Semakan Kelayakan eBelia Rahmah: Bantuan eWallet RM200

Semakan Kelayakan eBelia Rahmah: Umur 18 hingga 20 tahun & Pelajar Sepenuh Masa

Kerajaan memperuntukkan RM400 juta bagi program eBelia Rahmah di bawah Belanjawan 2023 yang akan memanfaatkan seramai 2 juta belia yang layak.

“Selain bertujuan untuk terus memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia, ini juga sedikit sebanyak meringankan beban kewangan mereka. Tambahan lagi, ini juga merupakan peningkatan tawaran kredit e-tunai berbanding RM150 tahun lalu,” kata YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Belia warganegara Malaysia yang layak, boleh mula mendaftar untuk menerima RM200 dalam bentuk kredit e-tunai secara ‘one-off’ dengan salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go Wallet.

Apa itu eBelia Rahmah?

Apa itu eBelia Rahmah?

Program eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan.

Program ini bertujuan untuk terus menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai selain meringankan beban kewangan belia.

Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta belia Malaysia melalui tawaran kredit eBeliaRahmah bernilai RM200 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun atau mata ganjaran (rewards points).

Tempoh Claim eBelia Rahmah RM200

Permohonan kredit eBeliaRahmah hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, bermula pada 8.00 pagi, 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam, 22 Ogos 2023.

Tarikh luput

Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Ogos 2023

Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eBeliaRahmah yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.

Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.

Syarat Permohonan

Syarat Kelayakan eBeliaRahmah

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005); ATAU
  3. Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023 di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut:
    1. Kementerian Pendidikan Tinggi, 
    2. Kementerian Pendidikan, 
    3. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, 
    4. Kementerian Pertahanan, 
    5. Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, 
    6. Kementerian Belia dan Sukan, 
    7. Kementerian Sumber Manusia, 
    8. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (“JAKIM”) dan 
    9. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (atau dirujuk sebagai “Kementerian Pengawal”), tanpa had umur.

Semakan Kelayakan eBelia Rahmah

Syarikat penyedia perkhidmatan Touch ‘n Go Wallet telah mewujudkan laman portal bagi memudahkan untuk membuat semakan kelayakan eBelia Rahmah ini melalui laman web berikut;

https://www.touchngo.com.my/ebelia-rahmah/eligibility/

Mereka yang berumur 18 ke 20 tahun boleh memasukkan tarikh lahir masing-masing dalam laman portal tersebut.

Sekiranya layak melalui semakan ebelia Rahmah tersebut, ia akan memaparkan sebagaimana berikut;

Semakan eBelia Rahmah

Bagi pelajar sepenuh masa dari IPTA dan IPTS yang berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 1 Januari 2023 dan tamat pengajian pada tahun 2023 adalah layak menerima kredit eBeliaRahmah, termasuk yang berumur lebih daripada 20 tahun.

Anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda setelah anda membuat permohonan di halaman eBeliaRahmah dalam aplikasi e-dompet tersebut.

Sekiranya anda memenuhi kelayakan eBelia Rahmah dan telah melalui proses verifikasi eKYC, anda akan menerima RM200 secara one-off ke dalam e-dompet pilihan anda dalam masa 3 hari dari tarikh permohonan.

Cara Claim eBelia Rahmah RM200

Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

Penebusan kredit e-Tunai Belia Rahmah boleh dibuat dengan memuat turun salah satu platform e-dompet berikut dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery :

  1. Boost
  2. Setel
  3. Touch ‘n Go eWallet

Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.

Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.

Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC).

Langkah 4: Di aplikasi e-dompet pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada halaman tuntutan eBeliaRahmah dan tekan “Hantar”.

Langkah 5: Anda akan dimaklumkan mengenai status tuntutan anda dalam masa 3 hari.Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBeliaRahmah.

Apakah yang boleh saya beli menggunakan kredit eBeliaRahmah RM200?

Anda boleh menggunakan kredit RM200 eBeliaRahmah untuk sebarang transaksi secara fizikal di lebih 1.7 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:

  • pemindahan “peer-to-peer”;
  • penebusan tunai;
  • bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  • aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan
  • transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Siaran Media Berkenaan eBelia Rahmah Oleh Kementerian Kewangan Malaysia

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk maklumat terperinci, sila rujuk kepada Soalan Lazim eBeliaRahmah atau rujuk syarikat ewallet masing-masing;

  1. Touch ‘n Go eWallet
  2. Boost
  3. Setel

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah eBelia Rahmah?

Program eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan.

Bilakah Tempoh Permohonan eBelia Rahmah?

Permohonan kredit eBeliaRahmah hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, bermula pada 8.00 pagi, 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam, 22 Ogos 2023.

Bagaimana Cara Claim Ebelia?

Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini ialah:
a.  Boost;
b.  Setel; dan
c. Touch ‘n Go eWallet

Bagaimana Semakan Kelayakan eBelia Rahmah?

Semakan eBelia Rahmah dari segi umur boleh dibuat melalui laman portal; https://www.touchngo.com.my/ebelia-rahmah/eligibility/ 

The post Semakan Kelayakan eBelia Rahmah: Bantuan eWallet RM200 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar