Semakan Keputusan SPM 2022 myresultspm.moe.gov.my 2023

Seperti yang dimaklumkan dalam siaran media Kementerian Pendidikan Malaysia, semakan dan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 akan diumumkan pada 8 Jun 2023 (Khamis).

Calon-calon SPM dan juga ibu bapa pastinya tidak sabar dengan pengumuman ini setelah berhadapan dengan peperiksaan pada Februari hingga Mac yang lalu.

Untuk makluman, seramai 403,637 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM tahun 2022 di 3,355 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.

Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 akan dikeluarkan mulai 8 Jun 2023 (Khamis) jam 10 pagi.

Cara Semakan Keputusan SPM 2022

Terdapat tiga kaedah bagi semakan keputusan SPM 2022 iaitu;

  1. Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM tahun 2022 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut. Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Neger tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
  2. Semakan secara dalam talian melalui pautan myresultspm.moe.gov.my mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023; dan/atau
  3. Secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023.

Semoga semua calon SPM 2022 beroleh keputusan yang cemerlang, seterusnya dapat menyambung pengajian di Universiti pilihan masing-masing.

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada 8 Jun 2023 (Khamis). Seramai 403,637 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2022 di 3,355 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.

Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan   SPM Tahun 2022 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut. Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:

  1. secara dalam talian   di   pautan   myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023; dan/atau
  2. secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023.

KPM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon SPM Tahun 2022.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 29 MEI 2023

Bilakah Tarikh Keputusan SPM 2022 Diumumkan?

8 Jun 2023 (Khamis).

Bagaimana cara buat semakan keputusan SPM 2022?

1. Di sekolah masing-masing mulai 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 (Khamis) (hanya untuk calon sekolah sahaja)
2. Semakan secara dalam talian melalui pautan myresultspm.moe.gov.my mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023.
3. Melalui SMS bagi mendapatkan rumusan keputusan dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023.

The post Semakan Keputusan SPM 2022 myresultspm.moe.gov.my 2023 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar