Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara TKWBNS 2023

Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2023 kini dibuka bermula dari 15 Mei 2023( Isnin) sehingga 14 Jun 2023 (Rabu).

Permohonan ini hendaklah dibuat secara atas talian (online) sebelum tarikh tutup yang dinyatakan di atas.

Kerajaan Negeri Selangor mempelawa semua pelajar yang memenuhi kelayakan untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2023 ini.

Apa itu Pinjaman Boleh Ubah  Dalam Negara (TKWBNS) Selangor?

Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (PBUN) ini merupakan pembiayaan pendidikan tinggi dalam bentuk pinjaman tanpa faedah. 

Ia merupakan program pembiayaan pendidikan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) yang diuruskan oleh Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 1987 berpandukan kepada ‘State of Selangor Enactment No. 4 of 1949 – Enakmen TKWBNS (Pindaan 2001)’ bertujuan memberi pembiayaan pendidikan kepada anak Selangor dan penjawat awam negeri Selangor.

Buat masa ini, TKWBNS menawarkan pelbagai pembiayaan pendidikan.

Kadar Pembiayaan / Tajaan

PERINGKAT PENGAJIAN IPTA/IPTS(Kadar Setahun)
Sijil RM 4,000.00
Diploma RM 8,000.00
Ijazah Sarjana Muda (Pelbagai dan Veterinar) RM 10,000.00
Perubatan dan Pergigian RM 12,000.00

** Tajaan adalah bermula daripada tarikh kuatkuasa Surat Tawaran sehingga tamat pengajian seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran daripada Universiti.

Syarat Kelayakan Am Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (TKWBNS) Selangor

Syarat kelayakan permohonan adalah sebagaimana berikut;

Syarat Am

  1. Pemohon dan ibu dan bapa merupakan warganegara Malaysia; DAN
  2. Pemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor; atau
  3. Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih daripada sepuluh (10) tahun di Selangor; (KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK SELANGOR)
  4. Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Perubatan.
  5. Sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam Negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang diiktiraf oleh Kerajaan secara SEPENUH MASA.
  6. Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.
  7. Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar)
  8. Pendapatan isi rumah (Ibu dan Bapa) hendaklah tidak melebihi RM 20,000.00 sebulan (gaji pokok).
  9. Sila sertakan SALINAN SIJIL LAHIR PEMOHON, SALINAN MY KAD PEMOHON, BAPA DAN IBU, SALINAN SIJIL BERHENTI SEKOLAH (RENDAH DAN MENENGAH), SALINAN KEPUTUSAN SPM/ STPM/ STAM/ MATRIKULASI/ ASASI/ DIPLOMA (mana yang berkaitan).
  10. SALINAN SLIP GAJI TERKINI (ibu dan bapa/penjaga), PESARA sila kepilkan SALINAN PENYATA PENCEN BULANAN atau jika BEKERJA SENDIRI/TIDAK BEKERJA/SURI RUMAH sila dapatkan PENGESAHAN PENDAPATAN (Disahkan oleh Ketua Kampung/ ADUN/ Penghulu/Pengerusi Taman / Penghulu Mukim / Ketua Blok SAHAJA)
  11. Bagi pemohon dan ibubapa yang tidak lahir di Negeri Selangor perlu mengemukakan PENGESAHAN MASTAUTIN yang disahkan oleh Ketua Kampung/ ADUN/ Penghulu/Pengerusi Taman / Penghulu Mukim / Ketua Blok SAHAJA)
  12. Salinan Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan)
  13. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK DISERTAKAN DOKUMEN yang diperlukan akan DITOLAK. Dokumen yang dicetak tidak perlu dihantar.
  14. Pemohon hendaklah membuat semakan secara talian / online dalam tempoh DUA MINGGU selepas TARIKH TUTUP PERMOHONAN.

Syarat Akademik

  1. Sijil
    • Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran SPM (bidang dan teknikal).
    • Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana pelajaran di peringkat SPM (IPTA).
  2. Diploma
    • Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
    • Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.
  3. Ijazah Sarjana Muda
    • Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atau
    • Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
    • Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.
  4. Ijazah Perubatan
    • Sedang mengikuti Ijazah Perubatan dan Pembedahan / Pergigian di Universiti Awam yang disenaraikan.

Cara Memohon

Permohonan secara atas talian melalui laman sesawang https://edanapendidikan.selangor.gov.my/login 

* Sekiranya anda belum pernah berdaftar dengan Sistem Pembiayaan Pendidikan Selangor, sila daftar daftar akaun dahulu.

Tempoh Permohonan : 15 Mei 2023( Isnin) sehingga 14 Jun 2023(Rabu)

Kaedah Pembayaran 

Bayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun secara pengkreditan terus ke akaun Bank Muamalat peminjam.

Adalah menjadi tanggung jawab peminjam untuk membuat semua bayaran yang berkaitan seperti yuran pengajian, asrama dan lain-lain kepada IPT masing-masing

Pengurangan Bayaran Balik

  1. Pembiayaan yang akan diberikan adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah di mana pengurangan bayaran balik akan diberikan mengikut pencapaian CGPA / PNGK akhir pelajar.
  2. Selain daripada CGPA/PNGK, pelajar juga perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
    1. Tamat pengajian dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran;
    2. Tidak melanggar mana-mana syarat seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Perjanjian; dan
    3. Mengemukakan salinan transkrip rasmi dan sijil senat yang telah disahkan oleh pihak Universiti kepada Urus Setia TKWBNS.

Bilakah peminjam perlu mula membuat bayaran balik? 

Bayaran balik akan dijadualkan bermula selepas 6 bulan daripada tarikh tamat pengajian.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :-

URUS SETIA CAWANGAN BIASISWA DAN PINJAMAN PELAJARAN
Tingkat 3, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

  • +603 – 5544 7000 – Talian Umum Pejabat SUK Selangor
  • +603 – 5521 2275 / +603 – 5544 7484 – Unit Permohonan
  • +603 – 5544 7482 – Unit Kewangan& Bayaran
  • +603 – 5544 7480 / 7481 – Unit Penguatkuasaan & Pengurangan Bayaran
  • +603 – 5521 2430 – Unit Task Force
  • +603-5513 5564

Email: tkwbns@selangor.gov.my

  • Isnin – Khamis : 8.30 pagi – 4.30 petang
  • Jumaat : 8.30 pagi – 12.15 tengah hari; 2.45 petang – 4.30 petang
  • Sabtu / Ahad dan cuti umum adalah ditutup

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman portal berikut;

https://danapendidikan.selangor.gov.my/

Soalan Lazim sila rujuk;

https://danapendidikan.selangor.gov.my/soalan-lazim#

Sumber: Portal Pembiayaan Pelajaran Negeri Selangor

Hebahan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) 2023

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

The post Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara TKWBNS 2023 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar