Ini Jumlah Bayaran STR Fasa 3 Untuk Semua Kategori (JUN 2023)

Jumlah Bayaran STR Fasa 3 Kategori Isi Rumah (Keluarga), Warga Emas dan Bujang.

Memandangkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 3 kini dalam proses, ramai penerima yang masih keliru dengan jumlah amaun yang dapat.

Untuk fasa 3, bayaran yang diterima adalah mengikut kategori masing-masing seperti Isi rumah, warga emas dan kategori bujang.

Ada yang dapat RM150, RM300, RM600, RM800, RM1300 dan lain-lain amaun.

Untuk makluman, pembayaran STR Fasa 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023 bagi meringankan beban kewangan rakyat.

Pembayaran dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima bermula 26 Jun 2023, manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia mulai 26 Jun 2023 juga.

Kelayakan Penerima STR Fasa 3

Pemohonan STR yang layak menerima bayaran STR Fasa 3 adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.

*Semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 26 Jun 2023 melalui:

  1. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Pembayaran Fasa 3; atau
  2. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
  3. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  4. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Sekiranya anda membuat semakan status pembayaran melalui Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my caranya adalah sebagaimana berikut;

  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Klik Maklumat Bayaran

Jumlah Bayaran STR Fasa 3

Kadar Bayaran STR Fasa 3 RM100 hingga RM1300

Untuk fasa 3, terdapat 2 kategori penerima iaitu;

  1. Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 (Penerima Lama)
  2. Penerima bagi Permohonan Baharu STR / Bukan Penerima Fasa 1 dan Fasa 2

Jumlah Bayaran Bagi Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 (Penerima Lama)

Bagi penerima sedia ada iaitu penerima bayaran STR fasa 1 dan fasa 2, jumlah bayaran adalah sebagaimana berikut

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM300
  2. Bil anak 1-2 – RM400
  3. Bil anak 3-4 – RM600
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM800

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – Tiada Bayaran
  2. Bil anak 1-2 – RM150
  3. Bil anak 3-4 – RM200
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM250

Warga emas berumur lebih 60 tahun tiada pasangan dengan pendapatan bawah RM5,000

  • RM200

Bujang berumur 21-59 tahun pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • RM150

* Untuk makluman bagi kategori bujang, fasa 3 merupakan pembayaran terakhir bagi golongan ini kerana untuk fasa 4 tiada lagi bayaran bagi kategori bujang.

Untuk lebih detail, sila lihat jadual terkini bayaran yang dikeluarkan oleh LHDNM;

Jumlah STR Fasa 3 Bagi Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2

Jumlah Bayaran Bagi Penerima Permohonan Baharu STR / Bukan Penerima Fasa 1 dan Fasa 2

Bagi penerima permohonan baharu STR (bukan penerima fasa 1 dan fasa 2), jumlah bayaran adalah sebagaimana berikut;

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM600
  2. Bil anak 1-2 – RM900
  3. Bil anak 3-4 – RM1,100
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM1,300

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – RM300
  2. Bil anak 1-2 – RM450
  3. Bil anak 3-4 – RM600
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM750

 Warga emas berumur lebih 60 tahun tiada pasangan dengan pendapatan bawah RM5,000

  • RM300

Bujang berumur 21-59 tahun pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • RM150

Berbanding penerima sedia ada, penerima bujang bagi permohonan baharu STR masih mempunyai baki RM200 yang akan diterima pada fasa 4 nanti. Ini kerana, sebelum ini penerima permohonan baru tidak dapat untuk fasa 1 dan fasa 2.

Untuk lebih detail, sila lihat jadual terkini bayaran yang dikeluarkan oleh LHDNM;

Jumlah STR Fasa 3 Bagi Permohonan Baharu STR Yang Lulus

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran STR fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 26 Jun 2023 (Isnin).

Penerima STR yang tiada akaun bank (termasuk Sabah dan Sarawak) pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Jun 2023 (Isnin).

Pembayaran STR Fasa 3 Melalui BSN

Pembayaran STR fasa 3 melalui pengkreditan ke dalam akaun BSN akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.

Semakan secara perbankan melalui myBSN boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;

https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do

Bayaran STR Fasa 3 secara tunai pula akan turut dilakukan mulai 26 Jun 2023 (Isnin) di seluruh Cawangan BSN. Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR.

Rujuk laman sesawang STR untuk maklumat lanjut.

Sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut.

Notis BSN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3

Maybank Dah Masuk?

Walaupun secara rasminya pembayaran STR Fasa 3 bermula 26 Jun 2023, namun ada beberapa rakan netizen di Facebook memaklumkan sudah menerima bayaran Maybank sejak Jumaat  23 Jun 2023.

Untuk makluman, pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun Maybank dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada Maybank Bank.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet Maybank2u  atau Mesin Teler Automatik (ATM) Maybank.

Semakan secara perbankan melalui Maybank Click boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;

https://www.maybank2u.com.my/

CIMB Dah Masuk Ke?

Sama seperti Maybank, kali ini netizen cakap dapat awal untuk CIMB. Di Facebook mereka memaklumkan sudah menerima bayaran CIMB seawal 23 Jun 2023 lagi iaitu hari Jumaat

Untuk makluman, pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun CIMB dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan ole LHDNM kepada CIMB Bank.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet Cimb Click  atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.

Semakan secara perbankan melalui Cimb Click boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;
https://www.cimbclicks.com.my/

Kenapa  Duit STR Belum Masuk?

Dengan lebih  8 juta penerima dan pembayaran berjumlah lebih RM2 bilion, sudah pasti ia akan mengambil sedikit masa sebelum dikreditkan ke dalam akaun masing-masing. 

Jadi kalau belum masuk lagi pada pada hari ini, jangan risau kerana bayaran dibuat secara berperingkat. Ini kerana jumlah yang besar dan bilangan penerima yang ramai ini memerlukan sedikit masa pembayaran.

Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing.

Penerima STR Layak Skim Perubatan Madani

Rawatan Percuma Skim Perubatan Madani

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI.

Program ini dilaksanakan mulai 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Siapa Yang Layak?

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
  • Kelayakan adalah secara automatik.
  • Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.

Jumlah Manfaat Kelayakan

Tiga (3) kategori jumlah manfaat kelayakan untuk Skim Perubatan MADANI ialah (sehingga Disember 2023.) : 

  1. Isi Rumah Berkeluarga – RM250 
  2. Warga Emas (tanpa pasangan) – RM125 
  3. Bujang – RM75 

Had manfaat Skim Perubatan MADANI akan berkurang selepas setiap lawatan mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman web mereka.

Semakan Kelayakan

Semakan kelayakan boleh dilakukan melalui laman web berikut; http://www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani

Kelayakan adalah secara AUTOMATIK sewaktu lawatan ke Klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim ini. 

Info lanjut mengenai Skim Perubatan Madani, sila lihat;
https://bantuanrakyat.my/skim-perubatan-madani/ 

Soalan Lazim (FAQ)

Berapa jumlah bayaran STR fasa 3?

Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah berbeza mengikut kategori dan bilangan anak. Bayaran antara RM100 hingga RM1300.

Siapakah yang layak menerima bayaran fasa 3?

Pemohonan STR yang layak menerima bayaran STR Fasa 3 adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Bagaimana cara semakan kelulusan STR secara online?

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Lain-Lain Soalan Lazim Pembayaran STR Fasa 3

Adakah semua penerima STR Fasa 1 dan Fasa 2 akan menerima baki bayaran fasa seterusnya?

Tidak. Baki bayaran fasa seterusnya hanya diterima oleh pemohon STR berstatus Lulus yang telah melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Adakah pembayaran STR Fasa 3 telah mengambil kira amaun kelayakan mengikut kategori yang telah didaftarkan semasa tempoh pendaftaran / kemas kini STR?

Ya. Bayaran STR Fasa 3 mengambil kira kategori permohonan STR yang telah didaftarkan / dikemas kini dan telah melalui proses semakan kelayakan yang telah ditetapkan.

Saya adalah penerima STR Fasa 1 dan Fasa 2 bagi kategori Isi Rumah (Kahwin) dan telah Lulus Permohonan STR dengan mengemaskini status Isi Rumah (Kahwin) kepada Ibu Bapa tunggal (IBT) Tiada Maklumat Anak. Adakah saya menerima pembayaran STR Fasa 3?

Tidak kerana anda telah menerima keseluruhan jumlah bayaran STR. Rujuk soalan 4 (ii) (*Dalam Soalan Lazim Sumbangan Tunai Rahmah 2023 LHDM)

Saya adalah penerima STR Fasa 1 dan Fasa 2 bagi kategori Isi Rumah (kahwin) dan telah Lulus Permohonan STR bagi kategori yang sama dengan pendapatan melebihi RM2,501 dan tiada maklumat anak. Adakah saya menerima pembayaran STR Fasa 3?

Tidak kerana anda telah menerima keseluruhan jumlah bayaran STR bagi kategori Isi Rumah (Kahwin) Tiada Maklumat Anak dengan pendapatan melebihi RM2,501.
Rujuk soalan 3 (i) (a) (*Dalam Soalan Lazim Sumbangan Tunai Rahmah 2023 LHDM)

Saya adalah pemohon STR dan menerima Bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 dengan status Kahwin. Penerima Bayaran Fasa 1 dan Fasa 2 adalah Pasangan (isteri) saya. Walau bagaimanapun, saya telah bercerai dan telah menghantar Permohonan Kemas Kini STR semasa tempoh pendaftaran / kemas kini STR. Adakah pembayaran STR Fasa 3 akan dibuat kepada saya berdasarkan maklumat yang telah saya kemas kini (bercerai)?

Pembayaran STR Fasa 3 adalah berdasarkan maklumat terkini yang telah didaftarkan / dikemas kini semasa tempoh pendaftaran STR dan telah melalui proses semakan verifikasi bagi penentuan kelayakan.

Saya ingin membuat semakan status permohonan STR pada MySTR dan bagaimanakah saya boleh mengetahui pembayaran STR Fasa 3 dibayar kepada akaun bank saya atau pasangan?

Anda boleh membuat semakan status Permohonan STR mulai 26 Jun 2023. Semakan maklumat pembayaran STR adalah pada MySTR > Semakan Status >Maklumat Pembayaran bagi Fasa 3. Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut:
i.       Nombor Pengenalan Akaun Kredit
ii.     Nama Penerima
iii.    Fasa Pembayaran
iv.    Jumlah Dikredit
v.     Status Kredit
vi.    Nama Bank
vii. No Akaun Bank

 
Sekiranya penerima bayaran STR telah meninggal dunia dan bayaran Fasa 3 berjaya dikreditkan ke akaun bank, bagaimanakah proses pengeluaran wang STR?

Proses pengeluaran wang STR adalah seperti proses semasa yang dipraktiskan oleh Institusi Kewangan. Waris perlu hadir ke Bank berdasarkan maklumat bank yang didaftarkan pada permohonan STR bagi tindakan selanjutnya.

Sekiranya saya diisytiharkan muflis dan akaun bank yang didaftarkan sebelum ini telah dibekukan, bagaimanakah saya boleh mendapatkan bayaran STR?

Anda perlu merujuk kepada agensi berkaitan untuk mendapatkan kebenaran membuka akaun bank / mengaktifkan semula akaun bank sebelum tuntutan bayaran STR dibuat.

Saya telah menerima bayaran dan ingin menolak bantuan STR. Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran STR yang telah diterima?

Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
i.       Mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan menyatakan nama penuh, nombor Mykad / Nombor Pengenalan, alamat surat menyurat dan sebab pemulangan;
ii.     Lampirkan draf / cek yang mengandungi jumlah bayaran atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan); dan
iii. Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut:
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2, 62592 Putrajaya

https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN_STR_FASA_3.pdf

Sumber: MySTR

The post Ini Jumlah Bayaran STR Fasa 3 Untuk Semua Kategori (JUN 2023) appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar