Tarikh & Jadual Pembayaran STR Fasa 3 Melalui Maybank

Ini merupakan beberapa info mengenai pembayaran STR Fasa 3 melalui kredit akaun ke dalam akaun Maybank.

Sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, pembayaran STR Fasa 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023 bagi meringankan beban kewangan rakyat.

Dengan peruntukan lebih RM2 bilion, para penerima akan mendapat bayaran daripada RM100 sehingga RM1,300 mengikut kriteria kelayakan masing-masing. 

Pembayaran akan dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima mulai 26 Jun – 5 Julai 2023, manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia mulai 26 Jun 2023.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran STR fasa 3 mulai 26 Jun 2023 secara berperingkat
Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Untuk fasa 3, tarikh pembayaran secara rasminya adalah secara berperingkat mulai 26 Jun 2023 (Isnin).

Namun begitu, beberapa netizen di Facebook mendakwa ada yang sudah menerima bayaran awal terutamanya penerima STR  mendaftar akaun MAYBANK dalam permohonan bantuan mereka.

Semakan Dahulu Status Kelayakan

Semakan status kelulusan boleh dibuat melalui;

  1. Layari laman sesawang https://bantuantunai.hasil.gov.my   atau
  2. Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hotline STR melalui talian 1800-88-2747

Sekiranya anda membuat semakan melalui online di portal MySTR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Klik Maklumat Bayaran

Sekiranya layak STR fasa 3, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;

  1. Tarikh Kredit
  2. No.Pengenalan Akaun Dikredit
  3. Nama Fasa
  4. Jumlah Dikredit
  5. Status Kredit
  6. Nama Bank
  7. No Akaun
  8. Kod Tidak Berjaya
  9. Tarikh Tunai

Maybank Dah Masuk?

Walaupun secara rasminya pembayaran STR Fasa 3 bermula 26 Jun 2023, namun ada beberapa rakan netizen di Facebook memaklumkan sudah menerima bayaran Maybank pada 23 Jun 2023 iaitu hari Jumaat.

Maybank Dah Masuk STR Fasa 3 (Shazleena Caa)
Maybank Dah Masuk Kategori Isi Rumah
STR bujang maybank dh masuk (Nrl Nabiila Ali )

Untuk makluman, pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun Maybank dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada pihak Maybank.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet Maybank2u atau Mesin Teler Automatik (ATM) Maybank.

Semakan secara perbankan melalui Maybank Click boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;

https://www.maybank2u.com.my/

Kenapa  Duit STR Belum Masuk?

Dengan lebih  8 juta penerima dan pembayaran berjumlah lebih RM2 bilion, sudah pasti ia akan mengambil sedikit masa sebelum dikreditkan ke dalam akaun masing-masing. 

Jadi kalau belum masuk lagi pada pada hari ini, jangan risau kerana bayaran dibuat secara berperingkat. Ini kerana jumlah yang besar dan bilangan penerima yang ramai ini memerlukan sedikit masa pembayaran.

Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing.

Berapa Saya Dapat Untuk STR Fasa 3?

Untuk fasa 3, terdapat 2 kategori penerima iaitu;

  1. Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2
  2. Penerima bagi Permohonan Baharu STR / Bukan Penerima Fasa 1 dan Fasa 2

Jumlah Bayaran Bagi Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 (Penerima Lama)

Bagi penerima sedia ada iaitu penerima bayaran STR fasa 1 dan fasa 2, jumlah bayaran adalah sebagaimana berikut

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM300
  2. Bil anak 1-2 – RM400
  3. Bil anak 3-4 – RM600
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM800

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – Tiada Bayaran
  2. Bil anak 1-2 – RM150
  3. Bil anak 3-4 – RM200
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM250

Warga emas berumur lebih 60 tahun tiada pasangan dengan pendapatan bawah RM5,000

  • RM200

Bujang berumur 21-59 tahun pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • RM150

* Untuk makluman bagi kategori bujang, fasa 3 merupakan pembayaran terakhir bagi golongan ini kerana untuk fasa 4 tiada lagi bayaran bagi kategori bujang.

Untuk lebih detail, sila lihat jadual terkini bayaran yang dikeluarkan oleh LHDNM;

Jumlah STR Fasa 3 Bagi Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2

Jumlah Bayaran Bagi Penerima Permohonan Baharu STR / Bukan Penerima Fasa 1 dan Fasa 2

Bagi penerima permohonan baharu STR (bukan penerima fasa 1 dan fasa 2), jumlah bayaran adalah sebagaimana berikut;

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM600
  2. Bil anak 1-2 – RM900
  3. Bil anak 3-4 – RM1,100
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM1,300

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – RM300
  2. Bil anak 1-2 – RM450
  3. Bil anak 3-4 – RM600
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM750

 Warga emas berumur lebih 60 tahun tiada pasangan dengan pendapatan bawah RM5,000

  • RM300

Bujang berumur 21-59 tahun pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • RM150

Berbanding penerima sedia ada, penerima bujang bagi permohonan baharu STR masih mempunyai baki RM200 yang akan diterima pada fasa 4 nanti. Ini kerana, sebelum ini penerima permohonan baru tidak dapat untuk fasa 1 dan fasa 2.

Untuk lebih detail, sila lihat jadual terkini bayaran yang dikeluarkan oleh LHDNM;

Jumlah STR Fasa 3 Bagi Permohonan Baharu STR Yang Lulus

Cara Bayaran

Pembayaran akan buat secara berperingkat.

Bagi isi rumah, warga emas tiada pasangan dan individu bujang yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing secara rasminya mulai 26 Jun  2023.

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama. Penerima STR yang tada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BS) mulai 26 Jun 2023.

Notis BSN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3

Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia

Siaran Media STR Fasa 3

FAQ (Soalan Lazim) Jadual Bayaran STR Fasa 3

STR Masuk Bila Untuk Fasa 3?

Mulai 26 Jun 2023 (Isnin) secara berperingkat

Maybank Bila Masuk Akaun?

Ada yang sudah masuk pada Jumaat 23 Jun. Yang belum dapat harap bersabar kerana disalurkan secara berperingkat.

Berapa Dapat Untuk STR Fasa 3 (JUN)?

RM100 hingga RM1300 mengikut kategori penerima

Bagaimana cara semakan?

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

The post Tarikh & Jadual Pembayaran STR Fasa 3 Melalui Maybank appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar