah Manfaat Kelayakan

Tiga (3) kategori jumlah manfaat kelayakan untuk Skim Perubatan MADANI ialah (sehingga Disember 2023.) : 

  1. Isi Rumah Berkeluarga – RM250 
  2. Warga Emas (tanpa pasangan) – RM125 
  3. Bujang – RM75 

Had manfaat Skim Perubatan MADANI akan berkurang selepas setiap lawatan mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman web mereka.

Semakan Kelayakan

Semakan kelayakan boleh dilakukan melalui laman web berikut; http://www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani

Kelayakan adalah secara AUTOMATIK sewaktu lawatan ke Klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim ini. 

Info lanjut mengenai Skim Perubatan Madani, sila lihat;
https://bantuanrakyat.my/skim-perubatan-madani/ 

FAQ (Soalan Lazim) Jadual Bayaran STR Fasa 3

STR Masuk Bila Untuk Fasa 3?

Mulai 26 Jun 2023 (Isnin) secara berperingkat.

STR Fasa 3 Bank CIMB Bila Masuk Akaun?

Ada yang sudah masuk pada Jumaat 23 Jun. Yang belum dapat harap bersabar kerana disalurkan secara berperingkat.

Berapa Dapat Untuk STR Fasa 3 (JUN)?

Antara RM100 hingga RM1300 mengikut kategori penerima

Bagaimana cara semakan secara online?

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

The post Tarikh & Jadual Pembayaran STR Fasa 3 Melalui CIMB Bank appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar