STR Fasa 3: Maklumat Pembayaran Bantuan Rahmah (JUN 2023)

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 3 kini dalam proses bayaran secara berperingkat mulai 26 Jun 2023 (Isnin) kepada penerima yang layak dari kategori Isi rumah, Warga emas tiada pasangan dan golongan bujang.

Pembayaran STR Fasa 3 ini membabitkan peruntukan berjumlah lebih RM2 bilion kepada lebih 8 juta penerima yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR.

Penerima  baharu STR  yang membuat permohonan pada bulan Mac yang lalu turut menerima bayaran pada fasa 3 ini sekiranya berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Namun ramai yang bertanya bermacam-macam soalan mengenai pembayaran fasa 3 STR ini.

Oleh yang demikian, LHDNM telah senaraikan maklumat lengkap mengenai pembayaran fasa 3 ini dalam soalan lazim di portal MySTR.

Tarikh Bayaran

Fasa 1 (Telah Di Bayar)

  • Mulai 17 Januari 2023 secara berperingkat 

Fasa 2 (Telah Di Bayar)

  • Mulai 05 April 2023 secara berperingkat 

Fasa 3 (Dalam Proses)

  • Mulai 26 Jun 2023 secara berperingkat 
Pembayaran STR fasa 3 mulai 26 Jun 2023 secara berperingkat

Kelayakan Penerima STR Fasa 3

Pemohonan STR yang layak menerima bayaran STR Fasa 3 adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.

*Semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 26 Jun 2023 melalui:

  1. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Pembayaran Fasa 3; atau
  2. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
  3. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  4. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Sekiranya anda membuat semakan status pembayaran melalui Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my caranya adalah sebagaimana berikut;

  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Klik Maklumat Bayaran

Kadar dan Amaun Pembayaran

Untuk fasa 3, terdapat 2 kategori penerima iaitu;

  1. Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2
  2. Penerima bagi Permohonan Baharu STR / Bukan Penerima Fasa 1 dan Fasa 2

Jumlah Bayaran Bagi Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2

Bagi penerima sedia ada iaitu penerima bayaran STR fasa 1 dan fasa 2, jumlah bayaran adalah sebagaimana berikut

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM300
  2. Bil anak 1-2 – RM400
  3. Bil anak 3-4 – RM600
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM800

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – Tiada Bayaran
  2. Bil anak 1-2 – RM150
  3. Bil anak 3-4 – RM200
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM250

Warga emas berumur lebih 60 tahun tiada pasangan dengan pendapatan bawah RM5,000

  • RM200

Bujang berumur 21-59 tahun pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • RM150

* Untuk makluman bagi kategori bujang, fasa 3 merupakan pembayaran terakhir bagi golongan ini kerana untuk fasa 4 tiada lagi bayaran bagi kategori bujang.

Untuk lebih detail, sila lihat jadual terkini bayaran yang dikeluarkan oleh LHDNM;

Jumlah STR Fasa 3 Bagi Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2

Jumlah Bayaran Bagi Penerima Permohonan Baharu STR / Bukan Penerima Fasa 1 dan Fasa 2

Bagi penerima permohonan baharu STR (bukan penerima fasa 1 dan fasa 2), jumlah bayaran adalah sebagaimana berikut;

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM600
  2. Bil anak 1-2 – RM900
  3. Bil anak 3-4 – RM1,100
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM1,300

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – RM300
  2. Bil anak 1-2 – RM450
  3. Bil anak 3-4 – RM600
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM750

 Warga emas berumur lebih 60 tahun tiada pasangan dengan pendapatan bawah RM5,000

  • RM300

Bujang berumur 21-59 tahun pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • RM150

Berbanding penerima sedia ada, penerima bujang bagi permohonan baharu STR masih mempunyai baki RM200 yang akan diterima pada fasa 4 nanti. Ini kerana, sebelum ini penerima permohonan baru tidak dapat untuk fasa 1 dan fasa 2.

Untuk lebih detail, sila lihat jadual terkini bayaran yang dikeluarkan oleh LHDNM;

Jumlah STR Fasa 3 Bagi Permohonan Baharu STR Yang Lulus

Kaedah Pembayaran STR Fasa 3

Pembayaran STR Fasa 3 adalah seperti berikut:

  • Kredit ke Akaun Bank – Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat
  • Tunai di Kaunter BSN – Pembayaran akan dilakukan secara tunai kepada penerima sekiranya:
    • Status pengkreditan gagal kredit
    • Tiada Maklumat akaun bank
Notis BSN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3

Kaedah Pembayaran STR Fasa 3 Penerima pedalaman Sabah / Sarawak

Penerima pedalaman Kaedah pembayaran bagi penerima pedalaman Sabah / Sarawak adalah seperti berikut:

  1. Mempunyai maklumat akaun bank – Pengkreditan ke akaun bank penerima / pasangan yang didaftarkan
  2. Tiada maklumat akaun bank – Pembayaran sekaligus secara tunai termasuk pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 sekiranya masih belum dibuat penunaian oleh penerima

Sekiranya penerima pedalaman Sabah / Sarawak yang tidak mempunyai maklumat akaun bank, Tarikh pembayaran STR Fasa 3 akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Bayaran STR sekaligus secara tunai akan dibuat melalui pihak Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak secara bersepadu berdasarkan jadual lokasi dan tarikh pembayaran yang telah ditetapkan. Jadual lokasi dan tarikh pembayaran boleh dirujuk pada Portal Rasmi STR dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut.

Lain-Lain Soalan Lazim Pembayaran STR Fasa 3

Adakah semua penerima STR Fasa 1 dan Fasa 2 akan menerima baki bayaran fasa seterusnya?

Tidak. Baki bayaran fasa seterusnya hanya diterima oleh pemohon STR berstatus Lulus yang telah melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Adakah pembayaran STR Fasa 3 telah mengambil kira amaun kelayakan mengikut kategori yang telah didaftarkan semasa tempoh pendaftaran / kemas kini STR?

Ya. Bayaran STR Fasa 3 mengambil kira kategori permohonan STR yang telah didaftarkan / dikemas kini dan telah melalui proses semakan kelayakan yang telah ditetapkan.

Saya adalah penerima STR Fasa 1 dan Fasa 2 bagi kategori Isi Rumah (Kahwin) dan telah Lulus Permohonan STR dengan mengemaskini status Isi Rumah (Kahwin) kepada Ibu Bapa tunggal (IBT) Tiada Maklumat Anak. Adakah saya menerima pembayaran STR Fasa 3?

Tidak kerana anda telah menerima keseluruhan jumlah bayaran STR. Rujuk soalan 4 (ii) (*Dalam Soalan Lazim Sumbangan Tunai Rahmah 2023 LHDM)

Saya adalah penerima STR Fasa 1 dan Fasa 2 bagi kategori Isi Rumah (kahwin) dan telah Lulus Permohonan STR bagi kategori yang sama dengan pendapatan melebihi RM2,501 dan tiada maklumat anak. Adakah saya menerima pembayaran STR Fasa 3?

Tidak kerana anda telah menerima keseluruhan jumlah bayaran STR bagi kategori Isi Rumah (Kahwin) Tiada Maklumat Anak dengan pendapatan melebihi RM2,501.
Rujuk soalan 3 (i) (a) (*Dalam Soalan Lazim Sumbangan Tunai Rahmah 2023 LHDM)

Saya adalah pemohon STR dan menerima Bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 dengan status Kahwin. Penerima Bayaran Fasa 1 dan Fasa 2 adalah Pasangan (isteri) saya. Walau bagaimanapun, saya telah bercerai dan telah menghantar Permohonan Kemas Kini STR semasa tempoh pendaftaran / kemas kini STR. Adakah pembayaran STR Fasa 3 akan dibuat kepada saya berdasarkan maklumat yang telah saya kemas kini (bercerai)?

Pembayaran STR Fasa 3 adalah berdasarkan maklumat terkini yang telah didaftarkan / dikemas kini semasa tempoh pendaftaran STR dan telah melalui proses semakan verifikasi bagi penentuan kelayakan.

Saya ingin membuat semakan status permohonan STR pada MySTR dan bagaimanakah saya boleh mengetahui pembayaran STR Fasa 3 dibayar kepada akaun bank saya atau pasangan?

Anda boleh membuat semakan status Permohonan STR mulai 26 Jun 2023. Semakan maklumat pembayaran STR adalah pada MySTR > Semakan Status >Maklumat Pembayaran bagi Fasa 3. Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut:
i.       Nombor Pengenalan Akaun Kredit
ii.     Nama Penerima
iii.    Fasa Pembayaran
iv.    Jumlah Dikredit
v.     Status Kredit
vi.    Nama Bank
vii. No Akaun Bank

 
Sekiranya penerima bayaran STR telah meninggal dunia dan bayaran Fasa 3 berjaya dikreditkan ke akaun bank, bagaimanakah proses pengeluaran wang STR?

Proses pengeluaran wang STR adalah seperti proses semasa yang dipraktiskan oleh Institusi Kewangan. Waris perlu hadir ke Bank berdasarkan maklumat bank yang didaftarkan pada permohonan STR bagi tindakan selanjutnya.

Sekiranya saya diisytiharkan muflis dan akaun bank yang didaftarkan sebelum ini telah dibekukan, bagaimanakah saya boleh mendapatkan bayaran STR?

Anda perlu merujuk kepada agensi berkaitan untuk mendapatkan kebenaran membuka akaun bank / mengaktifkan semula akaun bank sebelum tuntutan bayaran STR dibuat.

Saya telah menerima bayaran dan ingin menolak bantuan STR. Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran STR yang telah diterima?

Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
i.       Mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan menyatakan nama penuh, nombor Mykad / Nombor Pengenalan, alamat surat menyurat dan sebab pemulangan;
ii.     Lampirkan draf / cek yang mengandungi jumlah bayaran atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan); dan
iii. Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut:
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2, 62592 Putrajaya

Untuk lebih terperinci, sila rujuk maklumat berikut;

https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN_STR_FASA_3.pdf

Sumber: MySTR

The post STR Fasa 3: Maklumat Pembayaran Bantuan Rahmah (JUN 2023) appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar